
@maskulinmy Tabiat yang nampak biasa tapi boleh beri kesan besar pada prestasi lelaki. Jangan sampai keseronokan sekejap bawa penyesalan panjang. #Maskulin #MajalahMaskulin #GentleCakap ♬ original sound – Maskulin
Mati pucuk bukan lagi isu yang hanya dikaitkan dengan orang berusia.
Realitinya, semakin ramai lelaki muda turut berdepan dengan masalah ini. Antara punca utama datang daripada faktor psikologikal seperti tekanan, kemurungan, keresahan, atau rasa nervous yang berlebihan ketika bersama pasangan.
Selain itu, faktor fizikal juga memainkan peranan, contohnya penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, serta kesan sampingan daripada ubat-ubatan tertentu.
Satu lagi punca yang sering dipandang ringan ialah tabiat seksual, terutamanya apabila lelaki terlalu biasa dengan onani.
Dalam jangka masa panjang, ada yang menjadi lebih “selesa” dengan genggaman tangan sendiri berbanding keintiman bersama pasangan, lalu memberi kesan kepada prestasi seksual sebenar.
Masalah mati pucuk di usia muda bukanlah pengakhiran, malah boleh dicegah dan dirawat jika lelaki mengambil langkah yang betul.
Pertama sekali, penting untuk mengurangkan onani, atau hentikan terus jika sudah sampai tahap ketagihan kerana ia boleh menjejaskan keintiman bersama pasangan.
Seterusnya, amalkan rutin hidup sihat dengan bersenam secara konsisten, menjaga pemakanan, dan mengawal tahap stres harian.
Jangan sesekali tunggu masalah menjadi lebih serius dapatkan rawatan awal dengan berjumpa doktor sebaik sahaja ada tanda-tanda awal ED.
Akhir sekali, jagalah hubungan dengan pasangan melalui komunikasi yang terbuka tentang isu seksual.
Dengan cara ini, tekanan tambahan dapat dielakkan dan hubungan akan menjadi lebih sihat, baik dari segi emosi mahupun fizikal.