Buat Urutan Telinga & Hidu Epal Hijau, Ini Antara Cara Untuk Mengatasi Stres
Fito: unsplash.com

Semua orang tidak boleh lari daripada masalah dan tekanan. Namun, belajarlah untuk mengatasi stres agar ia tidak membelenggu diri sekali gus mengganggu kesihatan.

Menurut Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi.

Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti. Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.

Jika selama ini anda merasakan cara yang anda lakukan tidak membantu untuk mengatasi stres, apa kata anda cuba pula cara yang ini.

1. Lakukan urutan di telinga

Buat Urutan Telinga & Hidu Epal Hijau, Ini Antara Cara Untuk Mengatasi Stres
Foto: unsplash.com

Bagi anda cara ini mungkin tidak masuk akal. Telinga adalah antara bahagian paling sensitif pada tubuh badan manusia. Apabila anda mengurut telinga, ia secara tidak langsung akan membebaskan endorfin dalam otak dan membuatkan anda rasa lebih tenang. Gosok kawasan luar telinga (bahagian hadapan) dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Picit kawasan tersebut dari cuping telinga dan ke atas. Kemudian, teruskan urutan sehingga ke kawasan belakang telinga.

2. Hidu bau epal hijau atau buah citrus

Buat Urutan Telinga & Hidu Epal Hijau, Ini Antara Cara Untuk Mengatasi Stres
Foto: unsplash.com

Kajian menyatakan bahawa dengan menghidu bau epal hijau ataupun buah-buahan citrus yang lain boleh menyebabkan sakit kepala anda hilang sekali gus melegakan tekanan. Kajian ini telah dijalankan kepada penghidap penyakit migrain kronik dan ia membantu untuk mengurangkan kesakitan. Jadi, simpanlah epal hijau banyak-banyak di rumah!

IKLAN

3. Ambil makanan yang boleh mengatasi stres

Buat Urutan Telinga & Hidu Epal Hijau, Ini Antara Cara Untuk Mengatasi Stres
Foto: unsplash.com

Sebenarnya wujud makanan yang boleh menghilangkan tekanan. Antara yang anda boleh cuba adalah asparagus, avokado, telur, ikan salmon, susu, badam, buah oren, bayam, labu, mangga, coklat gelap dan bijirin oat. Kebanyakan makanan ini boleh memberikan anda sumber vitamin antaranya vitamin C, B2 dan E, selain protein dan omega-3 yang boleh memberi kesan menenangkan.

4. Letupkan belon

Buat Urutan Telinga & Hidu Epal Hijau, Ini Antara Cara Untuk Mengatasi Stres
Foto: unsplash.com

Siapa kata meletupkan belon hanya boleh membuat orang terkejut? Sebenarnya apabila kita tertekan, kita lebih cenderung untuk mengambil nafas yang lebih pendek. Jadi dengan meletupkan belon, ia dapat membantu anda untuk kembali bernafas seperti biasa dan membuatkan tubuh jadi lebih tenang serta lega. Anda akan menghela nafas yang lebih panjang, ia akan membantu untuk merehatkan otot tubuh dan mengurangkan kadar denyutan jantung.

5. Solat dan beribadat

Buat Urutan Telinga & Hidu Epal Hijau, Ini Antara Cara Untuk Mengatasi Stres
Foto: unsplash.com

Apabila dilanda masalah, ambillah wuduk dan bersolat kerana solat merupakan cara umat Islam berkomunikasi dan mencurahkan segala-galanya dengan Allah. Jadikan solat Dhuha dan solat Tahajud sebagai amalan untuk anda mendapatkan ketenangan. Begitu juga dengan penganut agama yang lain, anda boleh berserah kepada Tuhan mengikut cara masing-masing.

6. Telefon ibu atau orang tersayang

Buat Urutan Telinga & Hidu Epal Hijau, Ini Antara Cara Untuk Mengatasi Stres
Foto: unsplash.com

Saintis mendapati bahawa mendengar suara ibu dapat mengurangkan hormon tekanan sekali gus meningkatkan hormon oxytocin yang menyumbang pada rasa tenang. Namun sekiranya ibu anda sudah tiada, hubungilah orang yang tersayang seperti isteri, anak, bapa, adik-beradik atau ahli keluarga terdekat. Saat anda mendengar suara mereka, bebanan yang anda hadapi akan rasa sedikit lega.

7. Ekspresikan perasaan pada lukisan

Buat Urutan Telinga & Hidu Epal Hijau, Ini Antara Cara Untuk Mengatasi Stres
Foto: pexels.com

Luahkan rasa yang anda alami itu menerusi kaedah seni sebagai satu bentuk pembebasan. Anda boleh menggunakan cat, pensel warna, krayon atau warna lukisan dan contengkan apa sahaja yang anda fikirkan ketika itu menggunakan jari anda. Kaedah ini lebih dekat dengan fikiran kerana pergerakannya lebih cepat apabila anda menggunakan jari. Ekspresikan apa sahaja perasaan anda pada kertas ataupun kanvas dan lihat hasilnya nanti. Pasti menarik!

8. Pandang ke luar dan lihat keindahan alam

Buat Urutan Telinga & Hidu Epal Hijau, Ini Antara Cara Untuk Mengatasi Stres
Foto: unsplash.com

Apabila kepala serabut dengan pelbagai masalah dan anda buntu, bercutilah dan lihat keindahan alam anugerah Tuhan. Kajian menunjukkan bahawa dengan melihat keindahan alam, anda dapat menenangkan minda yang serabut. Anda boleh melihat air sungai yang mengalir, lautan ombak, titisan hujan atau apa sahaja yang akan menyumbangkan kepada ketenangan minda. Lihat keindahan alam ini lebih kurang 20 minit setiap hari dan anda akan merasaikan perbezaannya.

9. Hadiahkan ganjaran untuk diri sendiri

Buat Urutan Telinga & Hidu Epal Hijau, Ini Antara Cara Untuk Mengatasi Stres
Foto: unsplash.com

Semua orang akan rasa gembira apabila menerima hadiah tidak kira besar atau kecil. Di saat anda rasa putus asa dan tertekan, hadiahkan diri anda dengan ganjaran misalnya anda membeli barang kesukaan atau makan makanan yang anda gemari. Dengan cara ini, akan meredakan masalah yang anda hadapi itu.

10. Hiasi meja kerja dengan tumbuhan hijau

Buat Urutan Telinga & Hidu Epal Hijau, Ini Antara Cara Untuk Mengatasi Stres
Foto: unsplash.com

Tumbuhan boleh menjadi kawan terbaik saat anda berdepan dengan masalah. Saintifik telah membuktikan bahawa dengan meletakkan pokok hijau dapat memberi manfaat kepada kesihatan, selain membantu mengurangkan tekanan.

11. Lakukan senaman 30 minit

Buat Urutan Telinga & Hidu Epal Hijau, Ini Antara Cara Untuk Mengatasi Stres
Foto: unsplash.com

Dengan melakukan aktiviti bersenam seperti berlari, joging, berjalan dan sebagainya selama 30 minit ketika anda berdepan dengan tekanan dapat memberikan rasa tenang yang cepat. Jadi ketika anda rasa serabut, cepat-cepat lakukan senaman mudah ini.

Follow Youtube MASKULIN