Pada zaman sekarang boleh dikatakan hampir semua orang kecuali kanak-kanak memiliki akaun Facebook. Ia kini bukan sahaja menjadi laman media sosial semata tetapi telah berubah menjadi platform identiti diri untuk pelbagai pautan aplikasi dan juga sebagai pengenalan diri di alam maya.

Lihatlah dalam kehidupan seharian kita. Agar sukar untik tidak langsung membuka laman media sosial ini. Sama ada untuk tujuan sosial, kerja, perniagaan mahupun hobi.

Facebook juga telah menjadi platform yang banyak mencorakkan kehidupan sosial masyarakat moden ketika ini. Sama ada kita sedar atau tidak, itulah impak yang dibawa oleh platform ciptaan Mark Zuckerberg ini.

Tapi timbul satu perkara. Apakah yang akan berlaku kepada akauan di mana pemiliknya meninggal dunia. Sebagai ahli keluarga yang kehilangan mereka dan mahukan akaun mereka ditutup, apakah yang kita boleh lakukan?

Jika kita mengetahui kata laluan mereka itu, lainlah ceritanya. Tapi bagaimana kalau kita tiada cara untuk akses dan delete secara manual?

IKLAN

Usah risau, Facebook menerusi khidmat ‘Policy & Reporting’ menjelaskan bahawa kita sebagai ahli keluarga terdekat boleh mengemukakan permohonan untuk membuang atau delete akaun mereka yang telah meninggal dunia.

CARA TERBAIK

Langkah yang terbaik untuk mengemukan permohonan ialah dengan menghantar foto atau dokumen sijil kematian mereka kepada Facebook.

IKLAN

Manakala jika tiada sijil kematian, anda boleh sertakan bukti pengesahan daripada pihak berkuasa yang mengatakan ahli keluarga anda tersebut telah meninggal dunia.

Berikut merupakan beberapa dokumen yang diterima oleh Facebook.

IKLAN

Cara Kemukakan Permohonan Delete Akaun FB Ahli Keluarga Yang Telah Pergi

Segala informasi yang anda kemukakan hendaklah sama dengan informasi akauan ahli keluarga yang meninggal dunia tersebut. Satu perkara yang Facebook turut ingatkan adalah untuk menutup informasi peribadi yang tidak diperlukan seperti nombor kad pengenalan.

Cara Kemukakan Permohonan Delete Akaun FB Ahli Keluarga Yang Telah Pergi

Permohonan untuk menutup akaun ahli keluarga yang sudah meninggal boleh anda lakukannya di sini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI