Dilanggar kenderaan lain memang buat kepala kita pening. Dengan nak uruskan laporan polis, kalau cedera kena rujuk kepada hospital dan macam-macam lagi. Lagi memeningkan bila yang melanggar tidak mahu bertanggungjawab.
Agak-agak dengan pihak mana yang boleh bantu kita buat tuntutan. Seorang pengguna Facebook Wan Amir telah membuat perkongsian menunjukkan bagaimana anda boleh buat tuntutan terebut.
Sebelum buat claim dengan MIB, take note benda-benda ni dulu:
1. Claim MIB boleh buat sendiri atau melalui peguam.
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plat kenderaan yang melanggar.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri
Ok jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:
1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada)
4. Laporan perubatan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat pemilik kereta membeli aksesori kereta merupakan perkara biasa yang ramai di antara kita lakukan. Kebiasaannya aksesori yang dipasang sama ada boleh mencantikkan kereta atau boleh memudahkan kerja ketika di dalam kereta.
MASKULIN dulu pernah kongsikan jenis-jenis aksesori yang bahaya dan berisiko untuk digunakan sehingga ia boleh menjejaskan proses tuntutan insurans jika berlaku kemalangan.
Kali ini kita ingin berbicara tentang aksesori yang paling tidak berguna dan membawa faedah dan kadangkala bersifat penipuan atau scam semata-mata.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari pempengaruh automotif popular di TikTok iaitu James Alatin. Beliau menyenaraikan empat jenis aksesori yang langsung tak berguna dan berfaedah untuk dipasang atau digunakan.
Ikuti perkongsian dari beliau tersebut di bawah.
Aksesori yang kononnya boleh buat kereta jimat minyak sampai 50 peratus dan kuasa kereta boleh meningkat hingga 35 peratus. Dijual pada harga cukup murah iaitu sekitar RM30 aksesori mengarut ini biasanya di pasang pada bahagian ECU. Kalau betul aksesori ini berkesan alamatnya gulung tukarlah pengeluar kereta semua.
Salah satu produk yang sebenarnya langsung tiada logik di sebaliknya. Kononnya kad yang dijual sampai harga seratus lebih ini boleh digunakan untuk menjimatkan minyak kereta.
Sesiapa memasang aksesori ini didakwa mampu memperkuatkan kuasa pick up kereta menjadi lebih berkuasa dan mantap. Ini hingga ia digelar sebagai ‘surbo’ atau ‘trubo’ oleh mereka yang mendakwanya. Tapi satu perkara anda kena ingat, jika rosak sekali memang habis satu kereta.
Sama juga seperti dakwaan lain di atas jika dipasang ia dikatakan boleh tambah kuasa dan dalam masa yang sama mengurangkan asap keluar dari ekzos. Sama juga katanya bila pasang boleh tambah kuasa dan kurang asap. Benda tak terbukti dan hanya dakwaaan semata.
Kita sebagai pemilik kereta dan pengguna kena bijnak memilih. Jangan mudah terpedaya dengan iklan yang nampak macam meyakinkan tapi sebenarnya sudah macam scam sifatnya
Nak pasang apa-apa aksesori buatlah research dahulu. Dunia zaman sekarang apa sahaja makulmat berada di hujung jari! Kalau tak beri kesan okay lagi tapi kalau jejaskan enjin kereta memang tak elok.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebenarnya ada cara nak buat perangkap lipas dalam kereta. Malah cara ini anda boleh lakukan sendiri menggunakan bahan mudah dari dapur.
Perangkap lipas dalam kereta ini dikongsikan oleh seorang wanita dengan nama Abuyat Sakoora di laman Facebooknya. Jika kereta anda berdepan dengan masalah yang sama, bolehlah ikut petua ini. Semoga bermanfaat.
Pak Jamel jumpa resipi ni dalam FB, alhamdulillah menjadi! Sekarang dah x jumpa lagi dah lipas-lipas bermaharajalela dalam kereta. Kalau x, buka ja pintu ewah. Bersenang-lenang depa dok atas seat, atas stereng, kat tingkap. X hormat langsung dengan tuan keta ?. Nah hambik kau. Hasil tangkapan memuaskan. Sapa ada masalah yang sama macam kami, boleh try resipi di bawah.
1. Marjerin (xyah banyak-banyak do. Tengok macam dalam gambar tu ja. Kang maqah mak kau nak buat kek marjerin habis dijamu lipas)
2. Minyak masak (kalau boleh amik yang dah guna. Yang baru nanti sayang minyak sekang mahal)
3. Susu pekat manis (x kisah apa cap sekalipun janji manis)
Simpan dalam kereta semalaman. Jangan lupa bila nak bagi orang tumpang keto kau, kang x pasal dipijak bekas minyak tu. Menangis kau keto bau minyak ??
#abuyatsakoora
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Saban tahun BMW Motorrad Malaysia sentiasa mengetengahkan seleksi model motosikal mewah yang cukup mengangumkan. Terbaru, mereka telah menampilkan motosikal BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental. Lebih menarik kedua-duanya hadir secara eksklusif sebagai “First Edition”, sekali gus meluaskan lagi portfolionya bagi pasaran tempatan menerusi jentera terkini yang dirumus untuk perjalanan jauh.
“Sebelum tahun 2021 melabuhkan tirainya, kami berbesar hati untuk memperkenalkan dua ahli baharu dalam keluarga BMW R 18 yang membariskan jentera kruiser serba ikonik.
“BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental baharu merupakan pendamping yang sempurna bagi perjalanan jauh, ia bukan sahaja menawan, malah turut membekalkan keselesaan dan tunggangan berprestasi tinggi di atas jalan raya.
“Memandangkan sempadan antara negeri telah dibuka semula, digandingkan pula dengan ketibaan jentera kruiser baharu ini – ayuh kita terus jadikan Hidup Sebuah Pengembaraan dalam normal baharu, pastinya tanpa membelakangkan keselamatan,” jelas Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser.
Kedua-dua model terbaru ini menggandingkan kuasa “Big Boxer” yang mengagumkan dengan konsep casis serba klasik berdasarkan model-model terdahulu, termasuk aneka kelengkapan eksklusif, serta reka bentuk yang memukau.
BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental baharu mempersembahkan reka bentuk lebih panjang dengan bentuk seperti titisan air memberikan dinamika elegan. Ia juga menampilkan elemen-elemen yang bergaya seperti bingkai gulung berkembar, aci universal dengan saduran nikel berglos serta perumah klasik bagi kotak gear gandar belakang, membayangkan jentera “Big Boxers” BMW terdahulu yang bertaraf ikonik.
Pada bahagian hadapan BMW R 18 Bagger menampilkan fairing lebih rendah dengan sat lebih langsing. Manakala BMW R 18 Bagger pula membawa persona gaya ‘bagger’ yang tipikal.
Varian “First Edition” menghiasi BMW R 18 Bagger dengan roda berkontras dalam warna hitam, manakala BMW R 18 Transcontinental didatangkan dengan roda berkontras dalam warna kelabu perak, di samping angkup brek bersadur krom di hadapan.
Hadir dengan Headlight Pro, kedua-dua model menampilkan tafsiran teknologi pencahayaan LED serba klasik yang dapat dilihat pada lampu hadapan, ia turut membawakan fungsi pencahayaan waktu siang.
Lampu hadapan LED utama yang menonjol dengan fungsi lampu rendah dan lampu puncak yang dioptimumkan telah digandingkan dengan indikator membelok LED yang diperbaharui di hadapan.
Indikator membelok LED dengan ciri kefungsian yang terintegrasi di belakang berserta lampu belakang dengan ciri yang sama diintegrasi pada bekas muatan juga membuahkan iras yang mempesonakan. Disediakan secara eksklusif bagi BMW R 18 Transcontinental adalah dua lampu hadapan LED tambahan serta lampu indikator multifungsi.
Di samping itu, teknologi ini juga digunakan untuk memastikan lampu puncak dapat mengekalkan jarak pencahayaan yang tetap dengan mengadaptasi lampu hadapan mengikut jalan raya dan posisi tunggangan, termasuk dalam situasi tunggangan yang dinamik.
Enjin boxer BMW berprestasi tertinggi dengan warisan sejarah dan tork yang mengagumkan.
BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental baharu dikuasakan oleh enjin boxer silinder berkembar yang disejukkan dengan udara/minyak, digelar “Big Boxer”, yang menaik taraf penampilan serta prestasi jentera ini.
Hadir dengan 1802 cc, ia mampu menjana output berjumlah 67 kW (91 kk) pada paras 4,750 rpm, dengan puncak tork bernilai 158 Nm pada paras 3,000 rpm. Kuasa tarikan yang luar biasa, digandingkan dengan jisim tenaga putar yang bersaiz sempurna juga menjamin operasi yang lancar.
Sebagai standard, BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental baharu didatangkan dengan mod tunggangan “Rain”, “Roll”, dan “Rock” untuk menunaikan keperluan peribadi seseorang penunggang.
Di samping itu, Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) dan kawalan tork seretan enjin (MSR) menawarkan taraf keselamatan yang lebih tinggi. Dikawal secara elektronik, MSR mengelakkan kegelinciran pada roda belakang ekoran pendikitan (throttling) atau pertukaran ke gear rendah yang dibuat secara mengejut, meskipun dalam kondisi basah.
Turut dirangkumkan sebagai standard ialah bantuan mengundur, diaktifkan melalui tuil pemilih untuk pengolahan yang mudah, serta Kawalan Permulaan Curam (Hill Start Control) untuk memulakan tunggangan di atas curam.
Ruang kokpit telah diberi sentuhan istimewa untuk BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental, ia menampilkan empat instrumen analog bulat serta paparan berwarna TFT 10.25 inci – memadankan penampilan klasik dan ciri kefungsian maksimum dengan sempurna.
Navigasi peta dan keupayaan keterhubungan dibawakan bersama menerusi konsep pengoperasian terintegrasi yang bertahap tinggi – peta navigasi akan dipaparkan di kluster instrumen melalui telefon pintar serta BMW Motorrad Connected App. Bukan itu sahaja, fungsi Tunggangan Tanpa Kunci dan radio juga ditawarkan sebagai standard bagi kedua-dua varian.
Pengalaman bunyi turut dinaik taraf dengan sistem bunyi Marshall Gold Series, ia tampak lebih berbeza dengan gril pelitup pembesar suara berwarna kelabu berserta dengan inskripsi Marshall dalam rona emas.
Bagi BMW R 18 Bagger, ia dilengkapi dengan Marshall Gold Series Stage 1 yang membawakan empat pembesar suara dan seunit penggalak.
Dua pembesar suara Marshall berciri dua hala yang setiap satunya hadir dengan output berjumlah 25 watt diintegrasikan di reraut hadapan, turut disinambungkan dengan subwufer di bahagian atas hadapan bekas muatan. Penggalak tersebut mempunyai output berjumlah 180 watt.
BMW R 18 Transcontinental pula didatangkan dengan Marshall Gold Series Stage 2, yang meliputi enam pembesar suara dan seunit penggalak. Dua pembesar suara Marshall berciri dua hala dengan output berjumlah 25 watt diintegrasikan di reraut hadapan, setiap satu disempurnakan dengan subwufer 90 watt di bahagian atas hadapan komponen bekas muatan. Selain itu, terdapat pembesar suara dua hala dengan output berjumlah 25 watt di bahagian sisi hadapan pada penyandar bekas muatan yang terletak di atas. Penggalaknya juga menjana 180 watt.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.