Man photo created by ededchechine - www.freepik.com

Tahun baharu kini sudah memasuki minggu kedua. Segala azam baharu mula anda catatkan apa yang perlu dicapai dan bagaimana untuk merealisaikannya. Ini terutamanya dari segi kewangan dan juga kesihatan.

Namun perihal tahun lalu jangan pula anda lupakan. Ini terutamanya melibatkan tanggugjawab anda terhadap harta dan simpnan anda. MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi Facebook mereka baru-baru ini tentang tanggungjawab membayar zakat bagi wang simpanan di dalam bank.

Menerusi perkongsian tersebut LZS menjawab senario persoalan tentang zakat terhadap wang simpanan di dalam bank. Ikuti perkongsian yang cukup bermanfaat tersebut di bawah:

———————————————————

Puan: Ustaz, simpanan saya ada RM20,000. Adakah saya kena zakat?

Ustaz: Ya kena zakat puan. Baki akhir simpanan puan telah melebihi nisab. Nisab semasa di Selangor adalah RM13, 950. Zakat yang wajib puan tunaikan ialah RM500 sahaja puan. Manfaat berzakat ini sangat hebat puan, selain puan dapat bersama membantu asnaf fakir, miskin, muallaf, amil dan golongan asnaf yang lain, dengan berzakat juga akan dimurahkan lagi rezeki puan, dibersihkan harta puan dan diberkati lagi diri dan harta puan.

Puan: Baik, ustaz. Terima kasih atas penjelasan. Saya simpan ya nota kiraan ustaz ini.

Ustaz: Silakan puan, segera tunaikan zakat ya puan. Puan boleh datang ke cawangan Zakat Selangor berhampiran atau tunaikan sahaja secara online di www.zakatselangor.com.my.

IKLAN

FAHAMI KAEDAH ZAKAT WANG SIMPANAN

Jom kita fahami kaedah kiraan zakat wang simpanan ini.

Kaedah Kiraan Wang Simpanan Zakat:

1. Simpanan Tetap

IKLAN

Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.

2. Simpanan Biasa

Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki pada hujung haul.

Cara Kira Zakat Simpanan Dalam Bank, Rupanya Ramai Tak Tahu Akan Perkara Ini! 
Kredit: Lembaga Zakat Selangor

3. Simpanan Dalam Satu Akaun

IKLAN

Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan pada hujung haul (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.

4.Simpanan Dalam Beberapa Akaun

Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab.

Cara Kira Zakat Simpanan Dalam Bank, Rupanya Ramai Tak Tahu Akan Perkara Ini! 
Boleh dibayar secara online

Segera tunaikan zakat simpanan anda ya. Boleh segera ke mana-mana cawangan Zakat Selangor berhampiran atau melalui talian di https://www.zakatselangor.com.my/cara…/perbankan-internet/

Diharapkan perkongsian dari LZS ini mampu memberikan pencerahan terhadap tanggungjawab anda kepada simpanan di dalam bank. Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini.

Kredit: Lembaga Zakat Selangor

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI