Kini anda tidak perlu bersusah payah meredah jem dan beratur di kaunter cawangan ASNB, Pos Malaysia atau bank-bank tempatan untuk membuat pengeluaran ASNB kerana ia boleh dilakukan hanya di hujung jari.

Kemudahan pengeluaran ini membolehkan pemegang unit mengeluarkan pelaburan mereka secara dalam talian dari mana-mana unit amanah ASNB kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

Kemudahan pengeluaran ASNM dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital, selain untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

Walau bagaimanapun, untuk pengeluaran dalam jumlah wang yang lebih besar anda masih perlu melakukan di Cawangan atau Ejen ASNB.

2 CARA UNTUK MEMBUAT PENGELUARAN ASNB

1. Portal myASNB bermula 20 April 2020
2. Aplikasi mudah alih myASNB bermula 27 April 2020 (muat turun melalui Play Store dan App Store di telefon pintar masing-masing)
a) Android – Aplikasi MYASNB
b) IOS – Aplikasi MYASNB

PORTAL MYASNB

Portal myASNB adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

CARA PENDAFTARAN MYASNB

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB terlebih dahulu untuk akses kemudahan ini. Anda boleh mendaftar dengan mudah di portal myASNB www.myASNB.com.my. Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.

HAD PENGELUARAN ASB ONLINE

1. Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
2. Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
3. Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
4. Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

IKLAN

WAKTU URUS NIAGA PENGELUARAN ASB ONLINE

1. Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad*
2. Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin – Ahad*
(*kecuali cuti umum)

CARA PENGELUARAN ASB ONLINE GUNA PORTAL MYASNB

Berikut merupakan langkah-langkah untuk anda membuat transaksi pengeluaran pelaburan ASNB secara dalam talian menerusi portal myASNB.

1. Log masuk ke akaun myASNB anda di www.myasnb.com.my

Cara Buat Pengeluaran ASB Online Guna myASNB, Kini Dah Boleh Keluar RM500 Sebulan!2. Klik Portfolio. Kemudian klik Transaksi pada unit amanah yang dikehendaki dan pilih Jualan Balik

Cara Buat Pengeluaran ASB Online Guna myASNB, Kini Dah Boleh Keluar RM500 Sebulan!3. Pastikan maklumat bank anda adalah betul dan klik Seterusnya

IKLAN

Cara Buat Pengeluaran ASB Online Guna myASNB, Kini Dah Boleh Keluar RM500 Sebulan!4. Baca, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya.

Cara Buat Pengeluaran ASB Online Guna myASNB, Kini Dah Boleh Keluar RM500 Sebulan!

5. Masukkan amaun, Tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya.

Cara Buat Pengeluaran ASB Online Guna myASNB, Kini Dah Boleh Keluar RM500 Sebulan!6. Semak semula butiran bank anda di notifikasi dan kilik Seterusnya

Cara Buat Pengeluaran ASB Online Guna myASNB, Kini Dah Boleh Keluar RM500 Sebulan!7. Klik Permintaan TAC, isikan dan klik Seterusnya.

IKLAN

Cara Buat Pengeluaran ASB Online Guna myASNB, Kini Dah Boleh Keluar RM500 Sebulan!8. Transaksi anda berjaya!

Cara Buat Pengeluaran ASB Online Guna myASNB, Kini Dah Boleh Keluar RM500 Sebulan!

TARIKH KEMASUKAN WANG KE AKAUN BANK

Wang akan dikreditkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja ke akaun bank yang didaftarkan. Sekiranya anda menerima notifikasi transaksi berjaya melalui SMS, permohonan anda telahpun diterima oleh ASNB untuk proses pengkreditan.

PUNCA WANG BELUM DIKREDIT KE AKAUN BANK

Jika wang masih belum dikreditkan dalam tempoh yang ditetapkan, ianya mungkin disebabkan oleh perkara berikut:

1. Maklumat akaun bank tidak sah/ tepat.
2. Mengunakan akaun yang tidak dibenarkan (contoh: akaun pihak ketiga/ akaun bersama/ akaun e-wallet).
3. Maklumat peribadi di ASNB berbeza dengan rekod di bank (contoh: nama/ kad pengenalan).
4. Akaun bank tidak wujud atau tidak aktif.

Sila pastikan maklumat akaun yang diberikan adalah tepat dan memenuhi syarat yang ditetapkan bagi megelakkan sebarang kelewatan penerimaan wang anda.

Walau bagaimanapun, pemegang unit dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ASNB ini secara bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI