Ramai pemandu masih keliru dengan cara yang betul untuk memasuki dan melalui pusingan bulatan atau roundabout.

Walaupun nampak mudah, kesilapan seperti salah lorong, tidak memberi signal, atau tidak memberi laluan boleh menyebabkan kekeliruan dan kemalangan kecil.

Oleh itu, penting untuk kita faham panduan asas supaya pusingan bulatan dapat dilalui dengan lancar dan selamat.

Kenali Lorong Mengikut Destinasi

Masuk Bulatan Pun Boleh Gaduh? Ini Panduan Pusingan Bulatan Yang Ramai Masih Salah!
Foto : Gem Car Rental

Sebelum masuk bulatan, perhatikan lorong yang sesuai berdasarkan destinasi anda.

Jika ingin keluar di simpang pertama (belok kiri), gunakan lorong kiri dari awal dan pasang signal kiri sebelum memasuki bulatan.

Untuk terus di simpang kedua, anda boleh guna lorong kiri atau tengah bergantung pada bilangan lorong, dan pasang signal kiri selepas melepasi simpang pertama.

Manakala jika ingin keluar di simpang ketiga atau lebih jauh (belok kanan atau buat pusing balik), gunakan lorong kanan, pasang signal kanan ketika masuk bulatan, kemudian tukar signal ke kiri sebelum keluar.

Beri Laluan Kepada Kenderaan Dalam Bulatan

Masuk Bulatan Pun Boleh Gaduh? Ini Panduan Pusingan Bulatan Yang Ramai Masih Salah!
Foto : Careta

Kenderaan yang sudah berada dalam bulatan mempunyai keutamaan laluan.

Ads

Jangan sesekali memotong atau masuk bulatan secara tiba-tiba tanpa memberi laluan.

Ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga pemandu lain, malah boleh menyebabkan kemalangan.

Gunakan Signal Dengan Betul

Signal sangat penting untuk memberi isyarat kepada pemandu lain.

Pasang signal ke kiri apabila hendak keluar bulatan dan signal ke kanan jika ingin pusing ke kanan atau buat pusing balik.

Ads

Penggunaan signal yang betul membantu mengelakkan kekeliruan dan memastikan aliran trafik lancar.

Elak Tukar Lorong Secara Mendadak Dalam Bulatan

Masuk Bulatan Pun Boleh Gaduh? Ini Panduan Pusingan Bulatan Yang Ramai Masih Salah!
Foto : Actualidad Motor

Jangan tukar lorong secara tiba-tiba dalam bulatan. Jika tersilap lorong, teruskan pusing dan cuba keluar di simpang seterusnya.

Elakkan potong dari lorong kanan terus keluar ke kiri kerana tindakan itu boleh mengganggu aliran trafik dan berbahaya.

Setiap bulatan mempunyai saiz dan reka bentuk yang berbeza.

Ads

Bulatan besar di bandar biasanya mempunyai beberapa lorong yang dilabel dengan jelas mengikut arah tuju.

BACA LAGI : Kereta ‘Biasa’ Rakyat Malaysia Curi Tumpuan di Litar Antarabangsa

Fahami penandaan jalan supaya anda boleh memilih lorong yang betul dan mengelak dari tersilap langkah.

Dengan mengamalkan panduan mudah ini, kita dapat mengurangkan kekeliruan dan menjadikan jalan raya lebih selamat untuk semua pengguna.

Jangan lupa kongsikan panduan ini agar lebih ramai pemandu memandu dengan lebih berhemah di pusingan bulatan!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI