Car photo created by freepik - www.freepik.com

Kita masih lagi belum menang. Mungkin dengan kadar vaksinasi yang tinggi sekarang boleh memberikan harapan dan cahaya baharu di masa akan datang. Data terkini juga menunjukkan jumlah kemasukkan ke hospital telah menunjukkan trend penurunan.

Ia satu perkembangan yang baik untuk kita kembali meneruskan kehidupan seperti biasa. Namun dalam pada masa itu kita tidak harus leka dan mengambil mudah akan segala SOP yang telah diamalkan sepanjang pandemik ini berlaku.

Buat masa sekarang kita masih lagi berada dalam Pelan Pemulihan Negara dengan kebanyakan negeri masih lagi dalam Fasa 1. Namun diharapkan dalam masa terdekat kita dalam terus berganjak ke Fasa 2 dan seterusnya yang akan menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dapat berjalan seperti biasa.

Perkongsian kereta kini masih lagi dihadkan untuk indvidu dari rumah yang sama. Itu tidak boleh dinaiki dengan kapasiti yang penuh. Namun pada masa akan datang mungkin ia berubah dan di sinilah kita tidak boleh leka dan perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

MASKULIN tertarik dengan perkongsian oleh Medical Mythbuster Malaysia tentang bagaimana mengurangkan risiko COVID-19 apabila berkongsi kereta. Berikut merupakan beberapa langkah dan tip bagaimana untuk mengurangkan risiko tersebut menurut kajian daripada penyelidik Universiti Swansea.

PELITUP MUKA

Memakai topeng muka tidak memberi jaminan 100% anda tidak dijangkiti tetapi sangat bermanfaat. Pembawa virus yang memakai topeng muka dapat mengurangkan penyebaran partikel virus sebanyak 90% dan jika anda juga memakai mask, maka tentu kadar jangkitan dapat dikurangkan dengan banyak.

IKLAN

Memakai faceshield ataupun pelitup muka dapat menurunkan lagi kadar penyebaran partikel virus dan jangkitan. Jadi anda ada hak untuk menyarankan penumpang lain memakai topeng muka.

JARAKKAN DIRI

Sebolehnya cuba jarakkan diri anda dengan dengan penumpang lain. Duduk pada kedudukan sejauh yang mungkin dari penumpang lain. Paling penting jangan kongsi kenderaan dengan ramai penumpang.

Cara Kurangkan Risiko Jangkitan Covid-19 Apabila Menaiki Kenderaan Sama
Business photo created by mego-studio – www.freepik.com

CUCI TANGAN

Amalan yang berkali-kali dipesan oleh KKM sejak pandemik ini bermula. Cuci tangan anda sebelum dan selepas menumpang kereta. Dan jika kenderaan itu adalah milik anda,cuci permukaan dan bahagian-bahagian yang dipegang oleh penumpang lain termasuklah pemegang pintu dan tali pinggang keledar.

IKLAN

MEMBUKA TINGKAP

Kajian tersebut juga menunjukkan tindakan membuka tingkap selama 10 saat dalam selang masa tertentu dapat mengurangkan pengumpulan partikel virus sebanyak 97%.

Faktor pengudaran memang sangat penting. Apabila tingkap dibuka akan berlaku perbezaan tekanan di dalam dan luar kereta sehingga partikel di dalam kereta akan disedut keluar.

Cara Kurangkan Risiko Jangkitan Covid-19 Apabila Menaiki Kenderaan Sama
Car photo created by freepik – www.freepik.com

KELAJUAN PEMANDUAN

Jika anda memandu kereta dengan sangat perlahan, ia membuka ruang lebih besar kepada partikel virus untuk berkumpul. Sebagai contoh jika anda memandu kurang daripada 30 km/jam adalah lebih baik buka kesemua tingkap.

IKLAN

Pemanduan yang perlahan juga menyebabkan perbezaan tekanan luar dan dalam lebih kecil, jadi kesan sedutan lebih rendah. Tetapi perlu ingat bahawa membuka kesemua tingkap boleh pula membawa mudarat lain iaitu pencemaran luar yang masuk.

DUDUK KERUSI HADAPAN

Ini satu perkara mungkin anda pun tak tahu selama ini. Duduk di kerusi depan kereta mempunyai risiko jangkitan yang lebih rendah kerana arah pergerakan udara dari depan ke belakang akan mengumpulkan partikel di bahagian belakang kereta.

Andai kata penumpang terpaksa duduk di belakang, arahkan mereka tempat duduk yang bertentangan dengan tingkap yang dibuka.

Semoga kita terus tabah dan berusaha untuk menang berdepan pandemik ini. Jika anda belum dapatkan vaksin, pergilah dapatkannya dengan segera. Lindung diri, lindung semua!

Kredit: Dato Dr Rushdan Noor – Medical Mythbusters Malaysia

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI