Kegatalan serta kemerahkan pada kulit muka memang merimaskan bukan? Kadang-kadang muka kita merasa pedih dan sekaligus perkara seperti ini akan menjejaskan mood anda.
Selalunya ia terjadi jika kulit anda terdedah kepada bakteria lain (infection), alergik ataupun bekas daripada jerawat lama yang tidak terhapus lagi secara menyeluruh dan jika ia tidak dipulihkan secepat mungkin masalah ini akan berlanjutan dengan teruk.
Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk atasi masalah kegatalan dan kemerahan itu? Mari ikuti tips mudah dibawah.
Timun
Sejak dari dahulu lagi timun sudah dipercayai dalam membuat rawatan pada wajah. Kalau anda lihat, banyak produk berasaskan timun diluar sana kerana ia menyihatkan kulit.
Ads
Mempunyai kandungan dengan unsur kedinginan, ia mampu untuk meredakan kemerahan serta kegatalan.
Caranya:-
Kisar /parut timun.
Ambil timun yang sudah lumat dan sapukan kepada keseluruhan wajah seperti masker.
Biarkan selama 20 minit agar segala khasiat ataupun zat daripada timun tersebut meresap ke dalam kulit anda secara menyeluruh.
Selepas itu bilas dengan air bersih.
Lidah Buaya (Aloe Vera)
Lidah Buaya ataupun Aloe Vera paling berkesan untuk merawat kemerehan khususnya dan kegatalan pada masa yang sama.
Ads
Ia akan melembapkan kulit wajah kering dan mengurangkan segala redangan ataupun alergi yang ada pada wajah anda.
Caranya:-
Potong Lidah Buaya kepada dua bahagian, daripada bahagian atas ke bawah secara menegak.
Keluarkan gel yang ada didalam Lidah Buaya itu dan sapukan terus pada kawasan yang mempunyai kemerahan dan kegatalan.
Kiub Ais
Kiub ais sebenarnya dapat meredakan kemerahan yang terjadi di wajah anda kerana aliran darah akan turun dan mengalir di tempat bahagian selain daripada wajah.
Kesannya, kulit anda bersih tanpa sebarang kotoran dan sel kulit mati pada wajah akan cepat hilang.
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu gosok kiub ais pada bahagian muka secara terus dan ratakan pada seluruh bahagian muka.
Ads
Daun Pudina
Daun pudina sangat berkesan sebagai ajen pendingin kulit yang dapat melegakan redangan di wajah anda.
Caranya:
Mudah sahaja! Tumbuk daun pudina sehingga lumat ataupun seakan pes dan terus sapukan pada wajah anda.
Kesimpulan
Anda tidak boleh memandang ringan dengan masalah kemerahan dan kegatalan kulit, jika ia tidak dirawat pada peringkat awal, kondisi wajah anda akan terus bermasalah dan mungkin ia akan lebih susah untuk dipulihkan.
sumber: remedy.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pelbagai produk yang keluar di pasaran dengan pelbagai cara pemasaran. Cara pemasaran yang paling berkesan adalah dengan mengatakan produk mereka boleh menghasilkan kesan yang ketara kepada si pemakai.
Daripada kebolehan merawat kencing manis hinggalah merawat kanser. Sedangkan mereka sendiri tidak mengkaji adakah produk mereka benar-benar berkesan seperti apa yang mereka nyatakan.
Dalam post ini, kami ingin menceritakan pula berkenaan produk makanan yang dikatakan boleh tambah ketinggian.
Perlu diketahui oleh para pembaca yang ketinggian bertambah disebabkan wujudnya satu lapisan yg dinamakan sebagai ephyphiseal plate(growth plate) yang terletak di bahagian hujung tulang.
Growth plate terletak pada hujung tulang. Bahagian inilah yang akan menyebabkan penambahan ketinggian pada seseorang individu
Lapisan growth plate ini terdiri daripada tisu rawan(cartilage) yang mempunyai beberapa jenis sel iaitu:
1) sel chondrocytes: Berfungsi untuk menambahkan tisu rawan agar tulang semakin panjang
2) sel osteoblast: Berfungsi sebagai sel yang akan mengeraskan tisu rawan supaya ia menjadi tulang. Ia berlaku dengan cara sel osteoblast meletakkan unsur kalsium ke dalam tisu rawan tersebut
Chondrocytes hasilkan tisu rawan dan osteoblast pula akan mengeraskan tisu rawan itu supaya menjadi tulang. Perbuatan yang berulang-ulang ini akan menyebabkan tulang semakin panjang
Perlu diketahui bahawa, ephyphiseal plate sangat dipengaruhi oleh ‘growth hormone’ yg dihasilkan pada kalenjar pituitary pada otak. Jika hormon tersebut berada pada tahap yang sepatutnya, maka ketinggian sesorang itu pun akan bertambah seperti biasa
Jika hormon tersebut terlampau banyak ia akan menyebabkan seseorang itu mempunyai ketinggian yang luar biasa dan penyakit ini dikenali sebagai ‘gigantism’
Kajian yang dibuat pada tikus, menunjukkan hormon estrogen yang tinggi ketika baligh akan menyebabkan sel condrocytes mengalami ‘apoptosis’(sel itu mati). Ia akan menyebabkan tisu rawan(cartilage) tidak dapat dihasilkan. Dan akhirnya semua tisu rawan tersebut akan ditukarkan menjadi tulang oleh sel osteoblast.
Maka, growth plate hilang kerana berubah menjadi tulang. Bila tiada ephyphiseal plate, maka tiada penambahan dalam ketinggian.
Begitu juga yang berlaku pada manusia, apabila telah mencapai umur 19 ke 21, growth plate akan hilang dan manusia akan berhenti memanjang.
Graf ketinggian untuk kanak-kanak lelaki ini menunjukkan bahawa pertambahan ketinggian manusia akan semakin mendatar apabila berumur 19-21 tahun
Kesimpulan: Tiada produk makanan yang boleh tambah ketinggian terutamanya yang sudah berumur 20 tahun lebih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada yang makan dengan cepat, pantas seolah-olah terlalu lapar. Ada juga yang makan terlalu sopan santun macam pertama kali jumpa mak mertua depan muka. Jangan tak tahu, gaya makan juga boleh ditafsir tau. Ini bahaya guys hati-hati bila makan bersama gadis okay !
Lelaki yang menyuap makanan dengan penuh berhati-hati & dengan gaya sopan santun. Ini sifat disebaliknya adalah dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan & jangan ragui soal kesetiaannya dalam hubungan. Hanya kamu dihatinya.
Lelaki jenis ini makan dengan penuh ketelitian. Contohnya, kalau makan ikan, tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan.. Kalau tak suka sayur, dia sanggup cari dan asingkan dulu sayur di tepi pinggan, jangan risau! Lelaki seperti ini sifatnya amat prihatin dalam setiap perkara yang dilakukan..Kalau dalam soal hubungan, dia memang serius
Lelaki jenis ini gaya makannya serius sahaja. Tidak terlalu cepat, tidak terlalu lambat.. Sesekali dia akan berbual ketika makan, tetapi tidaklah kerap sangat. Kalau makan dengan pasangannya, si dia adakalanya asyik memerhati pasangannya. Ini bermaksud si dia amat sayang terhadap pasangannya dan tidak mahu pasangannya hilang walaupun seminit pun. Memiliki sifat pelindung yang kuat.
Lelaki jenis ini memang suka berbual ketika sedang makan, sampai nasi di pinggan pun tak luak. Ini menggambarkan si dia seorang yang ceria & susah nak marah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang terutama dalam soal perhubungan. Tapi awas! Jangan buat si dia marah.. Anda mungkin tak mahu melihat bom meletup!
Lelaki jenis ini selalu sahaja ingin cepat walaupun masa masih panjang & tiada perkara yang ingin dikejarkan. Jelas menunjukkan bahawa si dia amat menitikberatkan soal masa dan displin dalam kehidupan sehariannya. Jangan salah paham ya!
Lelaki jenis ini bila makan ada je yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah, tak cukup manis la dan lain-lain kadang kala boleh rasa menyampah mendengarnya.. Lelaki jenis ini adalah mereka yang suka berterus terang.. Apa sahaja yang dirasakan tidak puas hati, akan diluahkannya.. Tak perlu nak simpan-simpan.. Tapi disebalik sikapnya itu, si dia mempunyai sifat seorang yang memang caring.. Awas! Dalam soal hubungan, dia memang kuat cemburu. Jangan sesekali cuba nak pandang orang lain.. Silap hari bulan, tak pasal-pasal kamu kena sembur!
Sumber: HCL
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika keadaan begini berterusan, korang dinasihatkan berjumpa doktor bagi memastikan sama ada korang mengalami masalah resdung (sinus).
Jangkitan bakteria ke atas rongga hidung pada sekelilingnya adalah salah satu punca resdung , juga di panggil sinus. Resdung sebenarnya adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang muka dan bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil.
Sinus terbahagi kepada empat bahagian iaitu: sinus frontal, sinus etmoid, sinus maksila, dan sinus sfenoid. Ia terletak pada bahagian muka seperti di antara dua mata, pipi di bawah mata, hanya sedikit di belakang hidung turut serta meliputi di bahagian dahi seseorang.
Resdung juga berpunca akibat kegagalan rerambut halus silia dalam sinus untuk menyempurnakan fungsinya dalam membantu pengaliran mukus.
Jangan tak percaya aktiviti berenang ataupun menyelam juga merupakan antara faktor mengakibatkan risiko resdung selain dari asap rokok juga telah dikenal pasti sebagai punca radang hidung.
Biasanya hidung tersumbat, kerap bersin, selesema serta mata berair dan gatal adalah tanda-tanda awal resdung. Itupun dalam keadaan macam ni tidak ramai yang berani pergi mendapatkan rawatan resdung serta nasihat doktor kerana alasan penyakit yang korang hidapi tak teruk sangat..
Alahan terjadi apabila perubahan cuaca, telinga tengah dan tekak membengkak akibat menghidu debunga, hama serta habuk. Perkara itu berlaku kerana hidung mula bertindakbalas lalu mengakibatkan simptom seperti bersin, selesema, gatal mata serta hidung berlarutan.
Sekiranya ia dibiarkan berlarutan rongga sinus akan tersumbat. Sepatutnya rongga sinus berfungsi untuk pengudaraan tetapi telah terhalang. Akibatnya bakteria akan terperangkap, sinusitus berlaku serta nanah terkumpul.
Pesakit juga terdedah kepada jangkitan telinga tengah atau kegagalan Tiub Euschasian. Ketika itu pesakit akan merasa kurang selesa di muka, bendalir hijau meleleh dari hidung sekiranya lambat dirawat akan menyebabkan jangkitan kuman di otak. Terdapat juga pesakit menghidap asma akibat resdung yang berterusan kerana hidung bersambung dengan paru-paru.
Lazimnya, penghidap resdung akan berhadapan keadaan seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, demam, letih serta berasa sakit kepala pada waktu pagi manakala bagi yang sudah kronik pula, resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak. Lebih menakutkan, sekiranya resdung dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia sebenarnya boleh mengundang maut akibat komplikasi pada otak.
Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop. Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung. Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat pada sekeliling kawasan hidung.
Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat rawatan resdung. Cara terbaik untuk mencegah resdung ialah segera dapatkan rawatan sebelum ianya melarat.
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung serta tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, manik dan kertas
* Tisu belakang hidung bengkak terutamanya kanak-kanak.
* Jangkitan nanah pada sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.
* Skop hidung untuk melihat punca dan solusi rawatan resdung
* Scan CT hidung untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menkorangkan lendir atau dipenuhi nanah
Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan resdung bersesuaian akan disyorkan oleh pakar perubatan
* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat rawatan resdung titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu dapat menghalang sinus dan ia sukar disembuhkan dengan ubat rawatan resdung.
* Bagi pesakit yang mempunyai resdung disarankan agar elakkan menyapu rumah tetapi sebaiknya menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan seperti makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan korang bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair panas seperti teh.
* Lap muka korang menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari kerana bimbang bengkak sinus akan menjadi lebih teruk selepas korang memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Korang juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor korang sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah
sumber: imahtalks.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang