Selalu kalau makan nasi lemak mesti ada timun kan, tapi tahu tak selain pelengkap rasa nasi lemak, timun juga banyak khasiatnya. Bila anda membeli timun pilih yang keras dan berwarna hijau gelap untuk mendapatkan kesegaran timun. Kalori mentimun sangat rendah, tetapi ia mengandungi nutrisi yang banyak. Hampir semua nutrisi yang diperlukan untuk diet seimbang terdapat dalam mentimun.Tahukah anda, mentimun merupakan sayuran keempat yang paling banyak ditanam di dunia ini. Mentimun juga dikatakan makanan “super sihat” kerana khasiatnya yang lengkap
1. Menghidrasi Badan Anda.
Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timu mengandungi 90% air.
2. Menghilangkan Panas Badan dari Luar dan Dalam.
Makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.
3. Membuang Toksin Dari Badan.
Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).
4. Membekalkan Keperluan Vitamin Harian Anda
Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga. Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan buang kulit timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.
Ads
5. Membekalkan Mineral Mesra Kulit
Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.
6. Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak. Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.
7. Memulihkan Mata
Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.
Ads
8. Melawan Kanser
Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.
9. Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis.
10. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.
Ads
Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.
11. Menyegarkan Mulut
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.
12. Menyihatkan Kuku dan Rambut
Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.
13. Untuk Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout
Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.
14. Menjaga Kesihatan Buah Pinggang
Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan dengan ini mengekalkan menjadikan buah pinggang yang sihat bila anda selalu mengambil timun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda pesakit gastrik tapi nak berdiet, tentu anda akan risau jika anda alami pedih perut bila makan sikit. Walaupun prinsip nak berdiet masih lagi sama iaitu mengambil makanan teratur, mengurangkan lemak dan membuat rutin senaman, namun masih ada bezanya berdiet pesakit gastrik dengan berdiet orang sihat.
Ingin tahu caranya? Seorang Dietitian dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Mohd Khairul Azuan kongsikan di laman Facebooknya tip berdiet untuk pesakit gastritis (gastrik) menjaga kesihatan perut. Jom ikuti prkongsiannya.
Gastritis adalah keadaan di mana berlaku inflamasi pada bahagian dinding perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba atau ada juga yang kronik, maksudnya kerap berlaku dalam jangka masa panjang.
Pemakanan atau diet yang baik adalah sangat penting untuk kesihatan perut dan keseluruhan kesihatan.
1. Makan sikit tetapi lebih kerap – setiap 2-3 jam.
2. Elakkan makanan yang memberi simptom gastrik (dibincangkan di bawah).
3. Lebihkan ambilan kompleks karbohidrat yang rendah glisemik indeks dalam makanan seharian seperti roti perang, oats, beras perang dan buah-buahan.
4. Jangan tinggal/ skip waktu makan utama dan snek.
5. Jika mahu makan protein, gabungkan dengan sedikit karbohidrat dan serat. Buat snek seperti wrap.
6. Jangan baring dalam 2 jam selepas makan.
7. Berhenti merokok.
8. Minum air yang cukup seharian ~ 2 liters.
Antara makanan yang boleh kawal & kurangkan simptom gastritis.
1. Makanan tinggi serat seperti roti meal penuh, buah-buahan yang tidak masam, brokoli, sayuran berdaun dan beras perang.
2. Pilih makanan protein rendah lemak seperti ikan dan dada ayam.
3. Sayuran hijau – kerana lebih beralkali.
4. Ambil probiotic dalam diet seperti dalam yogurt atau dalam minuamn Yaku*t . Kimchi pun ada probiotic.
Makanan yang buat simptom lagi teruk, jika ada gastritis kronik.
Alkohol
Kopi pekat
Buah berasidik seperti tomato atau lemon
Jus buah
Makanan berminyak/bergoreg/bersantan/berlemak tinggi
Air berkarbonat
Makanan pedas
Jika kena gastrik, apa makanan yang boleh membantu?
1. Apple sauce – mempunyai pectin yang memperlahankan penghadaman dalam perut.
2. Kenntang lenyek- tinggi serat yang bagus untuk penghadaman.
3. Yogurt tanpa gula – membantu dalam penambahan probiotik. Boleh tambah epal atau buah lain yang sesuai.
Selalunya simtom akan hilang dalam 24-48 jam selepas anda mula mengambil makanan lembut.
Jika simptom tidak hilang, sila berjumpa doktor anda.
MOHD KHAIRUL AZUAN
DIETITIAN
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Khasiat buah pisang memang tidak perlu disoalkan lagi. Tahu tak korang dengan mengambil setiap pagi boleh membantu anda menghilangkan berat badan sehingga 5kg dalam masa seminggu. Lebih menarik, diet ini tidak memerlukan sebarang usaha keras untuk dapatkan hasil yang anda idamkan. Diet makan pisang menjadi popular selepas Hitoshi Watanabe berkongsi tentang diet tersebut menerusi bukunya “The Morning Banana Diet”.
Caranya ialah setiap pagi anda perlu makan pisang dan minum air pada suhu bilik. Tidak perlu catu makanan. Anda boleh makan apa sahaja yang anda mahu sepanjang hari. Mudah bukan?
Selepas beberapa kali gagal dalam menurunkan berat badan, Watanabe membuat keputusan untuk merekod setiap pengalaman diet yang dia telah cuba . Hasilnya ialah “The Morning Banana Diet”.
Orang yang obesiti kebiasaannya akan dinasihatkan agar melakukan senaman untuk membakar lebih banyak kalori, tetapi tidak bagi Watanabe. Watanabe hanya meminta mereka makan pisang dan minum segelas air pada waktu pagi. Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan makan apa-apa sehingga makan tengah hari.
Pisang adalah buah-buahan yang sarat dengan kanji yang aktif merangsang proses penurunan berat badan. Ianya sangat sesuai untuk dijadikan menu utama untuk berdiet.
Pantang Larang Diet Pisang
1. Tidak ada syarat berapa banyak pisang yang perlu anda makan, cukup sekadar anda rasa kenyang dan perut tidak masuk angin.
2. Perlu minum segelas air suam pada waktu pagi untuk merangsang metabolisme badan. Kemudian, tunggu selama satu jam dan makan pisang. Jika anda masih lapar selepas 20 minit, makan pisang lain. Tetapi pastikan anda makan pisang mentah bukan pisang goreng atau yang dimasak cara lain.
3. Tak perlu ambil susu sepanjang diet dan pemakanan yang terakhir hendaklah selewat-lewatnya pada jam 8 malam. Tidur awal, kerana menurut kajian tidur lewat boleh mengundang masalah obesiti.
4. Sepanjang tempoh diet pisang ini, anda boleh makan apa-apa untuk makan tengah hari dan makan malam, dan jika anda berasa lapar di antara waktu makan anda, makan beberapa buah-buahan.
Keistimewaaan Diet Pisang?
Pisang kaya dengan serat, kalium dan meningkatkan tenaga.
Pisang buah yang murah, jadi anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli pelbagai produk mahal.
Sarapan pagi yang kerap meningkatkan metabolisme dan mengelakkan anda daripada makan berlebihan pada waktu siang.
Jika anda tidak minum kopi pada waktu pagi anda akan mudah mengawal glukosa darah dan selera anda.
Segelas air pada suhu bilik meningkatkan metabolisme.
Membantu anda elak makan selepas jam 8 malam dan musnahkan keinginan makan lewat malam.
Membantu mengurangkan pengambilan alkohol.
Diet pisang juga merupakan cara yang terbaik untuk menghilangkan selulit.
Sumber : Petua Ibu
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bentuk badan menarik bukanlah sesuatu yang ingin dijadikan kebanggaan tetapi lebih pada membina keyakinan diri. Pelakon popular Saharul Ridzwan ini walaupun kini semakin sibuk menguruskan perniagaan dan keluarganya, dia tetap mementingkan kesihatan tubuh badan juga penampilannya.
JAGA BADAN ANDA WALAUPUN SIBUK SEBAGAI AYAH
“Ketika di bangku sekolah, saya merupakan seorang remaja yang gemuk. Kerana kegemukan itu, saya disisihkan dan rasa rendah diri mula menyelubungi diri. Ketika itu, saya merasakan keyakinan diri berada di tahap paling rendah. Untuk tidak disisihkan rakan-rakan, saya cuba sedaya upaya untuk berdiet dan menurunkan berat badan.
Mungkin kerana tertekan, berat badan saya turun mendadak sehingga menyebabkan badan saya terlalu kurus. Tiga tahun lalu, saya mula menjadi ahli pusat kecergasan berhampiran tempat tinggal. Lapan bulan pertama saya melakukannya sendiri. Selepas faham dan tahu mengenai teknik workout yang betul, saya terus melakukannya. Saya juga dapatkan nasihat daripada beberapa orang yang punyai pengetahuan mengenai penjagaan tubuh dan cara workout.
Saya akan workout tiga kali seminggu dan baru-baru ini saya mula membuat senaman cross fit. Ia sememangnya amat berkesan dan bagus. Kesannya dalam dilihat dalam jangka masa yang agak cepat kerana ia memberikan tindak balas dari seluruh tubuh dan semua anggota badan.”
PENDORONG SEMANGAT
“Ramai, kebanyakannya rakan-rakan yang sentiasa menyokong. Apabila melihat kawan-kawan lain mempunyai bentuk badan menarik dan sasa, saya juga menginginkan bentuk badan sedemikian. Mungkin pada mulanya sedikit sukar kerana terpaksa bekerja keras, tapi lama kelamaan saya mula melihat hasil yang diinginkan.
Selain dari itu, keluarga juga turut memberikan dorongan untuk saya berusaha. Kata mereka, bukan semata-mata untuk bentuk badan menarik, tetapi penting juga menjaga kesihatan tubuh. Bagi saya, tidak rugi sekiranya kita menjaga kesihatan.”
KEPENTINGAN MEMPUNYAI BENTUK TUBUH MENARIK
“Bagi saya, bentuk tubuh menarik memberikan kelebihan kepada kita terutamanya lelaki. Saya tidak membina bentuk badan menarik semata-mata untuk mencuri perhatian, tetapi lebih kepada membina keyakinan diri dan kepuasan diri sendiri.
Banyak faedah sebenarnya. Jika kita rajin bersenam dan workout, kita kurang alami penyakit. Setiap kali melakukan workout, tubuh akan membuang toksin-toksin yang boleh memberi penyakit dan menghilangkan stres”.
PEMAKANAN DAN PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN
“Makanan tambahan semestinya perlu untuk pertumbuhan otot. Saya mengambil whey protein sebagai makanan tambahan. Untuk pemakanan pula, saya mengambil tiga hidangan setiap hari tetapi elak mengambil nasi dan makanan berminyak. Saya menggantikan nasi dengan mi dan sumber karbohidrat lain. Air kosong adalah penting dan perlu diminum dengan kuantiti yang mencukupi.”
LIMA CIRI-CIRI LELAKI MASKULIN
Berani
Sentiasa jujur dengan diri sendiri
Tegas dengan pendirian
Tampil dalam keadaan berkeyakinan
Bijak mengatur langkah dalam kehidupan
Nama: Mohd Saharul Ridzwan b Hashim
Nama panggilan: Syarul
Tarikh lahir: 26 Januari 1989
Asal: Bangi
Berat: 73 kg
Tinggi: 178 cm
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.