BYD Tech Discovery Day, Revolusi Mobiliti Elektrik Malaysia Bermula

Share

Dunia automotif kini bergerak pantas ke arah elektrifikasi dan Malaysia menjadi saksi kepada satu lagi langkah penting dalam peralihan ini menerusi penganjuran BYD Tech Discovery Day.

Acara anjuran BYD Malaysia, DENZA serta BYD Sime Motors ini berlangsung dari 14 hingga 16 November 2025 di Plaza Arkadia, Desa ParkCity, Kuala Lumpur, membawa rakyat Malaysia menyelami masa depan teknologi dan pemanduan lestari.

Bertemakan “BYD Intelligence. Powering Malaysia Forward”, acara ini bukan sekadar pameran automotif tetapi satu perjalanan interaktif yang memperkenalkan inovasi sebenar di sebalik mobiliti elektrik. Ia turut menampilkan siri aktiviti eksklusif seperti sesi pandu uji model BYD dan DENZA, demonstrasi teknologi masa depan serta dialog bersama pakar EV tempatan.

Jelajah Inovasi Elektrik Pertama di Malaysia

Sebagai jenama peneraju kenderaan elektrik global, BYD terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran tempatan dengan memperkenalkan acara BYD Tech Discovery Day buat pertama kali.

Antara tarikan utama termasuk Blade Battery, e Platform 3.0, dan sistem kawalan pintar DiSus Intelligent Body Control yang digabungkan untuk menghasilkan pengalaman pemanduan yang lebih selamat, responsif dan efisien.

“Saya amat teruja menyambut kehadiran rakyat Malaysia ke BYD Tech Discovery Day, satu peluang unik untuk merasai semangat dan inovasi di sebalik teknologi kami,” ujar Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao.

“Kami memikul tanggungjawab besar untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai masa depan mobiliti dan memberi peluang kepada semua untuk menyaksikan potensi serta visi global dalam usaha mengurangkan suhu bumi sebanyak satu darjah. Jelajah ini bukan sekadar pameran tetapi detik penting dalam gerakan menuju masa depan yang lebih bersih dan mampan.”

Kerjasama Strategik Dengan Sime Motors

Bagi Sime Motors, acara ini turut melambangkan kesinambungan hubungan strategik bersama BYD yang semakin kukuh.

“Acara ini amat bermakna bagi kami di Sime Motors. Sempena sambutan ulang tahun ke 45 kami, kami berbangga berdiri seiring dengan tujuh rakan automotif global termasuk BYD, jenama yang berkembang paling pesat dalam portfolio kami,” kata Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors, Jeffrey Gan.

“Dalam hanya 25 hari lagi, kita juga akan menandakan tiga tahun sejak pelancaran pertama BYD di Malaysia. Ini membuktikan kepercayaan pengguna terhadap inovasi dan nilai lestari yang dibawa oleh jenama ini,” tambahnya lagi.

Setakat ini, BYD Sime Motors mengendalikan lebih 40 cawangan di seluruh negara, disokong oleh BYD Academy, 12 pusat badan dan cat bertauliah serta gudang yang menguruskan lebih 4,000 komponen dengan kadar ketersediaan 94 peratus. Dengan lebih 24,000 pemilik BYD dan DENZA di Malaysia, jenama ini kini menjadi simbol peralihan serius negara ke arah mobiliti elektrik.

Aktiviti Menarik di BYD Tech Discovery Day

Acara tiga hari ini menjanjikan pengalaman penuh keterujaan untuk semua pengunjung. Antara tarikan utama termasuk:

1. Zon Pandu Uji dan Pandu Percubaan

Rasai sendiri kehebatan BYD ATTO 3, BYD SEALION 7, dan DENZA Z9GT menerusi cabaran Camel Bridge, Cross Axle serta aksi 360° Crabwalk di BYD Tech Discovery Day.

2. Sudut Dialog EV

Temui pakar BYD dalam sesi penerangan mengenai teknologi Blade Battery, sistem pengecasan pintar dan inovasi keselamatan yang menjadi tunjang rekaan setiap model BYD.

3. Promosi dan Tawaran Eksklusif

Nikmati rebat sehingga RM20,000, peluang memenangi cabutan bertuah bernilai RM38,888 dan promosi trade in khas untuk model terpilih.

4. Zon Gaya Hidup

Nikmati kopi percuma, ruang permainan kanak-kanak dan penebusan barangan eksklusif BYD menjadikan acara ini bukan sekadar tentang kereta tetapi gaya hidup moden yang lestari.

BACA: Di Sebalik Kereta Paling Laju Di Dunia, BYD Yangwang U9 Xtreme

Masa Depan Mobiliti Malaysia

Dengan teknologi termaju, sokongan infrastruktur kukuh dan dedikasi terhadap pembangunan lestari, BYD serta DENZA bersama Sime Motors sedang membuka lembaran baharu dalam dunia automotif tempatan.

Acara BYD Tech Discovery Day bukan hanya mempamerkan teknologi, ia adalah simbol komitmen ke arah masa depan yang lebih hijau dan cerdas, di mana mobiliti bukan lagi sekadar perjalanan tetapi satu pengalaman menyeluruh.

Untuk maklumat lanjut, layari byd.simemotors.my atau ikuti @bydcarsmalaysia di Facebook dan Instagram.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim