Salah satu perkara yang cukup memeningkan kepada adalah bila tempat duduk kereta atau car seat mula berlubang dan rosak. Bukan sahaja sakit mata memandang tetapi ia boleh mengundang pelbagai jenis kotoran masuk dan menjadi ‘pusat’ membiak serangga yang pastinya boleh menjejaskan pengalaman menaiki kereta setiap hari.
Selain itu car seat yang berlubang juga boleh menjadi basah lalu menyebabkan bau hapak berkumpul. Pastinya anda tidak mahu perkara seperti itu berlaku.
Untuk membaiki tempat duduk kereta yang rosak terdapat beberapa langkah mudah dan selamat boleh anda lakukan.
Ikuti 5 langkah berikut:
1. Kenal Pasti Kerosakan
Pertama sekali semak tempat duduk kereta anda untuk kerosakan seperti lubang atau koyak pada kulit atau kain tempat duduk.
Pastikan anda tahu jenis bahan yang digunakan untuk tempat duduk anda sebelum memulakan sebarang kerja membaiki. Bukan apa nanti susah pula nak baikinya jika anda tak tahu apa bahan car seat anda.
Ads
2. Dapatkan Bahan Diperlukan
Kulit sintetik
Bergantung kepada jenis kerosakan, anda mungkin memerlukan bahan-bahan seperti kulit sintetik atau kain tempat duduk, benang dan jarum, perekat khas untuk kulit atau kain, dan alat seperti gun tangan.
3. Bersihkan Dahulu
Sebelum mula proses membaikinya, pastikan anda membersihkan tempat duduk kereta dengan betul dengan menggunakan sabun dan air untuk mengelakkan sebarang kotoran dan debu daripada memasuki kawasan yang rosak semasa membaiki.
Ads
4. Mulakan Kerja Membaiki
Bergantung kepada jenis kerosakan, anda boleh membaiki lubang atau koyak dengan menempel atau menjahit bahagian yang rosak. Jika kulit tempat duduk rosak, anda boleh menggunakan perekat khas untuk kulit untuk membaikinya.
5. Biarkan Kering
Setelah membaiki, biarkan tempat duduk kereta anda kering sepenuhnya sebelum digunakan semula.
Ads
Selamat mencuba!
Sekiranya anda tidak yakin bagaimana untuk membaiki tempat duduk kereta anda, anda boleh mendapatkan bantuan daripada pakar tempat duduk kereta atau mekanik kereta yang berpengalaman.
Jangan lupa subscribe YouTube dan follow TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Sebagai seseorang yang aktif dengan aktiviti kerjaya dan bersukan, Alif Satar turut mengekalkan kecergasan dirinya sepanjang bulan Ramadan. Ikuti tip & perkongsian Alif Satar bagaimana dia kekal cergas di bulan puasa. #maskulin#majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lexus LC 500 diperkenalkan pada Detroit Auto Show 2016. Perkataan LC membawa maksud ‘Luxury Coupe’. Model premium coupe milik Lexus itu bakal bersaing dengan Aston Martin, Jaguar F-Type dan Mercedes-Benz SL bagi segmen kereta sport premium.
Selepas Indonesia, Malaysia merupakan negara kedua melancarkan model tersebut di peringkat Asean. Di negara asalnya, LC 500 menerima sambutan menggalakkan. Buktinya, jualan LC 500 telah melepasi sasaran tahunan yang ditetapkan sebanyak 600 unit dan melonjak tiga kali ganda.
Tidak mahu menghampakan peminat kereta coupe sport tempatan, Lexus Malaysia, selaku pengimport dan pengedar rasmi berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak 10 unit LC 500. Sayangnya, lapan unit telah ditempah dan hanya berbaki dua unit sahaja lagi.
Di sini penulis senaraikan 12 perkara perlu anda ketahui tentang Lexus LC 500:
1) Harga jualan seunit LC 500 di Malaysia bermula dari RM 940, 000 (harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans).
2) Lexus Malaysia menawarkan varian LC yang dijana oleh enjin 5.0 liter V8 petrol. Ia berupaya menghasilkan kuasa 470PS dan tork 540Nm.
3) Penghantaran kuasa ke roda belakang digabungkan dengan kotak gear 10-kelajuan direct shift.
4) LC 500 menggunakan platform baharu GA-L (Global Architecture-Luxury). Platform itu juga menjadi asas kepada model sedan LS generasi terbaru.
5) Mengambil ilham dari model konsep LF-LC yang pertama kali dipamerkan pada 2012, pembangunan LC diselia rapat oleh Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda yang turut mencuba sendiri versi prototaipnya.
6) Pecutan sifar sehingga 100km/j mampu dilakukan dalam tempoh 4.4 saat.
7) Untuk pengetahuan anda, LC dikeluarkan di kilang yang sama dengan model LFA.
8) Penampilan luaran yang sporty diserlahkan menerusi gril krom, lampu utama LED, lampu nyalaan siang LED dan rim bersaiz 21 inci.
9) Bahagian kabin tampil elegan dengan panel pintu, konsol tengah dan pad sentuh dari Lexus Takumi.
10) Instrumen panel didatangkan dengan versi terkini paparan TFT termasuk Meter Ring yang boleh diubah bersama Paparan Perbezaan Mod Pemanduan. Pada bahagian tengah papan pemuka tersedia skrin paparan 10.3 inci EMV (Electro Multi Vision) serta sistem hiburan dipadankan dengan audio dari Mark Levinson Premium.
11) Kereta coupe sport itu ditawarkan dengan 11 pilihan warna badan bersama tiga pilihan warna kabin.
12) Demi ketenangan minda pemilik, Lexus Malaysia menawarkan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan dan bagi tempoh lima tahun pertama atau 100, 000km (yang mana tiba terdahulu.
Rasanya kereta baru yang dikeluarkan di pasaran sekarang hampir kesemuanya dilengkapi dengan power steering. Malah ia sudah tidak asing lagi bagi kita kerana komponen ini memudahkan peanduan menjadi lebih lancar dan senang.
Secara asasnya, power steering mempunyai fungsi sangat penting dalam sistem pemanduan sesebuah kereta. Kewujudan komponen penting ini bukan sahaja memudahkan pemanduan malah memberikan keselesaan.
Tapi satu perkara kita jangan sesekali lupa. Sama seperti komponen kereta yang lain, power steering juga mempunyai jangka hayat ‘kesihatannya’ yang tersendiri. Sampai masa ia akan rosak atau perlu diservis dengan baik.
Dan jika kerosakan pada power steering dibiarkan berlarutan masalah lain pula akan muncul dan kerosakan yang lebih serius. Lebih menakutkan lagi ia membahayakan juga anda apabila melakukan pemanduan.
Jadi bagaimana untuk kita kenal pasti sama ada power steering sudah rosak? Seperti kebanyakan komponen kereta yang lain, ia juga memberikan petunjuk awal bahawa ada sesuatu yang tidak kena bila berdepan kerosakan. Ikuti perkongsian di bawah.
Antara petandan paling ketara berlaku ialah kereta mengeluarkan bunyi tidak menyenangkan ketika membelok sama ada ke kanan atau ke kiri. Jika perkara ini berlaku besar kemungkinan ia ada berkaitan dengan power steering. Ia juga mungkin disebabkan vane pump sudah tidak lagi berfungsi dengan baik dan optima.
Berlakunya gegaran pada rosak boleh membawa dua petanda. Sama ada tayar atau rim rosak dan juga kerosakan yang berlaku pada power steering. Kondisi seperti ini juga biasanya menandakan fan belt sudah longgar atau rosak. Usah biarkan ia berlarutan kerana dikhuatiri kerosakan itu akan menjadi lebih teruk lalu menyebabkan kos membaikinya meningkat berkali ganda.
Kereta anda mempuyai komponen power steering tapi semasa membelok stereng terasa sangat berat. Ini merupakan petanda palin ketara menunjukkan berlakunya kerosakan pada power steering.
Ini juga antara masalah kerosakan paling serius melibatkan power stering. Bawalah segera kereta anda ke bengkel jika mula terasa berat ketika mahu membelok.
Perubahan warna mimyak pada power steering jga menjadi petanda bahawa ia tidak berada dalam keadaan baik. Minyak ini sangat penting bagi memberikan kelancaran pergerakan stereng. Jadi pilihlah minyak power steering yang berkualiti ia ia dapat berfungsi dengan baik.
Apabila berlakunya kebocoran minyak ini, power steereng tidak dapat berfungsi dengan baik. Kebocoran ini boleh berlaku pada saluran hos ataupun pada resevoir tank. Bawa ke bengkel dan baikinya dengan segera.
Semoga perkongsian petanda-petanda ini dapat mengelakkan anda daripada menjadi mangsa power steering rosak dalam diam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nama Mercedes-Benza sememangnya sudah sedia terkait dengan imej mewah, eksklusif dan juga bertindak sebagai antara pelopor utama teknologi automotif global.
Sejarah yang cukup kaya dimiliki oleh jenama automotif asal Jerman ini sudah sedia terlipat dalam sejarah akan kehebatannya. Jadi tidak hairnlah setiap kali muncul di dalam mana-mana autoshow, kenderaan komersial dan juga konsep Mercedes-Benza sentiasa berjaya menarik perhatian ramai terutamanya di kalangan penggemar kereta.
Pada 2019 Frankfurt Show yang berlangsung minggu lalu, Mercedes-Benz sekali lagi menjadi antara topik paling hangat diperkatakan apabila memperkenal sebuah kereta konsep yang cukup menarik.
Pengenalan kereta konsep EV diberi nama julukan Vision Mercedes Simplex, kereta konsep ini mengetengahkan idea elemen klasik dan juga futuristik. Pertembungan dua elemen yang sangat kontras ini kebiasaannya cukup sukar untuk divisualkan dengan berjaya.
Namun itulah yang telah dibuktikan oleh Mercedes-Benz menerusi Vision Mercedes Sinplex. Model kereta konsep ini dihasilkan daripada inspirasi kereta klasik Mercedes iaitu 35 PS yang dikeluarkan pada tahun 1901.
Rekaan klasik yang diberikan nafas futuristik ini membawa idea perubahan era baru rekaan erta teknologi dalam industri automotif. Tapi yang lebih penting rekaan Vison Mercedes Simplex merupakan sebuah apreasiasi unggul terhadap legasi sejarah jenama ini sejak sekian lama.
Menurut Ketua Pegawai Rekaan Mercedes-Benz, Gorden Wagener hanya Mercedes sahaja yang memiliki kekuatan jenama dan mampu mengahsilkan rekaan simbiosis antara legasi sejarah dan juga masa depan.
Ia merupakan simbol perubahan serta transformasi jenama mewah seperti Mercedez-Benz. Rekaan model istimewa ini mengekalkan elemen dua tempat duduk dengan kemasa rimmed rose gold dan gril housing panel paparan 3D.
Di bahagian dalaman pula kokpitnya lebih bersifat minimalis dengan sentuhan rekaan ringkas yang relevan dengan trend gaya masa kini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang