Sebelum terhasilnya sebuah drama, telefilem, dokumentari atau pun filem, casting director adalah individu yang bertanggungjawab mengenal pasti pelakon yang sesuai.
Tujuannya, gambaran karakter yang ditulis oleh penulis skrip akan dipersetujui produser atau penerbit sekali gus memudahkan casting director untuk menapisnya.
Menerusi entri ini, Maskulin mendapatkan seorang casting director yang terlibat dalam mencari barisan pelakon untuk filem Polis Evo 1 & 2, Tombiruo, Bulan dan Pria serta menjadi coach actor kepada Hairul Azreen untuk menjayakan filem Paskal.
Dipanggil sekali lagi jika short listed
Aslam Yusoff dari Zana Entertaiment mendedahkan perkara pertama yang akan berlaku sekiranya anda hadir ke ujibakat dan termasuk dalam short listed, anda akan dipanggil sekali lagi untuk satu ujian saringan.
Dalam sesi tersebut, casting director akan memastikan adakah anda betul-betul bersesuaian dengan karakter yang diperlukan dalam sesebuah cerita itu.
Dari situ, casting director akan memberikan beberapa tugasan dan semua pihak yang terlibat jika berpuas hati, akan lock anda sebagai pelakon yang berwatak jika bersesuaian.
Tidak semuanya indah
Namun sebagai newbie yang ingin menyertai bidang hiburan ini, mendedahkan industri ini bukanlah sesuatu yang indah.
Ramai yang tersalah sangka mengenainya kerana kata Aslam, hanya mereka yang berhati kental sahaja mampu survive untuk dapatkan job bergantung kepada projek yang ada.
“Nampak macam syok dan best sebab boleh keluar TV. Tetapi sudahkah anda bersedia untuk bekerja dalam keadaan yang serba tidak selesa?”
“Jika niat anda berlakon kerana passion, itu sangat digalakkan tetapi jika sekadar mahu menempa populariti semata-mata, ia tidak akan bertahan lama,” katanya.
Perjalanan yang memakan masa
Kongsi Aslam, memang produser akan memilih pelakon yang berbakat dan memiliki rupa yang elok kerana drama TV mahu pun filem adalah bidang bisnes.
Namun jika ada produser yang sememangnya mengutamakan bakat lebih daripada rupa, itu satu peluang besar untuk orang ramai.
“Tetapi mereka yang tiada rupa itu pun mesti kena dengan jalan cerita untuk menggalas sesuatu watak.
“Lainlah kalau watak tambahan (ekstra), yang itu semua orang boleh masuk tanpa prejudis tetapi selaku talent agency, dia tetap akan memilih talent yang berdisiplin,” ujarnya.
Penting jaga komitmen walaupun tiada rupa
Mengulas tentang isu panas yang melibatkan rupa atau bakat, Aslam menegaskan walaupun seseorang itu tiada rupa tetapi sudah terjebak sebagai seorang talent, sudah pasti ada cara lain untuk berjaya.
Caranya, pamerkan komitmen yang bagus sewaktu di set penggambaran. Jaga dari segi calltime dan disiplin diri selain tingkatkan cara berkomunikasi dengan semua orang.
“Yang penting, hormat semua orang tak kiralah dia berpangkat besar sehinggalah kepada krew yang bertungkus-lumus bekerja pada hari tersebut,” tegasnya.
Belajar untuk jadi lebih baik
Dalam perkongsiannya juga, Aslam berkongsi rahsia untuk berjaya adalah dengan jangan malu untuk terus belajar dan menuntut ilmu.
“Sama ada berjumpa dengan orang yang lebih arif, banyakkan pembacaan menerusi buku atau yang sewaktu dengannya.
“Kena lebih banyak explore dan jangan takut untuk keluar dari zon selesa kerana di situlah, anda akan menguji kekuatan sebenar anda,” ulasnya
Selain itu, tontonlah filem yang baik untuk belajar kepelbagaian karakter yang ada selain merajinkan diri untuk ke pelbagai sesi ujibakat kerana setiap proses adalah sangat berbeza.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI