Anda sebagai lelaki perlu mengaku bahawa bila perkataan merajuk itu singgah di fikiran, pastinya terus teringat kepada si dia, bukan?

Mengapa bila sebut sahaja merajuk anda fikir hanya kaum wanita sahaja yang ada perasaan itu. Sedar tak sedar sebenarnya anda sendiri sudah banyak memiliki sifat merajuk.

Malah kadangkala itu tahap merajuk anda mengalahkan isteri atau teman wanita. Tapi tak ramai lelaki yang ingin mengaku bahawa merajuk. Iyalah, dengan sifat kejantanan dalam diri seiapa yang ingin tampil dilihat seperti kanak-kanak merengek yang mahukan mainan.

Tapi sebagai lelaki kita tak perlu malu. Merajuk itu normal. Merajuk itu perkara yang siapa sahaja akan laluinya. Kalau tak pernah merajuk itu bermakna ada soemthing wrong dalam diri anda.

Merajuk ini sangat dekat dengan perhatian. Kerana apa? Kerana dengan perhatianlah merajuk ini boleh berlaku.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi kepada anda terutamanya kaum wanita yang sedang membaca artikel ini. Ia bagi anda kenal pasti apakah punca utama yang boleh sebabkan lelaki merajuk.

IKLAN

CEMBURU

Dalam hubungan romantis rasa cemburu itu satu perkara yang lumrah. Namun kadangkala perasaan cemburu itu berbeza-beza tahapnya pada setiap orang. Lelaki boleh merajuk kerana cemburu melihat isteri atau teman wanitanya melebih-lebihkan orang lain.

Sebagai contoh lelaki boleh cemburu akan hubungan si dia dengan lelaki di tempat kerja atau sebagainya. Perkara seperti ini jika tidak dibawa berbincang boleh memudaratkan hubungan dalam jangka masa panjang.

KENA MARAH

Tiada siapa pun suka kena marah apatah lagi dimarahi oleh orang tersayang. Lebih teruk lag jika lelaki itu dimarahi di atas kesilapan yang dia tak buat pun. Memang patutulah dia merajuk!

IKLAN

MAKAN HATI

Ini antara jenis merajuk yang paling parah. Lelaki yang merajuk sebab perkara ini biasanya sukar untuk dia memaafkan semula. Kebiasaannya ia berlaku dalam tempoh yang lama dan dia sudah tak tahan makan hati dan memendam kemarahan. Cara terbaiknya, putuskan segala hubungan dan bertindak dingin.

BACA: 5 Cara Buat Wanita Sedar Yang Cemburu Itu Biarlah Berpada

RASA TAK DIHORMATI

Pantang bagi lelaki jika dia merasakan dirinya sudah tidak dihormati. Mungkin dia memilih untuk berdiam diri tapi itu tak bermakna dia tak marah. Merajauknya memang sukar untuk dipujuk.

IKLAN

Bukan Wanita Saja Pandai Merajuk Lelaki Pun Apa Kurangnya, Salah Satunya Sebab Cemburu

RASA TAK DIHARGAI

Setiap orang tak sempurna dan pasti ada kekurangannya. Namun jika segala usaha yang dicurahkan tetapi langsung tak dihargai memang ia boleh menjadi punca seorang lelaki merajuk.

DAHAGA PERHATIAN

Lelalki juga perlukan perhatian apatah lagi daripada orang tersayang. Jadi antara mekanisme untuk meraka tarik perhatian pasangan ialah dengan merajuk walaupun untuk perkara kecil. Ini kita panggil jenis merajuk yang buang tabiat!

SEBAB STRES

Lain orang lain caranya untuk berdepan dengan stres. Bila sudah tidak tertahan dan menanggungnya ada lelaki lebih cenderung untuk mendiamkan diri dan mengasingkan dirinya, Seolah dia sedang merajuk walhal dia sebenarnya ingin lari daripada sebarang tekanan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI