
Kerja-kerja pertukangan yang mudah di rumah sendiri biasanya kita lakukan secara DIY. Lebih jimat. Termasuklah kerja-kerja melibatkan penggunaan drill contohnya untuk memasang rak pada dinding, penyangkut baju atau gantung frame gambar.
Cuma sewaktu melakukan kerja ini kita risaukan tentang bunyi bising dari alat ini akan mengganggu jiran. Tapi ada tip yang boleh kita guna untuk kurangkan bunyi dan mudahkan drill dinding konkrit. Caranya pastikan mata drill yang kita guna betul.
Boleh guna mata drill yang dicadangkan oleh Wak Saien yang dikongsi melalui Facebook Tukang Apa Hari Ini.
Guna ‘mata’ jenis ini
Untuk tebuk dinding konkrit Wak cadangkan yang ini, guna mata jenis ini atau Ceramic Tile Mosaic Drill Bit
Nak gantung frame, penyangkut baju boleh guna mata ini, akak-akak pun boleh buat. Bunyi tak bising, tak ganggu jiran, tangan sebelah pun boleh. Harga tak sampai RM10.
Info: Mata ini digunakan untuk ceramic dan tiles namun boleh juga untuk tebuk dinding konkrit dan simen. Cuma ia mungkin haus kalau tebuk banyak lubang, boleh standby mata ganti. Tapi berbaloi sebab mudahkan kerja dan tak bising.
Sumber: Wak Saien
5 Cara Mempercepatkan Giliran Haji, Kongsi Lelaki Ini Yang Terpilih Menjadi Tetamu Allah

Selalu kita lihat yang pergi menunaikan ibadah haji adalah golongan warga emas. Namun jangan kita tidak perasan, dalam ramai-ramai itu pasti ada golongan muda yang terpilih menjadi tetamu Allah.
Antara sebab mengapa orang tua ramai yang pergi menunaikan haji adlah kerana mungkin sudah sampai giliran mereka untuk pergi berikutan sudah lama membuat pendaftaran serta rajin menghadiri kursus Haji.
Oleh itu, untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh mempercepatkan giliran Haji, ikuti perkongsian Afyan Mat Rawi melalui Youtube ML Studios.
BACA: Gaji Tak Pernah Cukup? Sebenarnya Anda Boleh Berjimat & Menabung Jika Amal Tip Ini!
1. Daftar Haji serta buka akaun tabung Haji
Apabila anda sudah mempunyai tabungan sebanyak RM1300, buka akaun tabung haji dan terus buat pendaftaran Haji. Disini anda pasti melihat giliran anda sampai, mungkin 50 tahun akan datang. Oleh itu, anda digalakkan untuk mendaftar serta buka akaun tabung haji dengan lebih awal.
2. Kumpulkan wang sebanyak RM9980
Lebihan kos lain sebanyak RM10K ditanggung oleh kerajaan melalui subsidi tabung haji.
3. Hantar surat rayuan Haji
Setiap tahun, rajinkan diri untuk menulis serta menghantar surat rayuan haji kepada Tabung Haji. Selalunya rayuan ini ramai orang akan menghantar dalam 4-5 bulan sebelum tiba musim haji. Ini kerana terdapat Jemaah haji yang kadangkala sudah meninggal atau tidak dapat pergi kerana masalah kesihatan. Ia juga bertujuan agar kita dapat menjadi pengganti kepada Jemaah yang tidak dapat pergi serta berkat usaha kita agar dimakbulkan Allah untuk menjadi tetamunya di Mekah
4. Rajin datang kursus Haji
Walaupun giliran anda lambat lagi untuk ke tanah suci, namun kehadiran anda akan dicatit serta dipantau oleh Tabung Haji. Disini pihak tabung haji akan melihat kesungguhan kita untuk menunaikan haji berserta rayuan yang dihantar setiap tahun.
BACA: 5 Cara Menabung Yang Boleh Bawa Anda Melancong Pada Hujung Tahun Ini!
5. Banyakkan doa kepada Allah
Ini adalah ikhtiar terakhir kita dengan harapan agar Allah SWT memilih kita untuk pergi menunaikan haji. Banyak kes terjadi, tabungan serta perbelanjaan sudah cukup tetapi tidak dapat menunaikan haji di atas sebab tertentu. Sentiasa panjatkan doa kepada Allah agar kita diterima untuk menjadi tetamunya pada suatu hari nanti. InshAllah.
Cara Cuci Langsir Guna Mesin Basuh Agar Tidak Rosak & Sentiasa Nampak Baru

Hari Raya Aidilfitri sudah hampir menjelma.
Selain pakaian, rumah juga perlulah kita raikan dengan menukar beberapa item baru atau yang lebih cantik. Sebagai contohnya langsir. Tidak perlu beli baru, cukup sekadar anda tukar dengan langsir yang mungkin telah lama tersimpan dalam stor.
Namun dalam masa singkat anda perlu mencucinya semula sebelum dipasang. Usah risau, kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa step cuci langir menggunakan mesin basuh.
KITARAN SESUAI
Pilih kitaran atau mode cucian yang sesuai. Jika mesin basuh anda dilengkapi dengan kitaran basuhan fabrik lembut, maka pilihlah sistem itu. Manakala, jika sebaliknya pilihlah penggunaan kitaran cool wash atay slow spin.
PENCUCI FABRIK
Untuk pencuci fabrik, cukup sekadar anda gunakan sebagai dua penutup botol sahaja. Boleh guna pencuci fabrik harian yang selalu anda gunakan.
KOTORAN DEGIL
Jika langsir anda ada kotoran degil, maka selebih lakukan cucian pastikan anda lakukan rendaman dahulu. Rendam sahaja di dalam mesin basuh kira-kira 15 hingga 30 minit dengan menggunakan sebatian baking soda dan cuka putih. Selesai rendam, bilaskan dengan air dan mulakan cucian.
MUDAH RENYUK
Jika langsir anda dari kain mudah renyuk, elakkan mencucinya dengan menggunakan mesin basuh. Lakukan sahaja dengan cucian tangan agar ia tidak terlalu merenyuk.
HARUMAN FABRIK
Bagi mengekalkan langsir sentiasa nampak cantik dan bebas bau kurang menyenangkan anda boleh guna mesin hampagas atau berus lembut untuk hilangkan kotoran dan habuk. Selain itu boleh lakukan semburan haruman fabrik untuk bau lebih wangi.
Salamat mencuba!
Jangan lupa follow IG MASKULIN ya.
Auta Atau Fakta Pemilik Kucing Berdepan Risiko Rendah Terhadap Sakit Jantung

Sejak zaman-berzaman hubungan antara kucing dan manusia telah tercatat dalam sejarah. Haiwan yang memiliki sifat comel ini mempunyai hubungan yang cukup erat dengan manusia.
Malah pelbagai kajian telah dilakukan untuk menunjukkan hubungan antara manusia dan kucing sebenarnya mempunyai banyak manfaat.
Pada masa kini kucing dianggap bukan hanya sebagai haiwan peliharaan semata malah sebagai ahli keluarga.
Selain menjadi peneman tatkala kita kesunyian apakah lagi kelebihan membela kucing. Dalam beberapa hari ini tular pula tentang perbincangan tentang faedah atau kebaikan membela kucing.
Terbaru ada mengatakan membela kucing ini mampu mengurangkan risiko serangan sakit jantung.
Adakah ini hanya satu auta semata atau fakta yang betul?
Menjawab persoalan tersebut Public Health Malaysia tampil memberikan perkongsian yang cukup menarik. Kalau anda tertanta-tanya boleh ikuti penjelasan mereka di bawah:
Berita baik untuk pencinta kucing!
Kajian yang yang dilakukan kepada lebih 4000 individu selama tempoh 10 tahun menemui,
Pemilik kucing mempunyai 30% risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung dan strok berbanding individu yang tidak membela kucing.
Penjelasan disebalik penemuan kajian ini adalah berkaitan dengan pengurangan gejala stress dan kebimbangan serta kawalan tekanan darah yang lebih baik. Individu yang membela kucing juga kurang rasa keseorangan dan mempunyai mood yang lebih baik.
Kucing adalah haiwan peliharaan yang setia dan manja. Jika anda tidak mempunyai kucing, menonton video kucing di internet juga telah terbukti dapat meningkatkan tenaga dan menjana emosi yang positif!
Like @Public Health Malaysia untuk informasi kesihatan
Rujukan
Qureshi, Adnan I et al. “Cat ownership and the Risk of Fatal Cardiovascular Diseases. Results from the Second National Health and Nutrition Examination Study Mortality Follow-up Study.” Journal of vascular and interventional neurology vol. 2,1 (2009): 132-5.
———————————————————————-
Selain itu satu kajian yang pernah dilakukan oleh Mayo Clinic for Sleep Medicine mendapati seramai 41% pemilik binatang peliharaan akan tidur lebih nyenyak pada waktu malam bola tidur bersama mereka.
Dan tahukah anda wahai lelaki sekalian banyak survey telah dilakukan mendapati wanita amat suka lelaki yang mempunyai binatang peliharaan terutama yang comel!
Sumber:
Jika anda ingin mencari kelengkapan rumah yang murah dan banyak pilihan boleh klik di sini.