Hiking merupakan antara salah satu aktiviti yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tak kira la golongan muda atau berusia untuk mengisi masa lapang mereka. Biasanya, waktu cuti hujung minggu diambil untuk melakukan aktiviti riadah ini
Ini ada port untuk pengemar aktiviti riadah dan hiking ni, ‘spot’ berkenaan dilihat sebagai tempat yang sesuai untuk memenuhi aktiviti pendakian lebih santai sebagai latihan sebelum menghadapi trek lebih sukar.
Lokasi yang dimaksudkan ialah Bukit Kuari atau Bukit Matt di Rawang, Selangor. Mungkin ramai tidak begitu mengenali nama kawasan pendakian ini melainkan komuniti pendaki yang aktif di Lembah Klang.
Tetapi jika panorama bukit itu membabitkan ‘spot’ ikonik, iaitu sebahagian Lebuhraya Rawang-Serendah atau lebih dikenali dengan nama Rawang Bypass dapat dilihat pada kemuncaknya, mungkin hampir semua pendaki di Malaysia mengetahui mengenai keistimewaan lokasi ‘viral’ itu.
Bukit Matt Antara Lokasi Terbaik Hiking Hujung Minggu, Berlatar Belakang Rawang Bypass
Reputasi dengan menjadikan latar belakang jambatan lebuh raya tertinggi di Malaysia itu sebagai foto latar pemandangan untuk menghiasi akaun media sosial, ia antara kepuasan nyata bagi sesiapa yang dapat menawannya.
7 Fakta Menarik Tentang Rawang Bypass
Macam tak percaya, tapi Lebuhraya Rawang-Serendah tersebut sebenarnya mengambil masa 12 tahun, dan RM628 juta untuk dilengkapkan. Haa, menarik kan? Jadi ini dia 7 lagi fakta menarik tentang Jalan Pintasan Rawang, ataupun Rawang Bypass:
1. TIADA TOL
Ads
Orang Lembah Klang macam Min sendiri memang dah lelah sangat dah dengan bayar tol ni, jadi, apabila Jalan Pintasan Rawang ni dibuka tanpa tol, memang sangat melegakan untuk mereka yang berulang-alik Kuala Lumpur, dan Rawang untuk berkerja.
Apa kata, kita buat banyak lagi jalan tanpa tol? Hehe
2. PROJEK TERGENDALA HAMPIR 6 TAHUN
Lebih tepat lagi, projek ini pernah tergendala selama 2132 hari dek prosedur dan proses-proses daripada pihak ketiga, yang langsung diluar kawalan JKR.
Ads
Bukit Matt Antara Lokasi Terbaik Hiking Hujung Minggu, Berlatar Belakang Rawang Bypass
3. PERJALANAN 2 JAM, JADI 30 MINIT
Sebelum ini, mereka yang memulakan perjalanan dari Bandar Rawang memerlukan masa lebih kurang 2 jam untuk ke Kuala Lumpur pada waktu puncak. Tetapi, dengan lebuhraya 4 lorong Rawang Bypass, jadi 30 minit je walaupun pada waktu puncak!
4. MELALUI TAMAN WARISAN NEGERI SELANGOR
Rawang Bypass dibina melalui jajahan Taman Warisan Negeri Selangor sebesar 108,000 hektar, iaitu Taman Warisan ketiga terbesar Semenanjung Malaysia. Maksudnya, sambil memandu di atas Rawang Bypass, korang akan disajikan dengan pemandangan yang sangat tenang.
Ads
5. PEMBINAAN MESRA ALAM
Antara sebab mengapa Rawang Bypass dibina sangat tinggi, dan juga jalan yang bengkang bengkok adalah untuk mengelak daripada terlalu banyak pokok-pokok ditebang, dan akan menjejaskan eko-sistem. Jalan yang bengkang-bengkok telah berjaya mengekalkan sebanyak mungkin pokok dibawah binaan lebuhraya itu.
6. RUMAH KEPADA GIAM KANCHING
Giam Kanching merupakan sejenis spesis pokok yang hanya terdapat di Malaysia sahaja, dan hanya di Taman Warisan Negeri Selangor sahaja. Disebabkan Giam Kanching sangat berharga kepada Malaysia, dan turut disenaraikan sebagai spesis terancam, pembinaan lebuhraya ini turut mengambil kira langkah-langkah untuk mengelakkan kerosakan pada spesis Giam Kancing.
7. JALAN BERTINGKAT SEPANJANG 2.6KM, SETINGGI 60 METER
Ini merupakan fakta menarik yang menjadi faktor utama ramai ingin melalui jalan tersebut semata-mata, walaupun tiada urusan di Rawang. Bayangkan kalau Min ada kereta convertible dan lalu disini, disajikan dengan pemandangan hutan, dan angin malam. Peh!
Meluangkan masa untuk memanjakan diri dengan mandi berendam di dalam tab mandi dengan aroma lilin dan sabun badan yang wangi pasti memberikan ketenangan di samping dapat menghilangkan segala macam tekanan yang dihadapi.
Berbeza pula dengan lelaki ini, Charles Plask, 37 yang dikatakan telah mandi berendam untuk meraikan dirinya yang berjaya menurunkan berat badannya.
Percaya atau tidak dia berjaya hilang sebanyak 91 kg tanpa melakukan apa-apa pembedahan! Dan untuk meraikan kejayaannya itu dia telah melakukan mandi berendam buat kali pertamanya selepas 20 tahun.
Bagi yang tertanya-tanya mengapa Plask meraikan dirinya dengan mandi di dalam tab, hal itu kerana selama ini, ketika berat badannya mencecah ratusan kilogram dia tidak dapat memuatkan dirinya di dalam tab mandi. Jadi, setelah dia kehilangan berat badan yang banyak dia akhirnya berhasil untuk memuatkan badannya ke dalam tab mandi seperti orang lain.
Berbicara tentang bagaimana dia boleh terinspirasi untuk menguruskan badan, dia berkata melihat kepada kawannya yang menghidap kanser telah membuatkanya berfikir untuk mengubah gaya hidupnya. Dia mahu menurunkan berat badannya sekaligus mahu menjalani gaya hidup yang lebih sihat.
Tidak hanya itu, dia juga membantu menberikan sokongan dan dorongan buat temannya untuk melawan kanser yang dihidapinya. Menurutnya lagi, dia sememangnya mempunyai niat untuk menurunkan berat badan tetapi kerana malas dia akhirnya melupakan hasratnya itu. Suatu malam dia melihat ada tanda-tanda aneh pada tubuhnya seolah-olah memberitahunya dia perlu melakukan sesuatu untuk terus sihat.
“Suatu malam saya terjaga dan apabila saya berdiri saya terdengar bunyi lekuk di lutut saya,”
Kejadian itu sangat menakutkannya. Dia mula sedar bahawa berat badannya telah membuatkan lututnya semakin lemah. Di samping itu dia juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan pakaian. Dengan saiz baju 8XL dan saiz pinggang 66 telah menyukarkan dia untuk mendapatkan pakaian yang sesuai dengannya.
Tidak hanya itu, dia juga mengalami masalah ketika dalam pengangkutan awam contohnya untuk mendapatkan kerusi di dalam kapal terbang. Dia juga berhadapan kesukaran untuk masuk dan keluar daripada keretanya sendiri kerana tubuhnya yang besar.
Gaya Hidup Baru & Lupakan ‘Aktiviti’ Lama
Setelah berhadapan dengan pelbagai kesukaran lelaki ini akhirnya memutuskan untuk menyertai Slimming World. Dia mula berhenti melakukan ‘aktiviti’ yang biasa dilakukan seperti makan makanan ringan dan makan makanan segera. Hasilnya, dalam tempoh 15 bulan, dia kehilangan 91 kg!
Dia kini mempunyai saiz enam kali lebih kecil daripada dia yang dahulu. Apa yang paling menggembirakannya dia akhirnya muat untuk masuk ke dalam tab mandi!
Mungkin pada pandangan orang lain perkara seperti mandi di dalam tab adalah sesuatu yang remeh tetapi tidak baginya kerana dia tidak dapat melakukannya selama 20 tahun. Jadi ‘acara’ mandi berendam dalam tab mandi selepas 20 tahun lamanya adalah sesuatu yang istimewa bagi Plask.
Menurutnya lagi dia kini berasa lebih yakin dan lebih menghargai masa depannya. Dia juga bersyukur kerana memiliki ahli keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan semangat sejak dia memulakan program Slimming World.
“Namun, inspirasi dan sokongan terbesar adalah daripada kekasih saya yang saya temui ketika saya baru mula memulakan program penurunan berat badan,”
Charles telah mendokumentasikan program penurunan berat badannya di Instagram dan dia berharap agar apa yang dilakukanya dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk menurunkan berat badan mereka. Sehingga kini dia masih meneruskan program menurunkan berat badan sehingga dia mencapai berat badan yang betul-betul ideal.
Menurutnya lagi, untuk mengurangkan berat badan apa yang paling penting ialah dengan mengamalkan corak pemakanan yang sihat.
sumber : Era Baru
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahukah anda pada saat kita melakukan senaman atau rasa gementar, badan kita akan mengeluarkan peluh.
Begitu juga ketika makan, peluh terhasil kerana kadar metabolisme meningkat sekali gus meninggikan suhu badan.
Dalam masa sama, tubuh akan berpeluh bertujuan untuk menyejukkan badan dan memberikan kesihatan baik.
Berdasarkan perkongsian seorang jurulatih kecergasan terkenal, Kevin Zahri, terdapat banyak cara untuk mengeluarkan peluh.
Antaranya selain melakukan seks, berikut adalah cara-cara yang boleh lelaki atau wanita lakukan :
1. Senaman tidak wajib!
Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur
Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? 🙂
3. Pentingkan kualiti senaman
Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos
Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
5. Tak perlu hari-hari
Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
6. Inginkan perut yang kempis?
Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
7. Semanan untuk toning?
Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak).
8. Yoga untuk kuruskan badan?
Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
9. Sauna dan bilik steam room?
Kedua-dua boleh membantu membakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
10. Seks sebagai senaman?
Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.
Senaman sit up merupakan antara yang sering dilakukan oleh ramai orang. Dan biasanya ia menjadi kegemarana buat anda yang ingin mendapatkan otot perut yang pejal dan cantik.
Bak kata orang perut six-pack seperti Bruce Lee!
Tapi tahukah anda bahawa melakukan sir up mempunyai banyak manfaat lain selain memberikan anda otot perut yang pejal?
Jom ikuti 10 kelebihan yang anda bakal perolehi bila melakukan sit up!
1. Jaga Kestabilan Gerakan Badan
Melakukan sit up secara rutin akan membuat sistem otot pada bahagian perut menjadi lebih kuat seperti anda melakukan squat jump. Sit up yang tepat akan membuatkan anda gerakan anda lebih stabil pada bahagian perut, bahu, lengan, pinggul dan punggung. Jika sit up dilakukan tanpa bantuan peralatan, maka otot perut akan terlatih lebih kuat untuk mengangkat beban tubuh.
2. Keseimbangan Badan
Semua orang pasti pernah terjatuh, namun jika sering jatuh sedangkan usia sudah dewasa itu bermakna anda ada masalah keseimbangan badan. Ia dapat diatasi dengan melakukan sit up secara rutin. Manfaat sit up akan membuat gerakan otot pada bahaguan pinggul menjadi lebih kuat. Sit up juga akan membuat otot pada kaki, perut dan lengan menjadi lebih stabil sehingga membuat badan lebih bugar dan seimbang.
3. Menjaga Kesihatan
Jika anda peka dengan kesihatan diri ia tidak harus dilakukan dengan cara yang mahal. Cukup hanya dengan makan makanan yang sihat dan melakukan senaman ringan seperti sit up.
4. Menjaga Sistem Metabolisme
Sit up membangun semua otot di bahagian perut. Ketika semua otot perut bekerja secara aktif maka sejumlah oksigen untuk pembuluh darah akan dipenukan. Hal ini membuatkan darah mampu membantu sistem metabolisme pada tubuh.
5. Menjaga Pencernaan
Setiap hari manusia memerlukan makan sebagai sumber tenaga. Makanan yang masuk ke tubuh akan diolah organ pencernaan untuk ditukar menjadi tenaga. Bahagian pencernaan yang paling banyak bermasalah adalah usus. Sit up akan menggerakkan semua otot dalam perut. Otot perut akan mendorong agar usus bisa melakukan pekerjaannya dalam mengolah semua makanan yang masuk. Jadi, sit up akan membuat usus menjadi lancar dan lalu menjauhkan anda dari penyakit.
6. Jaga Postur Tubuh
Siapa yang tak mahu memiliki postur badan yang sempurna, bukan? Sebenarnya anda boleh dapatkannya dengan melakukan rutin sit up selama 10 hingga 20 kali setelah bangun tidur. Sit up akan membangun semua otot tubuh bekerja dengan baik sehingga tubuh menjadi lebih stabil, seimbang dan bisa mendapatkan postur tubuh yang baik.
7. Jaga Kesihatan Otot
Walaupun pada dasarnya sit up hanya bekerja untuk meningkatkan sistem kerja otot perut, namun ia juga penting untuk menjaga kesihatan otot tubuh. Melakukan rutin sit up secara membuat otot tubuh terlatih melakukan gerakan.
8. Melancarkan Peredaran Darah
Peredaran darah dalam tubuh menjadi salah satu proses inti kehidupan. Darah menjadi media untuk memasok ketersediaan oksigen ke seluruh tubuh. Salah satu cara agar darah bisa bekerja secara maksimal adalah jumlah kandungan oksigen yang harus tersedia dalam jumlah tertentu. Jika manusia kekurangan oksigen dalam darah maka sistem metabolisme tidak akan berlangsung dengan baik.
9. Bantu Pembentukan Fizikal
Memiliki penampilan fizikal yang kacak pastunya menjadi keinginan anda yang sangat penting. Lelaki biasanya melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk badan menarik dan menonjolkan otot kuat. Sit up yang dilakukan untuk menarik kekuatan otot perut akan membentuk perut menjadi six-pack.
10. Bantu Buang Lemak
Sit up biasanya dilakukan sebagai latihan ringan untuk memperkuatkan otot perut, namun jika melakukan sit up secara rutin gerakan otot perut akan membakar lemak pada anggota tubuh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.