Ada orang suka simpan misai dan janggut. Ada juga yang lebih selesa tampil dengan wajah polos tanpa sebarang facial hair.

Walau apa juga gaya atau trend wajah anda itu tidak penting tapi apa yang pasti setiap lelaki pasti akan melalui proses bercukur.

Bagi sesetengahh lelaki ini merupakan satu proses rutin dalam kehidupan anda. Namun hakikatnya masih ramai yang tidak pandai menggunakan teknik yang betul ketika bercukur.

Jadi bagaimana untuk lelaki bercukur dengan cara yang betul?

BERSIHKAN WAJAH

Cara Cukur Misai, Janggut & Jambang Dengan Betul, Barulah Kulit Wajah Tak Luka

Sebelum memulakan proses mencukur jambang, janggut atau misai ada beberapa langkah awal yang perlu anda lakukan. Jika anda ingin bercukur pada sebelah pagi pastikan selang masa sekurang-kurangnya 10 selepas bangun tidur.

Ini bagi membantu kulit wajah berehat dahulu. Cuci wajah dengan pencuci muka pilihan untuk menghilangkan sel kulit mati dan membuka liang roma serta melembutkan kulit di bahagian misan dan janggut.

IKLAN

GUNA AIR SUAM

Cara Cukur Misai, Janggut & Jambang Dengan Betul, Barulah Kulit Wajah Tak Luka

Satu perkara lagi yang perlu anda lakukan sebelum mula bercukur ialah dengan melekapkan wajah dengan tuala basah dengan air suam.

Anda perlu melakukan proses ini sejurus selesai mencuci wajah. Ia membantu pori-pori terbuka dan memudahkan proses mencukur nanti.

BACA: Cukur Jambang Dengan Kengkapan Mudah Ini

KRIM PENCUKUR

Cara Cukur Misai, Janggut & Jambang Dengan Betul, Barulah Kulit Wajah Tak Luka

IKLAN

Kira-kira 3 minit selepas itu, anda boleh mula sapukan krim pencukur. Sapukan dengan berus dengan gerakan berputar. Berus yang dipilih haruslah mempunyai bulu yang halus dan lembut agar kulit wajah anda lebih selesa dan boleh elak wajah tercalar.

Pilihlah krim pencukur yang mengandungi minyak dan kandungan formulasi sesuai dengan kukit wajah sekali gus mengelak iritasi.

MULA MENCUKUR DI BAHAGIAN INI

Bahagian yang perlu anda fokuskan terlebih dahulu semasa bercukur ialah rahang, leher dan pipi. Ia perlu dilakukan di bahagian ini dahulu kerana ia mengikut lengkungan wajah dan mengelakkan daripada kulit wajah alami luka.

Bahagian misai dan janggut pula perlu diberikan perhatian khusus kerana ia lebih banyak rambut. Cukur janggut pada satu arah sahaja iaitu mengikut tumbuhnya anak rambut. Gerakkan pisau dengan jalur searah agar tak cedera.

IKLAN

PENGGUNAAN GUNTING

Cara Cukur Misai, Janggut & Jambang Dengan Betul, Barulah Kulit Wajah Tak Luka

Jika anda ingin menyimpan janggut atau misai pastikan pola bentuk seperti yang anda mahu tidak terjejas. Untuk mendapatkan hasil yang kemas anda perlu menggunakan gunting kecil yang khas.

Untuk hasil yang lebih detail, anda perlu guna hair-clipper. Apa yang penting anda harus gunting terlebih dahulu bahagian tepi misai dan janggut yang ingin disimpan.

BILAS WAJAH SELEPAS SELESAI

Selepas anda selesai bercukur dan kemaskan apa yang patut, bersihkan wajah dengan menggunakan tuala. Bilaskan wajah dengan menggunakan air sejuk. Untuk mengembalikan kesegaran kulit wajah adan boleh sapukan krim pelembat atau penyegar. Set pencukur yang telah digunakan pulaperlulah direndam seketika dalam air suam sebelum dicuci.

——————————————–

MASKULIN yakin dengan menggunakan tip di atas anda boleh bercukur dengan selesa dan lebih baik. Dengan menggunakan teknik yang betul anda tak perlu lagi takut untuk berdepan dengan kecederaan wajah yang tak sepatutnya berlaku.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI