Miliki nama yang klasik dan menawan seiring raut wajahnya, Timur Gabriel merupakan anak perempuan penyanyi tersohor, Datuk Zainal Abidin.
Meniti usia 28 tahun, nama wanita ceria ini mungkin tidak begitu diketahui ramai. Ini kerana Timur menjalani hidup sederhana dan ‘low profile’, jauh dari dunia glamor meskipun dia sebenarnya anak selebriti ternama.
Aktif di media sosial sebagai content creator, Timur merupakan anak kedua kepada pelantun lagu Hijau ini. Dia juga mempunyai seorang abang iaitu Mikhail berusia 30 tahun dan autisme.
Kedua-dua mereka ialah zuriat Datuk Zainal Abidin dan bekas isteri, Natasha Gabriel Abdullah.
Ketika sambutan Hari Bapa yang lalu, Timur memuat naik gambar dirinya bersama ibu tersayang di Instagram. Melihat wajah wanita cantik yang berada di samping Timur membuatkan kebanyakan followers mula mengetahui status personaliti ini sebagai anak selebriti.
Ads
Rata-rata mereka mengagumi kecantikan Natasha Gabriel atau Yvonne dan mula mengingati pesonanya suatu ketika dulu yang merupakan bekas model dan penari.
“Happy Father’s Day to the woman who single-handedly raised my brother and I. We had many downs but many ups too, and although it’s taking a bit of time, I hope that I can come back and give you the comfortable and happy life that you should’ve always had.
Ads
I can only imagine how difficult it must’ve been to be both mum and dad. But I’m sure it was worth it cause I’m great.”
Mewarisi darah seni dari kedua-dua ibu bapa, Timur Gabriel juga memiliki bakat sebagai seorang pelakon.
Ads
Ibu Timur yang kini berusia 64 tahun berkahwin dengan bekas vokalis kumpulan Headwind, Datuk Zainal Abidin atau nama sebenarnya Zainal Abidin Mohamed pada 24 Mac 1987. Mereka bagaimana pun sah bercerai pada 12 Disember 2000.
Cantikkan anak perempuan Datuk Zainal Abidin ni!
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bicara tentang hubungan sulit, mungkin anda berfikir penyebabnya adalah kerana pasangan anda tidak bahagia bersama anda? Belum tentu. Sebuah penelitian mengungkapkan bahawa 56% dari lelaki yang dibuat kajian, mengaku bahagia dengan kehidupan pernikahan mereka. Mereka mengaku puas dan bahagia dengan apa yang telah mereka miliki, meskipun faktanya mereka memang tetap mempunyai hubungan sulit. Berikut ini fakta-fakta tentangnya yang mungkin anda belum tahu.
SEBAHAGIAN BESAR LELAKI MASIH MENCINTAI PASANGANNYA WALAUPUN BERHUBUNGAN SULIT
Lelaki yang berhubungan sulit, alasannya bukan kerana dia jatuh cinta pada wanita itu, tapi kerana dia merasa bosan. Kehidupan percintaan yang dijalaninya tidak lagi menyenangkan seperti dulu, cenderung membosankan dan monoton. Dia masih mencintai anda, namun dia sedang ingin berada dalam suasana percintaan yang dia rindukan, makanya dia mempunyai hubungan sulit. Untuk menghindari ini, luangkan masa berdua, hanya anda dan dia tanpa anak-anak.
SEBAHAGIAN BESAR LELAKI BERHUBUNGAN SULIT DENGAN WANITA YANG SUDAH MEREKA KENAL BAIK
Bukan dengan wanita yang baru sekali ditemuinya di pusat membeli-belah atau di tempat lain. Biasanya hubungan sulit bermula sebagai teman. Akhirnya hubungan tersebut menjadi semakin akrab. Bagi menghindari hal itu, jalin hubungan yang lebih dekat dengan pasangan anda, menjadi tempat mencurah hati, masalah pekerjaannya misalnya. Jadilah lebih interaktif dibandingkan dengan rakan-rakan kerjanya.
LELAKI BERHUBUNGAN SULIT UNTUK MENYELAMATKAN HUBUNGAN PERNIKAHANNYA
Pasangan anda mencintai anda. Tapi dia tidak tahu bagaimana caranya menyelesaikan permasalahan yang sedang dihadapi, hal yang menurutnya kurang dalam pernikahannya. Jadi dia mencari tempat lain untuk mengisi “ruang” di hatinya. Lalu mereka akan mencari kebahagiaan lain dan kembali menjalani kehidupan pernikahannya dengan bahagia, tanpa harus menyelesaikan masalah yang tidak dapat dirungkaikan.
LELAKI CENDERUNG MEMBENCI DIRINYA SENDIRI SETELAH BERHUBUNGAN SULIT
Anda mungkin berfikir lelaki yang berhubungan sulit ialah lelaki yang tidak bermoral atau tidak punya perasaan. Tapi tahukah anda, ternyata sebahagian besar lelaki merasa bersalah kerana tidak setia, telah membiarkan dirinya mengkhianati orang yang dicintainya. Beberapa bahkan merasa telah gagal menjadi lelaki sejati.
WANITA JUGA BERHUBUNGAN SULIT, BAHKAN LEBIH BERBAHAYA
Wanita juga mengaku pernah berhubungan sulit, sama seperti lelaki. Hanya wanita berhubungan sulit bukan untuk mencari kepuasan seks, seperti yang dilakukan kebanyakan lelaki, melainkan mencari kepuasan batin. Wanita boleh melakukan “hubungan sulit secara online” tanpa ada kontak fizikal. Ketika anda berhubungan sulit dengan “hati”, secara tidak sedar anda menarik diri daripada pernikahan anda dan akan susah untuk kembali, sementara berhubungan sulit dengan “seks” hanya didasari nafsu, bukan hati.
SERING KALI ISTERI TAHU SUAMINYA BERHUBUNGAN SULIT
Seorang isteri mungkin tahu suaminya berhubungan sulit, tapi dia tetap diam. Dia belum siap menerima rasa sakit yang harus dihadapi jika suaminya mengakui hal itu. Dia juga lebih memilih diam, untuk kebaikan rumah tangganya dan anak-anaknya.
BERHUBUNGAN SULIT DAPAT MEMPERBAIKI SUATU PERNIKAHAN
Meskipun hubungan sulit menggembirakan, hubungan itu juga dapat membuatnya menyedari siapa yang lebih dia inginkan di hidupnya. Andalah jawapannya.
LELAKI INGIN BERHUBUNGAN SULIT LAGI
Setelah berhasil menyelamatkan rumah tangga akibat hubungan sulit, lelaki masih merindukan untuk berhubungan sulit. Merindukan wanita itu, cara wanita itu memperlakukannya dan hal lain. Ubahlah cara anda memperlakukan dia, buatlah seperti apa yang dia inginkan.
LELAKI TAHU NAMPAK NEGATIF DARI HUBUNGAN SULITNYA
Lelaki tahu hubungan sulitnya tentu menyakiti isterinya, merosakkan rumah tangganya dan menodai kehormatannya. Lantas mengapa dia masih melakukannya? Ia terjadi kerana dia merasa tidak berguna, tidak diinginkan, tidak berharga, tentu dia ingin berada dalam situasi yang membuatnya merasa lebih berguna, lebih diinginkan dan lebih berharga.
BUKAN SALAH ISTERI JIKA SUAMINYA BERHUBUNGAN SULIT
Berhubungan sulit itu pilihan, bukan keharusan. Lelaki berhubungan sulit bukan kerana apa yang dilakukan isterinya, tapi kerana apa yang tidak dilakukan isterinya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penularan pandemik COVID-19 telah banyak memberikan impak kepada banyak sektor ekonomi dan sosial Di antara yang paling terkesan dengan penularan ini ialah industri sukan. Di antara sukan yang tidak dibenarkan dilakukan sebelum ini ialah renang.
Namun berita baik untuk anda kaki renang semua. Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan juga Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengumumkan SOP terkini yang telah berkuatkuasa mulai 7 Disember 2020 bagi kawasan yang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kecuali negeri Sabah.
Kini, aktiviti sukan dan rekreasi air di kolam renang adalah dibenarkan di bawah PKPB dengan syarat mematuhi penjarakan fizikal. Di antara perkara yang paling ditekankan ialah penggunaan setiap premis sukan dan rekreasi hendaklah tidak melebihi daripada 50% kapasiti penggunaan penuh.
Dalam erti kata lain, pemilik dan pengusaha mana-mana premis sukan atau rekreasi perlu memastikan penjarakan sosial sentiasa dipatuhi serta kapasitinya hanya separuh daripada biasa.
Walau bagaimana pun kerajaan menegaskan sebarang aktivitii yang dijalanan di dalam perkumpulan kecil terhad maksima 10 orang dalam satu-satu masa. Pengusaha pusat sukan juga perlu memastikan penjarakan fizikal setiap masa dengan aktiviti statik penjarakan 1 hingga 3 meter, manakala aktiviti dinamik, 3 hingga 5 meter.
Waktu yang dibenarkan untuk fasiliti beroperasi pua adalah dari 6 pagi hingga 12 tengah malam dan tertakluk kepada lesen kebenaran beroperasi dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.
BENTUK AKTIVITI DILARANG
Berikut merupakan antara bentuk aktiviti suka dan rekreasi yang masih tidak dibenarkan:
Aktiviti berkelah, aktiviti bersentuhan fizikal atau sukan tempur, aktiviti perlawanan bagi sukan berpasukan dan aktiviti penganjuran kejohanan atau pertandingan.
Aktiviti sukan dan reakreasi yang melibatkan penglibatan yang ramai dan sukar dikawal penjarakan fizikal.
Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton dan yang melibatkan peserta dari luar negara.
Buat anda yang berada di lokaliti di bawah PKPB, sukan renang kini boleh dilakukan semula dengan syarat pematuhan SOP.
Jangan lupa untuk ikuti YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hati siapa yang tidak hiba apabila kehilangan insan yang tersayang. Lebih memilukan apabila bukan seorang sahaja yang dijemput Ilahi, tetapi empat ahli keluarga sekaligus.
Itulah dugaan yang dihadapi Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, sehingga pengsan beberapa kali akibat tidak tahan menanggung kesedihan.
Sebaik sahaja jenazah dua anak perempuannya yang menjadi mangsa korban kepala air tiba di unit forensik Hospital Tapah, Perak, Azam dilaporkan tidak sedarkan diri.
Perkelahan mereka sekeluarga di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor, pada Rabu sepatutnya menjadi kenangan indah namun bertukar tragedi.
Empat daripada tujuh mangsa iaitu, Aszura Bani, 37 bersama tiga anaknya, Hanum Marissa, 2, Hafiy Muhayyat, 4, dan Hana Mikayla, 7, hilang dihanyutkan arus deras kepala air.
Foto (dari kiri): Aszura Bani (37), Hafiy Muhayyat (4), Hana Mikayla (7) Hanum Marissa (2) yang maut dihanyutkan arus deras kepala air, bersama Azam Radin Mustapha Amiruddin (46).
Memetik laporan Sinar Plus, berikut ringkasan info dan kronologi kejadian itu.
Kronologi Kejadian
Kakak Aszura, Aslinda Bani, 38, menceritakan bencana kepala air terjadi sekelip mata kira-kira jam 4 petang. Beliau yang turut terperangkap bagaimanapun selamat selepas ditarik oleh seorang penduduk kampung.
Menurut Aslinda, ketika itu arwah Aszura sedang merangkul dua orang anaknya dan memintanya mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung.
Bagaimanapun, selepas beliau kembali ke tempat kejadian semua ahli keluarganya hilang kecuali pembantu rumah berusia 30-an yang terselamat.
Kakak Azam, Ainur Radin Mustapha Amiruddin, 51, memberitahu arwah Hafif cuba diselamatkan pembantu rumah yang berpaut pada batu sungai ketika kejadian. Namun si kecil itu terlepas dari pelukan dan dibawa arus.
Lebih memilukan, arwah meminta pembantu rumah itu tidak melepaskannya namun sayangnya wanita itu tidak berdaya kerana arus yang terlalu deras.
Jenazah Aszura ditemukan 600 meter dari tempat kejadian tidak lama selepas itu.
Manakala jenazah Hafif Muhayat pula ditemukan seorang penduduk kampung dalam operasi mencari dan menyelamat pada jam 9.50 malam di dasar sungai berdekatan sebatang pokok tumbang.
Jenazah Hanna Mikayla dan Hanum Marissa pula ditemukan pada 9 pagi keesokannya dalam selang masa selama 10 minit. Jenazah berkenaan dibawa ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat.
Selepas urusan mandi dan mengkafankan di hospital berkenaan selesai, jenazah keluarga itu dibawa ke Masjid Al-Muhtadin untuk disolatkan.
Jenazah tiga beradik itu dikebumikan jam 6.20 petang dalam satu liang lahad bersebelah pusara Aszura terdahulu dikebumikan pada tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor.
Dalam pada itu, penduduk kampung mendedahkan aliran air sungai didapati deras ketika kejadian dan paras air menurun selepas sejam, namun berdasarkan maklumat, insiden kepala air di kawasan sungai itu sudah lama tidak berlaku.
Pilu Seorang Suami & Ayah
Azam Radin yang terlalu sedih atas kejadian menimpa isteri dan anaknya, berkata ketika kejadian beliau sedang bekerja di Gopeng dan bergegas ke tempat kejadian apabila diberitahu oleh seorang daripada anak saudaranya.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, isteri saya sudah ditemukan lemas,” katanya sebak.
Teruja Berjumpa Nenek
Sementara itu, kakak Azam Radin, Ainur memaklumkan anak-anak saudaranya sangat teruja dan rindu untuk berjumpa opah mereka.
Ujarnya pada minggu lepas sahaja, sudah dua kali Aszura dan Azam serta anak-anak mereka berziarah.
Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti perkelahan, khususnya sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).
Sumber & Kredit Foto: Sinar Plus dan Berita Harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.