MASKULIN percaya ramai di antara anda kini mempunyai rambut yang sudah semakin panjang. Selepas lebih 40 hari kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita sedia maklum perniagaan premis kedai gunting rambut atau salun masih tidak dibenarkan untuk berpoperasi.

Walaupun sekarang negara kita sudah mula ke tahap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun premis tersebut masih tiak dibenarkan untuk dibuka. Jadi lebih lama lagilah terpaksa kita tunggu untuk gunting rambut.

Tapi pernahkah anda terfikir bahawa mungkin inilah momen yang paling sesuai untuk anda sim,pan rambut panjang?

Tapi memunyai rambut yang panjang perlu datang dengan kesungguhan untuk menjaganya dengan baik. Kalau tidak dijaga nanti rambut dan kepala boleh berbau.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi cara terbaik bagaimana nak jaga rambut yang panjang.

IKLAN

Produk Sesuai

Kalau nak berambut panjang pastinya anda harus bijak memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Seloknya guna produk yang bebas daripada bahan kimia merbahaya. Pilihlah produk yang berasaskan sumber semulajadi.

Cuci Cara Betul

Selama ini adakah anda guna teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah pertama mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air sedikit suam.

Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala jenis kotoran pada kulit kepala. Ketika guna syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari kepada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya pori kembali tertutup.

IKLAN

Cara Menjaga & Membela Rambut Yang Sudah Semakin Panjang Pasca PKP

Guna Sikat Yang Betul

Menggunakan sikat yang betul juga memainkan peranan sangat penting untuk pastikan rambut sentiasa terurus dan kekal sihat. Gunakan sikat jenis wide-tooth combs untuk rambut yang panjang. Mula menyisir pada bahagian hujung rambut dahulu bagi mengurangkan masalah kerosakan pada rambut. Elakkan menyisir rambut ketika ianya masih basah kerana rambut yang basah lebih rapuh dan sukar diurus.

IKLAN

Kurangkan Guna Curling Iron & Dryer

Kalau boleh elakkan guna sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut anda menjadi kering dan mudah putus. Jika anda nak guna dryer pastikan ia berada di paras paling rendah.

Cara Menjaga & Membela Rambut Yang Sudah Semakin Panjang Pasca PKP

Minyak Kelapa

Perlu akui tak ramai orang Melayu menggunakan minyak kelapa untuk rambut terutamanya lelaki. Namun minyak kelapa mampu membantu meningkatkan mengekalkan protein dalam rambut malahan, berperanan sebagai pelindung daripada sinaran UV merbahaya. Ia juga kaya dengan vitamin dan asid lemak bagi menyihatkan kulit kepala dan menghilangkan sebum pada folikel rambut.

Diet Seimbang & Minum Air Cukup

Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat, segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan juga anda selalu minum air dan tidak terhidrat. Kekal hidrasi sepanjang hari mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI