Berita mengujakan buat peminat Star Wars! Filem terbaru, ‘Star Wars: Starfighter’, yang menampilkan Ryan Gosling sebagai bintang utama dan diarahkan oleh Shawn Levy, dijangka menemui penonton di pawagam pada 28 Mei 2027.
Pengumuman ini dibuat di acara Star Wars Celebration 2025 di Jepun, mengesahkan lagi penantian yang sudah lama dinantikan.
Filem ini mengambil latar masa lima tahun selepas peristiwa ‘The Rise Of Skywalker’ (2019), menjanjikan sebuah kisah yang segar dan berdiri sendiri, tanpa terikat dengan trilogi sebelumnya.
Shawn Levy yang sebelum ini terkenal dengan sentuhan magisnya dalam filem-filem aksi dan fantasi seperti ‘Deadpool & Wolverine’ dan siri popular ‘Stranger Things’. Dia menegaskan bahawa ‘Star Wars: Starfighter’ bukanlah prekuel mahupun sekuel.
Foto: Hiro Komae/AP Photo
PENGEMBARAAN BAHARU
Ia adalah sebuah pengembaraan baharu yang akan membawa penonton ke sudut galaksi yang belum pernah diterokai.
Ads
Naskah filem ini digarap rapi oleh Jonathan Tropper, seorang penulis yang telah mendedikasikan dua tahun terakhir untuk membangunkan cerita yang dijangka akan memukau ini.
Levy dan Gosling, bersama presiden Lucasfilm, Kathleen Kennedy dan Ketua Pegawai Kreatif Dave Filoni, berkongsi keterujaan mereka tentang filem ini di Jepun.
Ryan Gosling, star of the upcoming Star Wars: Starfighter, makes his Star Wars Celebration debut. pic.twitter.com/CeZtI36QhO
Penggambaran filem ini dijadualkan untuk bermula pada musim luruh tahun ini, menandakan bermulanya sebuah lagi babak menarik dalam saga Star Wars.
Ads
Kehadiran Ryan Gosling sebagai peneraju utama filem ini pastinya menambah daya tarikan yang signifikan.
Aktor serba boleh ini telah membuktikan keupayaannya dalam pelbagai genre dan penglibatannya bersama Star Wars menandakan satu lagi pencapaian penting dalam kariernya.
Foto: Hiro Komae/AP Photo
Kombinasi Gosling dan visi kreatif Levy dijangka akan menghasilkan sebuah filem yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberikan nafas baharu kepada ‘universe’ Star Wars.
Selain ‘Star Wars: Starfighter’, Lucasfilm juga mengumumkan filem ‘The Mandalorian & Grogu’ yang dijadualkan tayang pada 22 Mei 2026.
Filem-filem Star Wars lain yang sedang dalam pembangunan termasuklah daripada Sharmeen Obaid-Chinoy, James Mangold, Taika Waititi dan trilogi baharu oleh Simon Kinberg.
Dengan janji pengembaraan baharu, bintang ternama di hadapan kamera dan di kerusi pengarah, serta penulis yang berdedikasi, ‘Star Wars: Starfighter’ dijangka meneruskan lagasi warisan Star Wars.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tak anda dapat panggilan dari nombor tak dikenali, tapi bila angkat… diam je? Jangan pandang ringan. Itu mungkin taktik baharu scammer yang digelar “silent call”.
Nampak macam tak ada apa-apa, tapi sebenarnya ia cukup bahaya dan ada risiko tidak baik. MASKULIN tertarik dengan pendedahan terbaru berkenaan taktik ini, terutamanya selepas satu perkongsian video menarik Rahmat Fitri Lawan Scammer, seorang pesara PDRM yang pernah berkhidmat selama 21 tahun.
Jelasnya,”Lebih merisaukan, ada teknologi bila kita jawab hello, dia boleh rakam dan guna suara kita untuk AI!”
“Lepas ni kalau ada nombor tak kenal, dengar je dulu. Kalau dia nak cakap dengan you, dia akan cakap dulu. Itu untuk nombor yang kita tak save,” tambahnya lagi.
Silent call ialah panggilan yang kelihatan macam prank atau glitch. Tapi sebenarnya, ia satu cara licik scammer untuk mengumpul sampel suara anda.
Mereka akan call tapi hanya berdiam diri. Mereka tunggu anda untuk bercakap. Bila anda jawab “hello” atau “ya”, suara anda dirakam dan digunakan untuk tujuan tidak baik.
Antaranya untuk:
Teknologi voice cloning AI sekarang sangat canggih. Mereka hanya perlukan 3 hingga 10 saat suara untuk cipta versi deepfake suara anda yang boleh meniru intonasi, lenggok, bahkan emosi sekali!
Tujuan mereka?
Beberapa kes telah dilaporkan di mana mangsa berdepan beberapa situasi yang merugikan. Di antaranya:
Teknologi makin maju, tapi scammer pun makin bijak. Mereka bukan lagi minta OTP atau password saja. Sekarang suara anda pun boleh jadi senjata mereka. Jadi, ambil nasihat bekas pegawai PDRM seperti Rahmat Fitri ini sebagai langkah berjaga-jaga.
“Kalau nombor tak kenal call, jangan terus respond. Dengar dulu. Kalau betul-betul penting, dia akan bercakap,” jelas Rahmat Fitri menerusi video tersebut.
Jangan biar suara anda jadi alat untuk tipu orang lain. Ingat, diam mereka bukan bermaksud tak ada niat. Kadang-kadang, diam itulah perangkapnya.
Lelaki moden amat mementingkan penampilan diri. Bukan sahaja pakaian, wajah juga menjadi tumpuan. Lelaki kini tidak lagi malu mengunjungi pusat-pusat kecantikan. Bukan sesuatu yang memeranjatkan jika lelaki juga berminat menjalani rawatan kecantikan terutamanya pada wajah.
Kebanyakan lelaki itu di peringkat usia 40-an. Pada usia tersebut lelaki sememangnya semakin matang dan stabil dari sudut kewangan mahupun kerjaya. Gaya hidup yang aktif di kalangan lelaki juga menuntut stamina diri. Saya percaya penampilan yang muda dan bergaya haruslah sejajar dengan peningkatan dalam kualiti kesihatan juga.
Dalam bidang perubatan anti penuaan, setiap masalah mesti dikesan dan dihindari sebelum ia terjadi. Dengan kata lain doktor mengesan dan merawat sebelum terjadinya penyakit. Konsep ini sebenarnya ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Jika lelaki berusia 40-an mengadu letih dan kurang tenaga maka doktor perlu memeriksa paras hormon di dalam darahnya. Doktor juga akan mengesyorkan terapi ozon dan anti-oksida di samping penambahan hormon. Ia dilakukan bagi mengaktifkan kelenjar hormon di dalam badan. Masalah penampilan yang sering dialami lelaki adalah:
PIGMENTASI PADA KULIT
GARIS DAN KEDUTAN
WAJAH JATUH MENGGELEBER DAN TAMPAK TUA
RAMBUT BERUBAN
RAMBUT BOTAK
PORI PORI WAJAH KASAR KERANA KERAP BERCUKUR
KURANG STAMINA DAN KURANG KEINGINAN SEKS
KULIT KUSAM DAN TIDAK SEKATA
KULIT GELAP KERANA PENDEDAHAN MELAMPAU PADA MATAHARI
OBESITI
PERBEZAAN KULIT LELAKI
Lelaki dan wanita mempunyai kulit yang berbeza. Ini kerana kulit manusia dipengaruhi hormon. Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki manakala hormon estrogen mempengaruhi kulit Wanita. Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak berbanding wanita. Ini menyebabkan kulit mereka 20 peratus lebih tebal dan anjal serta tahan kepada kerosakan matahari. Sebab itu apabila berbanding usia, wanita lebih menunjukkan garis-garis halus berbanding dengan lelaki seusia. Namun begitu, semakin berusia, kulit lelaki menjadi semakin nipis, manakala ketebalan kulit wanita tidak berubah.
Lelaki juga mempunyai pori-pori kulit yang lebih besar, kelenjar sebum yang lebih aktif dan mempunyai saluran darah lebih banyak. Oleh itu kulit lelaki kelihatan lebih kasar, lebih berpeluh dan berminyak. Lelaki yang mempunyai banyak bulu muka dan suka bercukur akan hilang satu lapisan hydrolytic film di permukaan kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif.
Apabila usia menganjak ke 40-an lelaki juga tidak dapat lari daripada masalah penuaan. Wajah yang dimamah usia akan menyebabkan mereka tercari-cari rawatan yang sesuai.
1) MODIFIED SERDEV
Oleh kerana lelaki mempunyai wajah yang lebar saya menggunakan teknik Modified Serdev untuk mereka. Melalui teknik ini benang yang diperbuat daripada protein digunakan bagi mengangkat muka dan mengikatnya semula pada satu struktur kepala yang dinamakan temporalis fascia. Melalui cara ini wajah yang jatuh akan diangkat semula dan hasilnya wajah tampak lebih muda dan menarik.
Teknik Modified digunakan kerana wajah lelaki agak lebar. Kawasan yang sering kendur adalah bahagian bawah dagu. Ini membuatkan leher tampak kendur dan menggeleber. Berbanding wanita pula kawasan yang mudah jatuh adalah pada pipi. Rawatan ini mengambil masa selama sejam dan hasilnya dapat dilihat sebaik saja selesai rawatan.
Wajah kita terdiri daripada struktur tulang dan otot-otot muka. Apabila usia meningkat kulit kita turut mengalami perubahan dalam kandungan kolagen di dalamnya. Jalinan kolagen yang sedikit dan tidak kukuh membuatkan kulit menurun, tidak lagi anjal dan tidak tegang. Otot-otot juga mula mengalami kesan penuaan. Ia mula melendut menimbulkan garisan kecil yang menghala ke bawah.
. Dengan menggunakan benang khas yang dimasukkan ke bawah kulit kepala, kulit muka akan diangkat semula tanpa memerlukan pembedahan yang menyakitkan. Keistimewaan teknik ini adalah ia menggunakan benang yang diperbuat daripada protein, tidak memerlukan pembedahan, tidak sakit dan hasilnya tahan lama. Dalam masa beberapa bulan benang itu akan hancur di dalam tubuh kita namun hasilnya tetap cantik selama 10 tahun kerana berlakunya fibrosis pada bahagian muka yang diangkat. Fibrosis adalah proses semula jadi di mana bahagian muka yang diangkat melekat pada tempat yang betul dengan kekal.
2) FILLER
Penggunaan Hyaluronic Filler turut penting dewasa ini. Filler menggantikan struktur lemak muka yang hilang dimamah usia. Ia mengisi ruang kosong yang menyebabkan muka tampak cengkung dan berlekuk seperti yang terdapat di pipi dan juga bawah kelopak mata. Garis halus yang muncul pada dahi di antara kening dan tepi bibir juga dapat diatasi dengan Filler. Terdapat pelbagai jenis Filler di pasaran dan saya suka mencadangkan Filler jenis berasaskan kalsium yang tahan lama dan tampak begitu natural sekali.
Sebenarnya di dalam kulit turut terdapat hyaluronik asid yang dikeluarkan secara semula jadi oleh tubuh kita. Ia bersifat sebagai bahan yang mengisi ruang di dalam kulit membolehkan kulit tampak anjal. Apabila usia meningkat, penghasilannya juga kurang dan wajah tampak berlekuk. Adalah lebih baik bagi kita melakukan penambahan.
Terdapat pelbagai jenis asid hyaluronik di pasaran dan kesemuanya mempunyai keistimewaan tersendiri .Bagi saya pemilihan haruslah mengikut kesesuaian dan usia juga. Bagi lelaki berusia 40-an saya mencadangkan penggunaan jenis berasaskan kalsium yang tahan lama.
3) LASER BAGI LELAKI
Bagi kaum lelaki penggunaan laser turut memainkan peranan yang penting. Laser yang saya cadangkan mampu meningkatkan paras kolagen secara semula jadi dan mengaktifkan semula sel-sel kulit. Di Marissa Aesthetik saya menggunakan pixel laser yang baik bagi meninggikan paras kolagen di dalam kulit. Laser sebegini bertindak pada permukaan kulit sahaja. Ia spesifik dan membolehkan pigmentasi turut dirawat dengan baik. Dengan kata lain ia membaiki struktur kulit dan menghasilkan kulit lebih gebu dan cerah. Pori-pori terbuka boleh diatasi dengan lebih berkesan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ali XPDC yang dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas sudah menunjukkan perkembangan yang baik selepas seminggu dibenarkan pulang ke rumah.
Perkara itu disahkan isterinya Sharifah Azuwanna Syed Joned, 52, menerusi laporan Harian Metro
“Alhamdulillah, semangat suami sangat kuat untuk sembuh. Dia juga sudah boleh menyanyi lagu nada tinggi di karaoke semalam,” kata Sharifah Azuwanna.
Sharifah Azuwanna berkata, suaminya juga mahu kembali menyanyi selepas seminggu keluar dari hospital dan berehat di rumah.
Tambahnya, Ali juga kini boleh berjalan tanpa bantuan kerusi roda.
“Kalau setakat menyanyi satu atau dua lagu secara santai dan sambil duduk tu sudah bolehlah,” katanya.
Mengenai persembahan lagi, kata Sharifah Azuwanna, suaminya juga merancang untuk kembali menjayakan persembahan bersama kumpulan XPDC.
“Suami beritahu dia mahu segera sembuh kerana mahu kembali buat persembahan bersama kumpulan XPDC.
“Saya bersyukur dengan peningkatan tahap kesihatan suami kerana dia sudah boleh menyanyi lagu nada tinggi ketika berlatih di karaoke.
“Namun, buat masa ini, suami belum memiliki keupayaan dari segi stamina untuk buat persembahan di konsert lagi,” katanya.
Bagaimanapun Sharifah Azuwanna berkata Ali masih perlu menjalani rawatan susulan membabitkan masalah jantungnya yang bengkak di klinik nuklear, Hospital Putrajaya, pagi esok.
“Masalah paru-paru berair sudah okay selepas doktor beri ubat untuk lawas kencing. Cuma rawatan susulan di hospital nanti untuk merawat masalah jantung bengkak sahaja lagi.
“Suami juga dijadualkan buat rawatan susulan mengenai masalah jantung bengkak itu di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada Ogos nanti,” katanya.
18 April lalu, Ali dikejarkan ke wad kecemasan, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang kerana mengalami sesak nafas di kediamannya di Bandar Baru Salak Tinggi jam 11 pagi ketika majlis penyerahan sumbangan kerusi roda.
Hobi penting untuk keseimbangan hidup, tetapi apabila bergelar suami dan bapa, lelaki perlu tahu keutamaan. Keluarga bukan penghalang kebebasan, sebaliknya amanah yang menuntut kehadiran.