Dua pelakonnya, Taufiq Hanafi dan Ammar Alfian turut hadir menguji sendiri cabaran ini.

Rasanya anda semua pasti tidak perlu diperkenalkan lagi tentang filem hebat blockbuster yang menampilkan skuad jalan cerita pengorbanan, kehebatan dan semangat patriotik luar biasa Pasukan Khas Luat (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Filem ‘PASKAL: The Movie’ yang dibintangi oleh nama-nama hebat seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Jasmine Suraya Chin, Theeban G dan ramai lagi ini juga mencatatkan sejarah apabila menjadi filem aksi mendapat jumlah kutipan tertinggi.

Dengan kutipan melebihi RM30 juta, ia menduduki tempat ketiga di belakang ‘Hantu Kak Limah’ dan Munafik 2′ sebagai filem paling laku dalam sejarah filem tempatan.

Cabar Kejantanan Anda Dengan 5 Ujian Berhalangan #PASKALChallenge
Taufiq Hanafi dan Ammar Alfian turut hadir menguji sendiri cabaran ini!

Dan kini filem hebat ini telah pun mula ditayangkan menerusi saluran penstriman popular, Netflix . Sebagai salah satu daripada rangka promosi mereka, Netflix menganjurkan #PASKALChallenge bertempat di Blue Concourse, Sunway Pyramid Mall, Petaling Jaya.

IKLAN

BACA: “Orang Nak Pelakon Berbakat, Bukannya Kayu” – Casting Director Dedah Pengalaman!

Menariknya pembukaan cabaran ini turut disertai oleh dua pelakonnya iaitu Ammar Alfian dan Taufiq Hanafi. Menurut Netflix, cabaran ini telah direka cipta berdasarkan inspirasi daripada filem ‘PASKAL: The Movie’ yang mengetegahkan elemen-elemen kerjasama dan kesungguhan tanpa kenal putus asa.

IKLAN

Netflix juga mempelawa anda semua untuk mencuba sendiri cabaran #PASKALChallenge ini yang diadakan bermula hari ini, 22 Mac sehingga 24 Mac 2019, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Terdapat 5 halangan atau obstacle yang perlu anda lengkapkan dalam cabaran yang menguji kekuatan fizikal. Antaranya ialah mengangkat tayar gergasi, memanjat tembok setinggi 8 kaki, melakukan angkat berat menggunakan tong air tentera dan juga memanjat tali!

IKLAN
Cabar Kejantanan Anda Dengan 5 Ujian Berhalangan #PASKALChallenge
Halangan angkat tayar gergasi dari poin A ke poin B.
Cabar Kejantanan Anda Dengan 5 Ujian Berhalangan #PASKALChallenge
Panjat tali dan melintas menggunakan monkey bar.
Cabar Kejantanan Anda Dengan 5 Ujian Berhalangan #PASKALChallenge
Nampak macam ringan tapi berat tu!

Jika berjaya melengkapkan kesemua task dalam masa ditetapkan anda bakal membawa pulang hadiah eksklusif berupa ‘Paskal Challenge Swag’ iaitu berangan menarik Paskal dan Netflix.

Antara objektif lain cabaran ini juga ialah untuk memberikan sedikit gambaran betapa sukarnya latihan yang dilalui oleh skuad tentera laut elit negara. Dari situ anda pasti akan lebih menghargai lagi perngorbanan mereka.

Cabar Kejantanan Anda Dengan 5 Ujian Berhalangan #PASKALChallenge

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI