Sumber: Forbes

Menjadi selebriti terkemuka dalam dunia Hollywood adalah impian semua orang. Bukan sahaja menjadi popular dalam sekelip mata, malah pendapatannya sungguh lumayan. Disebabkan itulah selebriti Hollywood tidak mengendahkan tentang paparazzi yang selalu mengekori mereka kerana bagi mereka, itu juga boleh menyumbang kepada pendapatan mereka. Tersenarai antara selebriti terkaya 2017 menerusi Forbes, jadi pendapatan siapakah yang paling tinggi dalam tahun 2017 ini?

1. Sean “Diddy” Combs – $130 juta

SIAPA PALING KAYA? SELEBRITI DENGAN PENDAPATAN PALING TERTINGGI 2017

Gelaran Puff Daddy ini bukanlah asing dalam dunia hiburan Hollywood. Berasal dari Amerika, dia adalah seorang rapper, penyanyi, pemuzik pencipta lagu, usahawan juga pelakon. Jumlah pendapatan sebanyak $130 juta menjadikan dia menguasai carta selebriti paling kaya tahun 2017. Hasil kajian dari Forbes ini menunjukkan bahawa penjanaan dapatannya barangkali dari label bajunya Sean Jean dan juga dalam penjualan jenama vodka premium nya, Circoc.

2. Beyoncé Knowles – $105 juta

SIAPA PALING KAYA? SELEBRITI DENGAN PENDAPATAN PALING TERTINGGI 2017

Tahun bertuah untuk Queen B! Dijadualkan bakal melahirkan kembarnya pada bila-bila masa sahaja, serta pulangan berjuta-juta dari konsert jelajah Formation Tour nya menjadikan tahun 2017 ini adalah tahun yang paling diingati. Namun, bagi peminat setia penyanyi ini, anda mungkin tidak akan melihatnya buat sementara waktu selepas ini kerana menurut Queen B, dia mahu meluangkan masanya bersama keluarga dan sudah tentu untuk memfokuskan kepada anak-anaknya. Terutamanya pada si kembar!

3. JK Rowling – $95 juta

SIAPA PALING KAYA? SELEBRITI DENGAN PENDAPATAN PALING TERTINGGI 2017

Umum sudah tahu tentang proses dirinya untuk menjadi seorang jutawan hari ini. Daripada seorang yang hampir mencapai kegagalan, berkat kecekalan hatinya, dia kini menjadi antara selebriti yang wajib diberi penghormatan. JK Rowling lebih dikenali dengan gaya outspoken nya di Twitter. Lebih popular dari novel Harry Potter yang dikaryakan olehnya. Walau bagaimanapun, apabila novel Harry Potter dipindahkan ke layar panggung, namanya acapkali disebut-sebut dan sudah tentu meletakkan JK Rowling antara yang terkaya tahun 2017.

IKLAN

4. Drake – $94 juta

SIAPA PALING KAYA? SELEBRITI DENGAN PENDAPATAN PALING TERTINGGI 2017

Tidak perlu disangkalkan lagi, penyanyi Drake ini adalah artis yang terhebat dalam dunia hari ini. Dia pernah memaklumkan bahawa dia mahu berhenti dari dunia hiburan bila usianya mencecah 35 tahun. Tidak mengapalah begitu. Jumlah wang yang dia miliki pun sudah tentu boleh menampung hidupnya.

5. Cristiano Ronaldo – $93 juta

SIAPA PALING KAYA? SELEBRITI DENGAN PENDAPATAN PALING TERTINGGI 2017

Bermula sebagai seorang budak lelaki yang punya minat tinggi dalam suka bola sepak, Christiano Ronaldo cekap menghadapi dugaan dalam hidupnya. Berjauhan dari ibunya buat pertama kali, juga rakan-rakannya menjadikan dia bahan lawak kerana bahasa Inggerisnya pada masa itu tidak fasih. Hari ini, satu dunia menjadikan dia sebagai sumber inspriasi. Bahkan, orang ramai menghormatinya sebagai ikon bola sepak. Siapa yang berani menyangkalnya? Dia dianugerahkan pemain terbaik dunia dan memenangi trofi dalam European Championship, Champions League dan La Liga bersama Real Madrid.

IKLAN

6. The Weeknd – $92 juta

SIAPA PALING KAYA? SELEBRITI DENGAN PENDAPATAN PALING TERTINGGI 2017

Namanya harini ini bukan sahaja menjadi bahan bualan orang ramai tentang hubungannya bersama Selena Gomez, malah tahun ini juga menyaksikan konsert jelajahnya Star Boy mendapat pulangan profit $1.1 juta satu malam. Apa lagi yang harus diraikan dengan kejayaan seperti itu? Kini namanya mula dilabelkan antara penyanyi terhebat dunia.

7. Howard Stern – $90 juta

SIAPA PALING KAYA? SELEBRITI DENGAN PENDAPATAN PALING TERTINGGI 2017

Personaliti tv dan radio yang sering diselubungi dengan kontroversi ini mampu menjana pendapatannya menrusi siaran radio Amerika, Sirius XM. Dengan penghasilan aplikasi yang canggih serta kemudahan digital, jangan tanya kenapa dia masih lagi menduduki carta 10 ke atas tahun hadapan.

IKLAN

8.  Coldplay – $88 juta

SIAPA PALING KAYA? SELEBRITI DENGAN PENDAPATAN PALING TERTINGGI 2017

Tipulah kalau kamu tidak layan mendengar lagu-lagu mereka ini. Band ini sentiasa menghasilkan lagu yang lebih segar dan unik. Unik dalam permainan muziknya menjadikan kumpulan ini antara yang terkaya dalam senarai Forbes ini. Mengaut keuntungan sebanyak 5 juta satu malam menerusi konsert jelajah mereka, Head Full of Dreams. ia adalah antara kejayaan besar bagi kumpulan ini.

9. James Patterson – $87 juta

SIAPA PALING KAYA? SELEBRITI DENGAN PENDAPATAN PALING TERTINGGI 2017

Penulis ini mampu tersenyum bangga apabila tahun 2017 ini menyaksikan dirinya mencapai kejayaan apabila dia mampu menjual 9.5 juta unit karyanya di seluruh dunia dan antara penulis yang banyak menerima tawaran dari syarikat produksi filem.

10. LeBron James – $86 juta

SIAPA PALING KAYA? SELEBRITI DENGAN PENDAPATAN PALING TERTINGGI 2017

Tahun yang baik untuk LeBron. Selepas kekecewaan perit dengan kekalahannya dalam peringkat akhir NBA kepada Golden Gtate Warrios, dia tidak perlu memikirkan lagi semua itu apabila pendapatannya kini sudah mencecah $86 juta tahun ni dan dia ditaja sepenuhnya oleh jenama sukan Nike yang dilaporkan bernilai dalam $ 1 bilion.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI