Image by pressfoto on Freepik

Buka sahaja laman media sosial sejak kebelakangan ini pastinya anda akan terbaca tentang ramalan ekonomi yang merudum pada tahun hadapan. Sedikit sebanyak sebenarnya ia meresahkan juga.

Lihat sahajalah harga barang sekarang terutamanya makanan. Memang kita boleh rasa ia sudah naik dengan cukup ketara. Manakala majoriti rakyat Malaysia pula pendapatannya tidak jauh berubah dalam tempoh beberapa tahun ini.

Jika anda seorang lelaki yang merupakan ketua keluarga cabaran dalam menangani perbelanjaan bulanan pastinya akan lebih perit dan getir. Namun anda boleh lakukan sesuatu untuk berjimat dan sekali gus mampu menyimpan setiap bulan.

Berikut maskulin kongsikan cara berjimat untuk perbelanjaan bulanan. Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat untuk kita semua.

HARGA DAHULU, JENAMA NOMBOR DUA

Sekarang bukan masanya untuk kita berhias dengan pelbagai barangan berjenama. Ya, memang sesetengah barang berjenama menawarkan kualiti tinggi tetapi ada juga jenama biasa yang boleh menandinginya.

Jika anda ada pilihan untuk membeli satu-satu produk dengan fungsi sama dan kualiti setara kenapa perlu berbelanja lebih. Begitu juga dengan barang-barang dapur. Kebanyakan pasar raya mempunyai produk berjenama sendiri yang jauh lebih murah.

IKLAN

PERBELANJAAN MAKAN SETIAP HARI

Seperti MASKULIN katakan, harga makanan terutamanya sudah naik dengan sangat ketara. Salah satu cara untuk anda tahu berapakah jumlah perbelanjaan ialah dengan mencatat perbelanjaan makan setip hari.

Kira perbelanjaan untuk makan setiap hari dan bila tiba hujung bulan anda boleh kira dan nilaikan. Cara terbaik untuk elakkan perbelanjaan berlebihan ialah dengan membawa bekal makanan dari rumah. Percayalah anda mampu berjimat sehingga RM200 sebulan!

Cara Berjimat Dalam Perbelanjaan Bulanan, Kalau Buat Memang Sampai Boleh Menyimpan
Image by jcomp on Freepik

REKODKAN SEMUA PERBELANJAAN

Mungkin bagi anda cara inin agak melecehkan. Apatah lagi kebanyakan perbelanjaan kini banyak dilakukan secara talian dan cashless. Tidak semua orang suka simpan resit atau merekod dengan setiap perbelanjaan.

IKLAN

Namun untuk menjaga perbelanjaan dengan paling baik semua perkara perlu direkodkan. Dari situ anda boleh tahu tabiat berbelanja sama ada boros atau tidak. Dan menerusi amalan ini juga anda boleh tahu perbelanjaan apa yang boleh dikurangkan atau dihentikan terus.

Cara Berjimat Dalam Perbelanjaan Bulanan, Kalau Buat Memang Sampai Boleh Menyimpan
Image by tirachardz on Freepik

LATIH DIRI KAWAL BERBELANJA

Menukar tabiat adalah satu perkara yang agak sukar bagi ramai orang. Namun dengan kondisi ekonomi sekarang kita harus sentiasa ingat dan jauhi mentaliti beli dahulu, fikir kemudian.

Ubahlah gaya hidup secara perlahan-lahan. Biar perlahan asalkan anda boleh buat. Hal ini bergantung kepada setiap individu. Berbelanja itu memang menyeronokkan namun jika memudaratkan dalam jangka masa panjang, ia satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

IKLAN

Kalau tak perlukan sesuatu barangan itu, lebih baik kita tahan nafsu daripada membeli. Risau kelak kita sendiri yang rasa rugi, sebab terikut nafsu berbelanja yang langsung tak beri manfaat kepada kita.

Cara Berjimat Dalam Perbelanjaan Bulanan, Kalau Buat Memang Sampai Boleh Menyimpan
Image by Freepik

JANGAN BELI BARANG TAK PERLU

Sebelum ini mungkin kita sudah terbiasa membeli sesuka hati terutamanya secara di atas talian. Dengan pelbagai tawaran diskaun murah siapa sahaja tidak kelabu mata. Begitu juga dengan tawaran di pasa raya.

Jadi bagi mengelakkan berbelanja terhadap perkara yang tidak patut anda boleh jauhi dan kurangkan kunjungi portal e-dagang. Selain itu, kurangkan juga keluar ke pasar raya dengan kerap.

Periksa semula perbelanjaan selain makan dan pengangkutan. Sebagai contoh bil telefon. Jika menggunakan pelan yang mahal mungkin anda boleh tukar kepada pelan yang lebih mesra ekonomi.

https://www.youtube.com/watch?v=6En-d8vBdmY&t=364s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI