Jika anda sering memandu di lebuh raya utama negara, anda mungkin pernah terlihat papan tanda berwarna hitam dengan huruf “AH” berserta nombor contohnya AH2, AH18, dan sebagainya.

Tapi tahukah anda maksud sebenar papan tanda ini?

Rupa-rupanya, “AH” merujuk kepada Asian Highway iaitu satu jaringan lebuh raya rentas benua yang menyambungkan negara-negara di Asia dengan Eropah!

Sejarah Ringkas Lebuhraya Asia

Rahsia Di Sebalik Papan Tanda AH di Lebuhraya Anda Pasti Tak Sangka!

Projek Lebuhraya Asia atau Asian Highway Network bermula seawal tahun 1959.

Fasa pertama berjalan lancar antara tahun 1960 hingga 1970.

Namun, kemajuan terbantut apabila bantuan kewangan digantung pada tahun 1975.

Ads

Ia hanya disambung semula secara agresif pada era 80-an dan 90-an, sebelum secara rasmi menjadi sebahagian daripada program pembangunan serantau ALTID (Asian Land Transport Infrastructure Development) pada 1992.

Perjanjian penting antara negara-negara peserta ditandatangani pada tahun 2003 di Bangkok dan dimeterai semasa sesi ke-60 suruhanjaya ESCAP di Shanghai pada April 2004.

Ketika itu, 23 negara menandatangani perjanjian tersebut, dan jumlah itu meningkat kepada 32 negara menjelang 2008.

Malaysia Turut Terlibat dalam Projek Ini

Malaysia bukan sekadar peserta biasa kita mempunyai 1,595 kilometer laluan Lebuhraya Asia merentasi Semenanjung, Sabah, dan Sarawak.

Antara laluan utama di Malaysia yang menjadi sebahagian daripada rangkaian AH termasuk:

Ads
  • AH2: Denpasar (Indonesia) – Khosravi (Iran), melalui Malaysia di Lebuhraya Utara-Selatan E1 dan E2, NKVE, ELITE dan Tambak Johor.

  • AH18: Jalan Persekutuan 3 (Rantau Panjang – Johor Bahru)

  • AH140: Butterworth-Kulim E15 dan Jalan Persekutuan 4

  • AH141 – AH143: Merangkumi NKVE, Duke, MRR2, Lebuhraya Karak, LPT dan Linkedua

  • AH150: Jalan Persekutuan di Sabah dan Sarawak (Pan Borneo)

Rahsia Di Sebalik Papan Tanda AH di Lebuhraya Anda Pasti Tak Sangka!

Apa Fungsi Sebenar Lebuhraya Asia?

Tujuan utama projek ini adalah untuk meningkatkan jaringan pengangkutan darat serantau dan menyambungkan seluruh Asia kepada rangkaian jalan raya ke Eropah.

Ia bertujuan memudahkan logistik, perdagangan darat, pelancongan dan hubungan diplomatik.

Panjang Laluan Ikut Negara

Rangkaian keseluruhan mencecah 141,000 kilometer, dan berikut ialah antara negara dengan laluan paling panjang:

  • China – 25,579km

  • India – 11,432km

  • Iran – 11,152km

  • Rusia – 16,869km

  • Malaysia – 1,595km

  • Singapura – 19km sahaja

Nombor AH, Apa Maksudnya?

Setiap laluan dalam jaringan ini diberi kod AH dari AH1 hingga AH87 dan AH100 hingga AH899. Nombor satu digit (AH1-AH9) merujuk kepada laluan utama yang menghubungkan lebih dari satu sub-rantau.

Ads

Contohnya:

  • AH1: Tokyo – sempadan Turki-Bulgaria (20,557km, laluan paling panjang)

  • AH5: Shanghai – Istanbul (10,380km)

  • AH6: Busan – sempadan Belarus (10,475km, hampir selari dengan Laluan Trans-Siberia)

Rahsia Di Sebalik Papan Tanda AH di Lebuhraya Anda Pasti Tak Sangka!
Foto : United Nations ESCAP

BACA LAGI : Masuk Bulatan Pun Boleh Gaduh? Ini Panduan Pusingan Bulatan Yang Ramai Masih Salah!

Mengetahui tentang Lebuhraya Asia bukan sahaja menambah pengetahuan umum, tetapi juga penting untuk memahami betapa strategiknya lokasi Malaysia dalam perdagangan serantau.

Ia juga menunjukkan bahawa jaringan jalan raya kita sebahagian daripada sistem pengangkutan global.

Sumber : Motoqar

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI