Sejurus selepas siri iPhone 12 diperkenalkan perkara yang paling rancak dan tular dibincangkan di laman media sosial ialah keputusan mereka untuk tidak menyertakan sekali bersama plag pengecas. Bukan hanya warganet malah pengkritik bebas yang pakar dalam bidang peranti pintar juga tertarik dengan isu ini.

Malah perkara ini turut mendapat ulasan bernada perlu daripada jenama pesaing yang rata-rata pada ketika itu tidak pendekatan drastik seperti Apple.

Tapi kini ia dilihat bakal menjadi trend ikutan sama jenama lain. Bulan lalu, pengeluar telefon piNTAR POPULAR, Xiaomi memperkenalkan Mi 11. Menariknya telefon pintar yang dijana oleh choset Snapdragon 888, 120Hz kadar refresh dan Corning Gorilla Glas Victus ini tidak didatangkan bersama palam pengecas.

Menurut sumber, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun berkata idea untuk membuang palam pengecas sebenarnya telah timbul sejak tahun 2015.

Dia juga menyatakan idea tersebut juga bersempena dengan pemindahan syarikatnya ke Xiaomi Technology Park. Semasa berpindah banyak kotak yang mengandungi palam pengecas dibuang.

IKLAN

ASAL IDEA

Jadi beliau memikirkan ia sebagai satu pembuangan yang cukup membazirkan kerana ia tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya. Tapi kini selepas ia dilaksanakan ramai pula pihak cepat membidas tindakan mereka yang dikatakan cuba meniru Apple.

Bukan Tiru Apple, CEO Xiaomi Dakwa Idea Tidak Sertakan Pengecas Sejak 2015 Lagi
Xiaomi Mi 11

Buat masa kini, terdapat dua opsyen pembelian model Xiaomi Mi 11 iaitu versi standard dan bundle. Kedua-dua versi ini ditawarkan pada harga RM2487 dengan versi bundle hadir bersama palam pengecas 55W berharga RM61.

IKLAN

BACA: Tip Elak Bateri Telefon Tidak Jadi Kembung

Bukanlah ingin menghukum tapi pada pendapat MASKULIN, tidak salahnya jika ia dilakukan demi kesedaran terhadap alam sekitar. Namun dalam masa yang sama bukan pihak lain yang akan berdepan kesukaran apabila membeli dan ingin menggunakan telefon pintar, tetapi pengguna itu sendiri

IKLAN

Diharapkan pengeluar peranti pintar boleh tampil dengan jalan penyelesaian yang menguntungkan untuk semua pihak terutamanya alam sekitar.

Selepas ini agaknya jenama mana lagi yang akan mengikut jejak langkah sama diambil oleh Apple. Sama-sama kita nantikan.

Buat anda yang ingin membeli telefon pinatr Xiaomi pada harga menarik boleh dapatkannya di sini.

Jangan lupa juga untuk subscribe Instagram Maskulin untuk update gaya hidup lelaki terkini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI