Banjir sering berlaku ketika musim hujan dan boleh memberi impak besar kepada kereta anda. Air yang melimpah dengan cepat berisiko merosakkan enjin, sistem elektrik, serta struktur keseluruhan kenderaan.
Oleh itu, langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk memastikan kereta anda tidak terperangkap dalam air banjir. Berikut adalah beberapa langkah penting yang perlu anda ketahui:
Foto : Qoala Malaysia
Pilih Lokasi Parkir yang Selamat
Pastikan anda mencari tempat parkir di kawasan yang lebih tinggi dan bebas risiko banjir, seperti kawasan berbukit atau tingkat atas bangunan.
Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir, adalah bijak untuk merancang tempat parkir yang selamat dan jauh dari kawasan rumah.
Elakkan parkir berhampiran sungai, longkang besar atau kawasan yang mudah melimpah air.
Jangan lupa bawa keluar barang penting seperti dokumen (geran, buku servis) dan barang peribadi dari dalam kereta. Elakkan juga meninggalkan barang berharga di dalam kereta.
Pastikan Kenderaan Anda Dalam Keadaan Baik
Sebelum meninggalkan kereta, pastikan tiada saluran atau paip yang tersumbat yang boleh menyebabkan air masuk ke dalam enjin.
Ads
Anda boleh menutup ekzos kereta dengan menggunakan beg plastik yang diikat kemas, atau untuk alternatif, menggunakan buah limau atau oren yang dibalut plastik dan dimasukkan ke dalam ekzos untuk menghalang kemasukan air.
Selain itu, cabut terminal bateri bagi mengelakkan kerosakan pada sistem elektrik kereta. Langkah ini boleh membantu melindungi komponen elektrik dalam kereta daripada rosak akibat banjir.
Jangan Memandu Melalui Kawasan Banjir
Ini adalah salah satu langkah paling penting, kerana melibatkan nyawa. Jika anda berdepan dengan kawasan banjir, lebih baik untuk berhenti atau berpatah balik.
Kita tidak tahu apa yang ada di bawah permukaan air mungkin terdapat lubang, longkang atau halangan lain yang boleh merosakkan kenderaan anda.
Ads
Air yang terlalu dalam atau arus yang kuat boleh menyebabkan kereta anda hanyut. Ingat, harta benda boleh dicari semula, tetapi nyawa tiada ganti!
Foto : MStar
Perhatikan Kedalaman dan Arus Air
Sekiranya air banjir terlalu deras, ia boleh menyebabkan kereta anda terhanyut.
Pastikan kedalaman air tidak melebihi 15 cm (6 inci) sebelum membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan.
Jika Kereta Terkena Banjir, Jangan Hidupkan Enjin
Sekiranya kereta anda sudah terendam dalam air banjir, jangan hidupkan enjin. Ini akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk pada sistem enjin dan elektrik.
Ads
Hubungi perkhidmatan towing (trak tunda) untuk membawa kereta ke bengkel dan serahkan urusan baik pulih kepada mereka yang pakar.
Foto : Motoqar
Pastikan Insurans Anda ‘Cover’ Masalah Banjir
Banjir boleh menyebabkan kerosakan yang mahal. Jadi, pastikan insurans kereta anda mencakupi kerosakan akibat bencana alam seperti banjir.
Jika polisi insurans anda tidak meliputi kerosakan akibat banjir, pertimbangkan untuk mengemaskini polisi tersebut agar anda lebih dilindungi.
Dengan langkah-langkah pencegahan yang betul, anda dapat menjaga keselamatan kenderaan dan mengurangkan kerugian semasa musim tengkujuh.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Ada satu perkara yang harus anda lakukan apabila ingin tinggalkan kereta dalam jangka masa yang lama. Kalau terlupa nak buat perkara ini ia mungkin akan menyusahkan serta menelan belanja untuk anda baikinya jika berlaku kerosakan.
Sekarang memang ramai ambil kesempatan menghabiskan sisa baki cuti tahunan untuk pergi melancong. MASKULIN yakin anda juga mungkin sudah merancang untuk bercuti dalam tempoh yang agak lama.
Apabila pergi bercuti maka kita pun harus meninggalkan kereta di rumah atau pun di tempat meletak kenderaan.
ELAK BATERI ‘KONG’
Perkara yang MASKULIN maksudkan ialah menanggalkan sambungan bateri pada kereta. Sebagai pemilik kereta anda sangat digalakkan untuk menanggalkan sambungan kabel bateri pada terminal jika kereta ditinggalkan lama atau tidak digunakan.
Perkara ini perlu dilakukan bagi mengelakkan cas bateri hilang. Dan apabila ini berlaku ia sekali gus melemahkannya dan menyebabkan kereta nanti sukar untuk dihidupkan atau start. Malah ada juga kemungkinan bateri akan terus ‘kong’ atau rosak.
Bagi menanggalkannya anda memerlukkan spannar. Ia untuk melonggarkan nat pada bahagian terminal bateri dan mencabut terus sambungan ke bateri.
Namun ada beberapa perkara perlu anda berikan perhatian untuk meninggalkan kereta dengan bateri yang ditanggalkan seperti ini.
Pertama sekali anda perlu pastikan kedudukan bateri dalam posisi selamat dan pastikan sambungannya tidak menyentuh lantai atau sebarang sambungan positif. Untuk lebih selamat anda juga boleh membalutnya pada bahagian hujung sambungan agar ia tidak menyentuh mana-mana bahagian lain ketika anda tiada di rumah.
Jika hujung kabel menyentuh terminal negatif ia boleh menyebabkan berlakunya percikan api dan sekali gus boleh menjadi punca kebakaran.
Selain itu, satu perkara yang perlu anda tahu bila menenaggalkan sambungan bateri ialah ia akan ‘reset’ semua sistem elektronik dan setting-nya dalam kereta. Jadi bersedialah untuk set semula jam, tetapan radio dan juga sistem berkaitan.
Perlu ingat untuk menaggalkan sambungan bateri anda hanya perlu membuka kabel pada sambungan port negatif. Dan jangan sesekali biarkan kabel negatif dan positif bersentuhan dalam apa jua keadaan sekali pun.
Jika kabel tersebut bersentuhan ia akan jadi punca kerosakan lain pula seperti alternator terbakar, kerosakan kabel dan lebih teruk mencederakan anda. Semoga perkongsianini boleh memberikan banyak manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!
Sumber: Autoguide.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat peminat Kombi…ini berita baik buat anda. Model yang cukup sinonim dengan jenama Jerman dan zaman gypsie itu akan melakukan kemunculan semula pada 2022. Berita ini disahkan sendiri oleh Volkswagen (VW).
Model berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama di beberapa negara itu bakal menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Model konsep minibas itu yang dikenali dengan nama I.D. Buzz didedahkan pada Concours d’Elegance di Pebble Beach, California.
I.D. Buzz berwarna kuning lemon dan kelabu itu masih mengaplikasi garisan badan dari Kombi. Pihak VW menjadikan ruang kabin lebih lapang berbanding sebelumnya dengan bumbung panorama besar untuk pencahayaan tambahan.
Walaupun masih di peringkat model konsep, model yang dipertontonkan berkenaan berfungsi sepenuhnya. Ia didatangkan dengan stereng berbentuk segi empat tepat yang boleh ditarik secara elektrik. Pengguna tekan sahaja logo VW di tengahnya untuk mengalihkan kedudukan. Selain itu, pada bahagian depan ia dipadankan dengan lampu LED seiring abad ke-21.
Ciri tersebut menjadikan I.D. Buzz bersedia untuk masa depan seiring dengan konsep zaman itu yang mana kereta akan memandu sendiri. Bahagian kerusi depan juga boleh berpusing 360 darjah bagi memudahkan penumpang berborak secara bersemuka ketika kenderaan bergerak.
Minibas empat pintu itu boleh dipandu sejauh 430 kilometer dengan kuasa bateri 369hp. Kapasiti bateri 111kwh itu boleh di cas 80 peratus hanya dalam tempoh 30 minit. Walaupun tiada spesifikasi penuh dikeluarkan, model itu akan menggunakan platform kenderaan elektrik MEB.
Model produksi yang bakal dikeluarkan pada 2022 itu menyasarkan pasaran Eropah, China dan Amerika Utara. Pihak VW menyasarkan untuk memiliki sekurang-kurangnya 30 unit kenderaan elektrik untuk dijual.
VIDEO
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat anda yang memiliki kereta atau kenderaan empat roda, pastinya paling kurang seminggu sekali atau selang dua minggu pasti anda hantar ke pusat cuci kereta atau car wash. Apatah lagi kalau memiliki kereta yang baru dibeli. Semestinya anda mahu ia sentiasa kelihatan berkilat, bersih dan bersinar di bawah pancaran matahari.
Mencuci kereta juga merupakan satu terapi yang baik untuk menghilangkan tekanan. Tahukah anda juga boleh mencuci kereta dengan berkilat seperti dihantar ke car wash? Ikuti tip cuci kereta yang MASKULIN kongsi di bawah.
STEP PERTAMA
Untuk basuh kereta pastinya anda memerlukan sabun atau bahan pencuci. Anda boleh gunakan apa sahaja jenis sabun basuh kereta yang ada dijual di pasaran. Namun, jangan sesekali anda menggunakan sabun pencuci pinggan!
Ini kerana sabun pencuci pinggan mempunyai sifat menghakis yang sangat kuat dan boleh sebabkan warna cat kereta cepat pudar. Mulakan basuh kereta bermula dari pane atas ke bawah untuk memudahkan kerja membasuh. Siram dahulu kereta dengan air sebelum mulakan basuhan dengan sabun.
Foto: jcomp – www.freepik.com
STEP KEDUA
Gunakan kain atau span mikrofiber untuk mencuci kereta anda. Gosok secara lembut kain yang dicelup dengan sabun di bahagian bumbung, depan, belakang, cermin dan sisi kereta. Menggunakan kain mikrofiber ada banyak kelebihannya antaranya ia menghasilkan cas negatif apabila digosok pada kereta. Ini memudahkan kotoran degil untuk tanggal dengan mudah.
STEP TIGA
Basuh kereta anda dengan gunakan sistem dua baldi. Maksudnya satu baldi digunakan untuk sabun manakala satu baldi lagi mengandungi air yang digunakan untuk membilas kain atau span yang digunakan untuk menyental kotoran.
STEP KEEMPAT
Bilas dahulu keseluruhan kereta sebelum anda mula membersihkan rim dan tayar. Anda perlu ingat bahawa air sabun yang berada di badan kereta perlu dibilas secepat mungkin bagi mengelakkan kesan kotoran melekat semula pada kereta.
STEP KELIMA
Bersihkan rim dan tayar dengan menggunakan berus tayar. Gosok sekali pada bahagian dalam rim yang biasanya ada kesan hitam disebabkan disk brake. Elak guna bahan kimia berwarna merah yang biasa digunakan untuk membersihkan enjin kereta kerana ia boleh menyebabkan rim cepat pudar.
STEP KEENAM
Proses seterusnya ialah proses mengeringkan. Basahkan sedikit kain mikrofiber kedua sebelum mula lap kereta. Dan gunakan kain mikrofiber ketiga yang kering untuk lap bahagian yang hampir kering. Ini adalah kaedah lap basah dan lap kering.
Jangan lupa untuk lap juga bahagian celah pintu dan panel kereta. Gunakan kain mikrofiber kering untuk mengeringkan kawasan tersebut. Untuk cermin pula anda dinasihatkan untuk guna kain yang baru dan gunakan cecair pencuci cermin yang khusus.
STEP KELAPAN
Selepas selesai membersihkan kereta pada bahagian luar anda boleh mula beri perhatian pada bahagian dalam pula. Gunakan vakum untuk menyedit segala kotoran pada bahagian kusyen, tempat letak kakii dan papan pemuka. Sekarang cuba lihat kereta anda yang berkilat!
Jangan lupa untuk follow YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.