Sukan

Butik Rangkaian Koleksi Sukan Terbesar di Asia Tenggara, Skechers™ City Outlet Kini Di Buka Di Pusat Membeli Belah IPC

Share

Skechers™ City Outlet baharu ini menggabungkan kedai konsep yang mengetengahkan koleksi fesyen kasut dan pakaian terkini dengan bahagian yang mempamerkan rangkaian koleksi sukan serta gaya hidup yang hangat bagi memenuhi kehendak para pelanggan.

Sebuah jenama global yang terkenal dalam industri fesyen sukan dan gaya hidup kini membuka butik terbaru yang dikenali sebagai Skechers™ City Outlet

 di pusat beli belah IPC yang terletak di Mutiara Damansara. Dengan keluasan sebesar 6,600 kaki persegi, Skechers™ City Outlet akan menjadi butik jenama Skechers™ yang terbesar di Asia Tenggara.

Skechers™ telah berjaya memenangi hati masyarakat Malaysia menerusi koleksi kasut yang bergaya dan selesa seperti Sport, D’Lites 2, Burst, USA, Bobs, Energy Lights, Twinkle Toes, the GOwalk dan GOrun, serta pakaian untuk bersukan seperti baju, seluar, bra top

 dan banyak lagi.

Skechers™ juga telah berkolaborasi dengan ramai selebriti terkenal seperti bintang hip-hop Korea Zico, kumpulan K-Pop terkenal EXO, pemenang anugerah multi

platinum Meghan Trainor, penyanyi dan penulis lagu Camila Cabello, model dan pelakon Kelly Brook, personaliti televisyen Brooke Burke-Charvet dan lagenda-lagenda sukan seperti Sugar Ray Leonard, Ozzie Smith serta Howie Long.

 

IKLAN