Antara perkara yang perlu kita semua hadap setiap hari ialah memastikan makanan yang dimakan selamat untuk di makan.

Terutamanya bagi lelaki bujang yang tidak ada masa yang banyak di rumah sendiri. Anda mungkin akan berdepan masalah dalam memastikan makanan yang anda beli itu telah lepas tarikh luput ataupun tidak.

Kadang-kadang tu makanan yang dibeli tak sempat nak makan tapi dah pun basi. Ada beberapa cara sebenarnya untuk tahu sama ada makanan yang anda beli telah tamat tarikh luput ataupun tidak.

Cara Memastikan Makanan Segar Yang Dibeli Bertahan Lebih Lama

IKLAN

Sebenarnya tarikh luput ini tercipta berdasarkan tekaan pihak pengusaha berkenaan makanan tersebut. Berdasarkan pemerhatian mereka, makanan yang dikeluarkan sebagai contoh roti, hanya boleh bertahan sekurang-kurangnya 4 hari.

Fakta ini sebenarnya bergantung kepada suhu bilik saja. Apa yang penting adalah naluri anda. Jika anda rasa makanan anda masih elok walaupun telah lepas tarikh luput, anda masih boleh menikmati makanan tersebut. Jika anda sudah nampak kulat, basi dan berbau, maka sudah sampai masa anda memberi makan kepada tong sampah anda.

IKLAN

Macam mana nak mengekalkan makanan agar tidak cepat berkulat atau busuk?

Simpan dalam peti sejuk

Pastikan anda meletakkan makanan dalam peti sejuk. Mengapa peti sejuk? Ini adalah untuk menjadikan makanan anda tahan dengan lebih lama. Suhu di dalam peti sejuk membantu melambatkan proses kulat dan makanan berbau. Jadi bolehlah tahan sehingga 6 bulan ke 1 tahun bergantung kepada jenis makanan.

IKLAN

Cara Memastikan Makanan Segar Yang Dibeli Bertahan Lebih LamaBeli dalam kuantiti yang sedikit

Selain daripada anda belajar berjimat dan mengawal nafsu, beli dalam kuantiti yang sedikit juga membantu anda agar tidak menyimpan makanan lepas dari tarikh luput. Sebagai contoh Ikan sardin. Jangan pula anda beli sekotak ikan sardin, beli untuk kuantiti seminggu. Kalau dah habis, barulah beli balik. Jangan fikir stock sebulan, takut dalam sebulan tu anda terpaksa out station dah membazir kalau terlepas tarikh luput kan?

Jadi kalau setakat semalam tarikh luputnya tu, masih boleh makan lagi. Ikut naluri hati anda.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI