Kalau nak cepat kurus dalam masa sebulan pastikan anda ikuti panduan ini dalam misi untuk cepat kurus dan buang lemak.
Yang penting, anda kena ada kesungguhan untuk berubah kepada fizikal yang lebih sihat dan mengagumkan.
Bukan lagi rahsia, 10 tip ini pasti boleh buat orang gemuk cepat kurus dalam masa sebulan. Apa lagi, jom mulakan hari ini!
1. Minum air secukupnya
Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Minum 8 gelas air sebagaimana yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
2. Jangan lupa ambil suplemen kalsium
Kajian menunjukkan kekurangan kalsium di dalam tubuh boleh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium daripada susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmeal.
3. Makan snek di antara waktu makan
Ads
Masukkan snek di antara waktu makan dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ini bermakna perut anda memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan mengambil makanan berlebihan pada waktu makan seterusnya.
Oleh itu pilihlah jenis snek yang mempunyai kandungan fiber dan protien yang tinggi seperti buah-buahan kering, biskut berfiber tinggi, yogurt dan kekacang. Anda disarankan mengambil sekurang-kurangnya tiga makanan utama (sarapan, makan tengah hari, makan malam) dan dua hingga tiga snek sehari.
4. Tidur yang secukupnya
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama! Pastikan anda cuba mengekalkan rutin tidur yang konsisten di mana waktu tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
5. Jangan stres
Ads
Stres meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang terbaik untuk membantu anda mengurangkan tekanan yang dihadapi.
6. Dapatkan cahaya matahari yang cukup
Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain mendapatkan sedikit cahaya matahari, ia juga akan menaikkan kadar jantung anda dan anda dapat menghirup udara yang segar.
7. Buat senaman menggunakan pemberat
Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori, manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%.
Ads
Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
8. Vitamin C tingkatkan metabolisme
Suplemen vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
9. Ambil makanan pedas
Sekiranya anda suka mengambil makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin yang terkandung di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
10. Minum teh hijau atau teh oolong
Gantikan secawan kopi atau teh tarik yang kedua dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau atau teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan. Anda perlu minum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ya, anda tidak keseorangan. Ramai di antara kita sebenarnya sudah mula menunjukkan simptom ‘burn out’ dari segi mental. Kita sudah lebih setahun berdepan dengan pandemik COVID-19 dan majoriti masa tersebut kita terpaksa duduk di rumah atau harus patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
Apatah lagi melihatkan jumlah kes yang agak menggila sekarang pastinya ramai rasa ‘down; dan tiada motivasi untuk melakukan pelbagai jenis perkara. Dan ini termasuklah senaman. ‘Burn out’ boleh menyebabkan kita seakan rasa putus asa dan malas melakukan perkara-perkara yang sudah menjadi rutin seperti bersenam.
Apabila kita kurang bersenam, kondisi ini pula boleh menjejaskan kesihatan. Ia akan jadi lebih teruk jika pemakanan dan diet harian juga tidak dijaga. Manakala bagi mereka yang bergelut dan putus punca pendapatan ia lebih menyukarkan.
Selain baik untuk kesihatan fizikal melakukan senaman juga banyak memberikan faedah kepada kesihatan mental. Kali ini, MASKULIN ingin kongsi bagaimana anda boleh meningkatkan motivasi diri untik kembali bersenam.
Let’s go!
USAH TANGGUH
Pertama sekali, jauhi sikap bertangguh. Ya, memang ramai akan jadi macam makin malas dan bertangguh untuk bersenam. Cara paling mudah atasi masalah ini ialah terus lakukan! Jangan tangguh dan cakap “esok sajalah”. Lakukannya hari ini!
TULIS OBJEKTIF & SASARAN
Mengapa perlu anda tulis? Kebanyakkan orang yang mula untuk menurunkan berat badan tidak punya fokus tertentu. Apabila ditanya, mereka hanya akan mengatakan bahawa mereka ingin kekal sihat dan fit.
Hakikatnya, jika anda menulis sebab mengapa anda ingin kurus atau berotot, contohnya seperti penat diejek dan dicaci, jika anda tampalkan goal anda itu di dalam ruang kamar anda dan lihat hari-hari, anda akan terus termotivasi dan anda tidak akan lari dari fokus.
Tidak kira sejauh mana anda sibuk, anda harus terus plan jadual harian anda. Makanan merupakan jadual yang harus anda utamakan sepanjang anda dalam program diet anda yang tersendiri.
Jadual senaman jangan pernah sekali ditinggalkan, dan jika anda terpaksa melalui minggu anda terpaksa ke luar negara atau mesyuarat yang tak sudah, maka anda perlu lihat balik jadual anda dan selitkan masa anda di gym jika berkesempatan.
MULA PERLAHAN-LAHAN
Jangan cuba untuk mencabar diri anda di awal diet. Contohnya seperti larian 1km walhal anda bukanlah seorang pelari. Ataupun anda mengangkat berat 20kg pada hari pertama anda masuk ke gym. Itu akan membuatkan anda tidak mahu berkawan baik lagi dengan dunia kecergasan.
Mulakan dengan mudah bermakna anda perlu menapak dengan perlahan. Jaga pemakanan anda terlebih dahulu, diikuti dengan senaman ringan setiap hari. Jangan terlalu obses dengan pencapaian. Kuatkan stamina dan bagi badan anda selesa dengan kecergasan terlebih dahulu, baru anda dikira pro!
Paling penting, DISIPLIN! Segala point di atas tadi tidak akan tercapai jika anda tidak berdisiplin. Jadi, bangun pagi dan mulakan hari anda dengan dengan awal. Barulah badan anda akan sentiasa cergas dan bermotivasi.
Semoga anda terus bersemangat untuk bersenam dan hadapi hari-hari yang mencabar di masa akan datang. Teruskan duduk di rumah, keluar hanya perlu sahaja. Paling penting dapatkan vaksin anda.
Kita jaga kita!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tak anda duduk di rumah melayan TV seharian tapi bila hari sudah petang badan rasa sangat penat. Ia membuatkan anda sendiri hilang punca dan tertanya-tanya apakah yang menyebabkan badan terasa penat sangat.
Jika penat atau letih akibat tiada tenagag selepas seharian bekerja itu bukahlah satu perkara pelik. Tapi jika badan sentiasa rasa mudah penat dan lesu walaupun tidak berbuat aoa-apa, itu perlu anda risau.
Sebenarnya terdapat beberapa punca utama yang menyebabkan berlakunya keletihan atau lesu.
Tidur
Mungkin selama ini anda rasa tidur selama 7 hingga 8 jam sehari sudah mencukupi. Akan tetapi adakah tidur anda itu adalah tidur yang berkualiti? Tak mendapat tidur yang nyenyak dan berkualiti merupakan salah satu punca mengapa keletihan dan kelesuan berlaku.
Badan anda melakukan pelbagai perkara ketika anda tidur termasuk menyimpan memori, melepaskan hormon yang mengatur tahap metabolisme dan tenaga anda.
Makanan
Tahukah anda alahan terhadap makanan juga boleh menyebabkan badan berasa lesu? Alahan makanan atau tindak balas sensitif terhadap sesuatu makanan boleh menjadi punca kepada masalah kerap keletihan.
Reaksi sensitif atau rintangan terhadap sesuatu makanan mungkin menyebabkan masalah seperti ruam gatal, masalah sembelit, hidung berair atau sakit kepala. Tetapi,ia turut boleh menyebabkan keletihan.
Stres merupakan antara musuh besar kepada kesihatan mental dan fizikal. Adalah sesuatu yang normal untuk mempunyai tekanan dalam hidup. Dan, sebenarnya tekanan ini membuatkan anda lebih berjaga dan dapat membantu untuk memberikan yang lebih baik dalam hidup anda seperti dalam tugasan kerja, temuduga – ianya memberikan sesuatu yang positif jika bersifat sementara.
Tetapi tekanan yang berlebihan atau kronik boleh menjejaskan tahap tenaga dan kualiti hidup anda – turut berhubung kait dengan keletihan. Tekanan yang kronik boleh mendatangkan keletihan secara fizikal dan mental yang cenderung menyebabkan wujudnya masalah kesihatan lain.
Kesihatan
Masalah kesihatan dan perubatan, merupakan antara salah satu faktor yang boleh mengakibatkan anda kerap keletihan walaupun anda melakukan perubahan pada gaya hidup, bersenam, memperbaiki tahap tekanan dan mendapatkan tidur yang mencukupi.
Antara beberapa keadaan kesihatan yang menunjukkan keletihan sebagai salah satu simptomnya adalah seperti: anemia, tiroid yang tidak aktif, diabetes, kegelisahan, penyakit jantung, demam kelenjar, kehamilan serta kekurangan vitamin dan mineral.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan diri dan amalkan gaya hidup yang sihat. Teruskan untuk follow dan subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
1.Epal
Epal kaya akan pectin, sejenis serat yang mengikat kolesterol dan metal berat dalam tubuh. Dengan begitu, epal akan membantu menghilangkan racun yang berkumpul dalam darah dan tubuh serta membersihkan sistem pencernaan.
2.Avocado
Avocado adalah makanan pembersihan yang kaya nutrisi dan rendah kolesterol. Avocado akan membesarkan saluran darah sementara menghilangkan racun yang boleh menyumbat arteri. Avokado mengandungi nutrisi yang disebut dengan glutathione. Zat ini boleh menghilangkan sekurang-kurangnya 30 bahan karsinogen yang berbahaya. Dengan begitu, buah ini secara tak langsung juga membantu membersihkan dan menghilangkan racun dari hati.
3.Ubi bit
Bit juga dikenali sebagai makanan yang boleh membersihkan darah. Tak hanya itu, bit juga diketahui boleh membersihkan hati dari bahan-bahan toksik.
4.Blueberry
Blueberry adalah salah satu makanan yang memiliki kekuatan penyembuhan. Blueberry juga mengandung aspirin yang membantu mengurangi kerosakan pada jaringan. Blueberry boleh menghilangkan zat beracun serta bakteria dalam darah serta saluran kencing. Tak hanya itu, blueberry juga baik untuk mencegah infeksi.
5.Kobis
Kobis mengandungi zat anti-kanser dan antioksidan yang boleh membantu hati memecah hormon berlebihan. Kobis juga baik untuk membersihkan darah dan sistem pencernaan, serta meneutralkan beberapa zat berbahaya yang boleh ditemui dalam merokok atau asap rokok.
6.Cranberry
Tak hanya membersihkan darah dari bahan toksik, cranberry juga mampu membersihkan tubuh dari bakteria dan virus berbahaya. Manfaat lain cranberry adalah boleh membersihkan saluran kencing dan mencegah terjadinya jangkitan. Hal ini kerana cranberry mengandungi antibiotik dan zat antivirus
7.Bawang putih
Makan bawang putih boleh membersihkan bakteria, virus, dan bahan-bahan toksik dari tubuh, terutama pada usus dan darah. Bawang putih mengandungi bahan anti-kanser dan bahan antioksida yang boleh membantu menghilangkan zat-zat beracun dalam tubuh.
8.Grapefruit
Buah grapefruit mengandung serat yang boleh mengikat kolesterol dan membersihkan darah. serat pectin yang ada di dalamnya juga mengikat zat metal berat dan membantu tubuh mengeluarkan zat-zat berbahaya tersebut.
9.Kunyit
Rempah yang satu ini memang sudah diketahui banyak mempunyai kegunaan. Kunyit sudah digunakan sejak zaman kuno untuk rawatan. Salah satu kegunaan kunyit adalah membersihkan darah dari bahan-bahan toksik dan berbahaya. Kunyit juga secara semula jadi mempunyai bahan anti-racun yang boleh membersihkan aliran darah.
10.Teh
Teh juga diketahui boleh membersihkan darah dan mengeluarkan zat-zat beracun dari dalam tubuh. Beberapa jenis teh yang diketahui boleh membersihkan darah adalah teh halia, teh dandelion, dan teh peppermint. Teh hijau juga boleh digunakan untuk membantu membersihkan darah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.