Foto latar: Freepix.com

Di negara kita ini memang ada satu perkara yang cukup unik apabila membicarkan tentang hartanah seperti rumah. Seakan sudah menjadi perkara biasa rumah yag dibeli terutamanya rumah teres ia akan diubah suai.

Ia bukanlah satu perkara yang asing bagi kita. Lihatlah di mana-mana kawasan perumahan pasti lebih dari separuh unit akan melakukan renovasi. Namun dalam melakukan renovasi dan ubah suai ada juga yang tidak fikirkan tentang orang lain.

Budaya Renovasi Rumah Sampai Ambil Tanah Milik Orang, Ia Satu Kesalahan!
Foto: ©tang90246 |123RF

Apabila hidup berjiran perkara perlu kita ingat ialah tidak mengambil hak orang lain dan mengganggu apabila renovasi itu sedang atau sudah dilakukan. Ramai masih beranggapan tanah yang ada di hadapan atau segenap penjuru lain merupakan milik mereka sepenuhnya.

Sampai ada yang buat renovasi hingga ambil hak orang lain. MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh pakar kewangan berpengaruh, Azizul Azli Ahmad menerusi satu hantarannya di Facebook.

Beliau mengulas tentang fenomena ubah suai rumah yang sering dilakukan tapi sebenarnya salah. Ikuti perkongsian beliau di bawah:

JANGAN BERLEBIHAN TAMBAH?

1. Ada satu budaya kita tambah rumah sampai ambil tanah orang.

IKLAN

2. Walau tanah itu bukan milik orang, milik PBT untuk longkang dan jalan. Ia tetap satu kesalahan.

3. Diperumahan awam dan kos rendah hal ini sering berlaku. Lebih mengusarkan yang lakukan ini kebanyakkan yang beragama tauhid.

4. Dilorong perumahan ini, saya jalan pagi tadi ada 3 rumah yang tak buat penambahan. Istimewanya mereka bukan beragama tauhid tetapi agama budaya.

IKLAN
Budaya Renovasi Rumah Sampai Ambil Tanah Milik Orang, Ia Satu Kesalahan!
Foto: FB Azizul Azli Ahmad

5. Jangan buat benda yang agama tidak redha, walaupun ramai orang buat disekeliling kita. Apakah kita mahu kekal berjiran di neraka juga?

6. Bila kita tambah kediaman sampai tutup longkang, kerja selengara tidak boleh dilakukan. Bila banjir, kita mula salahkan PBT.

7. Bila PBT mula merobohkan kediaman, kita cakap PBT tidak manusiawi. Hakikatnya kita tidak mengamal agama samawi ini.

IKLAN

Jelas beliau lagi walau bagaimana susah pun hidup kita ia bukan alasan untuk ambil hak orang lain.

Malah beliau juga pernah menulis dan mengulas tentang topik renovasi rumah – apabila ada duit berlebihan jangan digunakan untuk renovasi rumah, sebaliknya belilah rumah yang boleh berikan kualiti hidup lebih baik.

Ujarnya lagi, persekitaran yang baik mampu kehidupan kita dan anak-anak jadi lebih baik.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat untuk anda!

Kredit: Azizul Azli Ahmad

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI