
Pernah tak anda beli barang online tetapi barang anda masih tidak di ‘ship out’ lagi walaupun dah ambil masa sebulan lebih? Relaks, memang ‘panas’ dibuatnya. Tetapi Amin Jasni ada menunjukan cara refund barang sekiranya seller masih berdegil untuk refund duit anda Kembali.
Baca: Hati-Hati Jika Ingin Beli Barang Online, Jangan Tergoda Dengan Harga Murah Sahaja
Step:
1. Salin item Serial Number
2. Masuk ke menu Setting
3. Masuk ke menu Help Center
4. Pilih menu Email
5. Lengkapkan form yang disediakan, berikan alasan anda dan tekan submit.
Cara mintak refund sekiranya seller degil/tak pos barang..
Barang aku dah lebih sebulan. Dah nak raya pun still tak ship out apa kejadah nya pic.twitter.com/beQR1fBCG6
— Amin Jasni (@aminjasni_) May 18, 2020
— Amin Jasni (@aminjasni_) May 18, 2020
Menurut beberapa pengikutnya turut memberitahu selalunya ia akan ambil masa 2 hari untuk approve permintaan kita.
Malah adakalanya seller akan reject refund request anda, namun dia menggalakkan orang ramai untuk emailkan pada platform yang digunakan.
“Sometimes seller reject refund request itu yg terus kena email shoppe otherwise takkan dapt duit langsung”
Itu susah sikit. So kena tengok seller performance dulu sebelum beli. Feedback semua okay ke idok
Kalau rosak sebab courier, ada insuran boleh claim.
— Amin Jasni (@aminjasni_) May 19, 2020
Anda Boleh Turun Berat Badan Tanpa Bersenam Tapi Kena Ikut 5 Cara Ini!

Setiap orang mengimpikan badan fizikal yang sihat dan mempunyai bentuk yang cantik. Namun impian itu hanya menjadi kosong tanpa sebarag usaha dan komitmen terutamanya dari segi senamam dan diet yang sihat.
Akan tetapi jika anda seorang yang sudah memiliki fizikal normal banyak perkara harian yang anda lakukan boleh memberi kesihatan fizikal yang baik untuk anda. Malah boleh tutun berat badan jika sering mengamalkan gaya hidup seperti MASKULIN nyatakan di bawah!
1. Kerap Bergerak
Anda haruslah memastikan badan anda sentiasa bergerak untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten. Bagi yang bekerja di pejabat, lakukan sedikit aktiviti seperti berjalan dan sebagainya untuk badan anda sentiasa bergerak.
2. Tidur Awal
Anda tidak digalakan untuk berjaga sepanjang malalm setelah seharian bertungkus lumus dan berpenat lelah bekerja. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama. Selain itu, tidur tidak tentu boleh mendatangkan kemudaratan. Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.
3. Makanan Kesihatan
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit. Sekiranya anda bukanlah pengemar makanan yang berkhasiat seperti sayur, kacang dan buah-buahan, anda dapat mengantikannya dengan makanan kesihatan atau supplement. Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.
4. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran. Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran. Andai mahukan badan yang sihat, kenapa perlu makan makanan yang memudaratkan. Tiada fungsi anda menelan ubat, jika amalan pemakanan anda tidak sihat. Dengan pengambilan makanan yang sihat, anda dapat menugurangkan risiko masalah kesihtan dan penyakit.
5. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan yang tidak konsisten. Ini akan menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak dan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.
Trend Padanan Warna Baju Raya Terbaik Lelaki Untuk Tahun 2019

Kita sudah pun hampir masuk separuh bulan berpuasa. Bagi ramai orang inilah masa yang tak perlu dilepaskan untuk membeli baju raya apatah lagi dengan hari cuti yang jatuh pada hari ini dan Rabu nanti.
Pasti gedung membeli belah di seluruh negara mula dibanjiri ramai yang ingin mencari baju raya.
Bagaimana dengan tema warna anda tahun ini? Adakah sedondon mengikut keluarga atau bebas mengikut selera sendiri.
Berbeza dengan wanita, kita sebagai golongan lelaki kadangkala mempunyai seleksi pakaian yang agak terhad dan tak banyak seperti mereka.
Disebabkan itulah padanan warna memainkan peranan sangat penting untuk menonjolkan personaliti dan gaya elegan seorang lelaki.
Dan padanan warna yang MASKULIN nyatakan di bawah ini boleh anda gunakan sebagai rujukan untuk mencari baju raya nanti. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda!
BACA: 7 Trik Gaya Untuk Lelaki Bersaiz Kecil Nampak Lebih Tinggi
BIRU NAVY & PUTIH
Padanan warna biru gelap atau navy dengan putih merupakan antara padanan yang terbaik untuk lelaki. Kontra warna pakaian navy dan putih membuatkan si pemakainya tampil lebih menyerlah. Ia juga mempunyai sentuhan warna klasik dan warna seperti uniform kelasi pada zaman dahulu.
HITAM & KELABU
Hitam dan putih sudah jadi perkara yang sudah terlalu biasa. Kini, padanan warna hitam dan kelabu menhadi pilihan ramai pengemar smart kasual. Anda juga boleh tampil dengan gaya streetwear yang kemas dengan warna hitam dan kelabu. Variasi kedua-dua warna ini dilihat cukup ringkas namun memberi dimensi yang elegan dan menampakkan sisi maskulin. Untuk baju raya pula, padanan ini memberikan imej lebih maskulin dan sofistikated. Simple but steady!
BACA: 6 Panduan Menggayakan Kemeja Yang Lelaki Harus Tahu
HIJAU & KHAKI
Warna hijau atau olive sering kali dikaitkan dengan tema ketenteraan. Dan sememangnya tema warna ini menonjolkan sisi maskulin dan elegan jika dipadankan dengan warna sesuai. Untuk ‘melembutkan’ warna hijau yang tampak keras, padankan warna khaki untuk memberikan sedikit tona kasual. Buat anda yang inginkan kelainan dan nampak lain daripada yang lain.
COKLAT & KRIM
Dua padanan ini memang sesuai untuk anda yang mencari gaya kasual atau untuk ke majlis rasmi. Mungkin anda sudah bosan dengan padanan warna berwarna hitam dan boleh mencuba padanan dua warna ini. Coklat membawa tema gelap manakala krim pula lebih ringan. Dengan tema kontra ini ia lebih elegan digayakan lelaki eksekutif.
COKLAT & BURGUNDY
Selain krim, warna coklat juga sesuai dipadankan dengan warna burgundy. Dengan tema lebih gelap dan nampak lebih serius, padanan dua warna ini memberikan satu gaya sensual.
KELABU & PINK
Suatu ketika dahulu warna merah jambu atau pink merupakan satu warna yang dijauhi oleh lelaki. Tapi zaman sudah berubah dan semakin ramai lelaki berani menggayakan pakaian warna ini. Jika dipadankan dengan warna yang lebih sesuai seperti kelabu, ia akan mengurangkan sisi feminin warna pink. Mungkin anda boleh mencubanya dengan jaket dan t-shirt!
Gabungan Warna Yang Perlu Anda Elak!
- Merah & hijau
- Merah & orean
- Hijau & oren
- Coklat & hitam
- Ungu & kuning
Hilangkan Tahi Lalat Guna Cuka Epal Je, Ini Perkongsian Dari Pakar Pemakanan Terlatih

Tahi lalat merupakan pertumbuhan bintik hitam pada kulit tak kira di mana saja. Kebanyakkan daripada mereka yang ingin melenyapkan tahi lalat memerlukan kos yang tinggi di pusat kecantikan atau di hospital sendiri. Setiap sorang pasti akan mempunyai 10 ke 40 tahi lalat pada badan, hidup ataupun tidak. Namun, ini ada cara hilangkan tahi lalat yang mudah dari pakar pemakanan terlatih Todd Caldecott menghilangkan tahi lalat hidup di dahi dalam masa kurang dari seminggu menggunakan sari cuka epal. Paling penting keseluruhan prosesnya tidak menyakitkan dan mudah..
Guna sahaja Cuka Epal!
Siapa yang tidak tahu, cuka epal sendiri mempunyai pelbagai manfaat, diperbuat daripada epal segar, ia mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi. Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya boleh melemahkan sistem imunisasi.
Baiklah, pernah terfikir cuka epal mampu membuang tahi lalat?
Bahan yang diperlukan:
- Sari cuka epal asli
- Jarum peniti
- Putik kapas (Cotton balls)
Cara-cara
1. Untuk memastikan cuka epal menembusi permukaan tahi lalat, Todd memutuskan mencucuk jarum secara perlahan di sekitar tahi lalat. Menurut Todd, proses itu langsung tidak menyakitkan. Kemudian rendam kapas dalam cuka epal dan aplikasi pada tahi lalat selama 20 minit.
2. Sebelah petang, Todd mengulangi prosedur yang sama dan menggunakan cuka epal selama 20 hingga 30 minit. Seperti terlihat pada gambar, terdapat kemerahan tetapi tiada sebarang kesakitan atau kerengsaan berlaku.
3. Proses diteruskan sehingga hari keempat (dilakukan pagi dan petang). Di sini, tahi lalat mulai pudar tetapi akan terasa gatal-gatal. Masuk hari kelima, tahi lalat tertanggal dengan sendirinya.
4. Gambar di bawah selepas tahi lalat tertanggal, kelihatan kulit menjadi merah jambu di bawahnya.
Ternyata kaedah ini berkesan. Walaubagaimanpun Todd menasihati sebelum menggunakan cuka epal, kenal pasti jenis tahi lalat kerana dikhuatiri akan berlaku reaksi.
Selamat Beramal!