Tak dapat dinafikan empayar filem Marvel Studio telah banyak mencorakkan serta merevolusikan industri perfileman global. Bermula dengan filem ‘Iron Man’ pada tahun 2008 tidak banyak harapan yang diberikan kepada karakter dianggap tidaklah begitu popular.

Namun dengan formula jalan cerita yang baik, pemilihan pelakon berkualiti serta menghasilakn filem superhero yang sangat menghormati sumber asalnya Marvel Studio kini menjadi penanda aras filem francais terhebat.

Jadi tak hairanlah filem-filem mereka terutamanya ‘Avengers’ menjadi pujaan ramai peminat di seluruh dunia. Terbaru filem ‘Avengers: Endgame’ menjadi filem kedua paling laris dalam sejarah perfileman dunia.

Beberapa hari lalu telah tular rakan video seorang peminat Avengers yang menarik perhatian warganet terutamanya di Twitter. Menariknya ia sebuah video yang sangat mencuit hati dan menyaksikan telatah seorang lelaki dikenali dengan username Fikri Syafiq (@fikrisyafiq92).

“Avengers assemble!”

IKLAN

Video rakaman yang dimuat naik oleh Fikri Syafiq sendiri memaparkan dia yang berada dalam keadaan separa sedar dan terlantar di katil hospital kerana kesan sampingan ubat bius yang diberikan kepadanya.

Memetik laporan Harian Metro, Fikri Syafiq yang berusia 27 tahun mengalami situasi separa sedar selepas disuntik ubat ketamin dan prpofol sebagai pelalian untuk pembedahannya di sebuah hospital di Shah Alam.

Telatah Fikri yang dalam separa sedar itu turut mencuit hati selepas memanggil doktor wanita dengan gelaran Black Widow.

IKLAN

“Bumi Selamat Ke Black Widow?”, Lelaki Separa Sedar Akibat Bius Buat Warganet Terhibur

“Black Widow nak buat apa ni? Kenapa Balck Widow hidup balik? Black Widow, help me!”

Itu antara ucapan separa sedar yang diungkapkannya kepada doktor tersebut. Memang brader Fikri ini seorang peminat sejati Avengers nampaknya. Sampai dalam keadaan separa sedar pun masih ingat akan jalan cerita dan karakter Avengers!

IKLAN

MASKULIN juga tertarik dengan doktor yang digelar Black Widow tersebut dengan meyakinkan Fikri bahawa bumi selamat dari serangan makhluk asing.

Ketika dihubungi Harian Metro, Fikri Syafiq berkata dia memang seorang peminat tegar filem-filem Marvel Studio terutamanya Avengers. Dua rakaman video tersebut dilakukan selepas dia menjalani pembedahan akibat jangkitan kuman pada Jumaat lalu.

Kami di team MASKULIN mendoakan agar Fikri cepat sembuh dan terus menjadi peminat Avengers yang awesome. Diharap pihak Disney Malaysia yang menjadi pengedar filem-filem Marvel Studio boleh membawa Fikri ke tayangan premier filem mereka pada masa akan datang.

Kredit: Fikri Syafiq (@fikrisyafiq92) & Harian Metro

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI