Selalunya kalau nak transfer duit, mesti kita minta nombor akaun. Rupanya sekarang ni, anda tak perlukan semua tu.

Hanya menggunakan nombor telefon penerima sahaja anda sudah boleh transfer duit dengan cara yang mudah, cepat, selamat. Paling penting perkhidmatan ni percuma!

Bisnes Speaker, Nur Aliah Mohd Nor berkongsi teknik terbaharu untuk transfer duit secara percuma je tanpa perlu guna nombor akaun bank. Jom ikuti perkongsiannya.

Transfer Duit Secara Percuma Tanpa Guna Nombor Akaun Bank

Rupanya masih ramai lagi yang tak tahu ada cara paling mudah nak transfer duit ni iaitu menggunakan #DuitNow!

Sini Lia kongsikan apa itu DuitNow supaya kita semua boleh faham dan boleh mula guna dari sekarang.

DuitNow ni merupakan cara baru untuk membuat bayaran melalui NOMBOR TELEFON.

Proses pemindahan #duit ini cepat, selamat dan percuma je.

Dan sebanyak 14 bank di Malaysia sokong dengan penggunaan DuitNow ni! Jadi boleh digunakan di pelbagai bank-bank di Malaysia (rujuk pada gambar).

Cara Mudah, Selamat & Percuma Transfer Duit Tanpa Guna Nombor Akaun!
Ada 44 penyedia perkhidmatan yang kebanyakannya terdiri daripada bank-bank tempatan dan luar negara. Lia yakin dan percaya, pasti kita semua ada salah 1 akaun bank dalam gambar ini kan.

Kerajaan sekarang tengah usaha untuk ke arah ‘cashless’ dengan adanya DuitNow ni. Seperti dompet elektronik, e-wallet, boost.

Lepas ni tak perlu dah kita tanya nombor akaun bank orang sebab dengan nombor telefon je dah boleh transfer.

Kelebihan DuitNow:

+ Boleh transfer bila-bila masa
+ Tak perlu lagi reveal nombor akaun bank
+ Mudah transfer guna nombor telefon
+ Tak ada caj tersembunyi
+ Boleh transfer sehingga 100K untuk personal dan 100 juta untuk bisnes

Jadi Lia nak kongsikan cara untuk kita transfer guna DuitNow ini di Maybank2u. Boleh lihat gambar-gambar di bawah ya.

Jom mulakan cara untuk transfer guna DuitNow menggunakan Maybank2u.

1. Log masuk ke Perbankan Internet bank anda atau ke aplikasi telefon pintar penyedia perkhidmatan yang terlibat.

Cara Mudah, Selamat & Percuma Transfer Duit Tanpa Guna Nombor Akaun!

IKLAN

2. Click pada Transfer

Cara Mudah, Selamat & Percuma Transfer Duit Tanpa Guna Nombor Akaun!

3. Cari DuitNow di bawah menu ‘Transfer’ (Pemindahan Wang) atau ‘Send Money’ (Hantar Wang).

Cara Mudah, Selamat & Percuma Transfer Duit Tanpa Guna Nombor Akaun!

4. Click New Transfer

Cara Mudah, Selamat & Percuma Transfer Duit Tanpa Guna Nombor Akaun!

5. Click pada Mobile Number

Cara Mudah, Selamat & Percuma Transfer Duit Tanpa Guna Nombor Akaun!

IKLAN

6. Masukkan nombor telefon penerima dan sahkan butiran pemindahan wang tersebut.

Cara Mudah, Selamat & Percuma Transfer Duit Tanpa Guna Nombor Akaun!

7. Masukkan berapa jumlah yang kita nak transfer

Cara Mudah, Selamat & Percuma Transfer Duit Tanpa Guna Nombor Akaun!

8. Click pada Continue.

Cara Mudah, Selamat & Percuma Transfer Duit Tanpa Guna Nombor Akaun!

9. Click pada Proceed.

Cara Mudah, Selamat & Percuma Transfer Duit Tanpa Guna Nombor Akaun!

IKLAN

10. Click Confirm & Transfer

Cara Mudah, Selamat & Percuma Transfer Duit Tanpa Guna Nombor Akaun!

11. Click Approve

Cara Mudah, Selamat & Percuma Transfer Duit Tanpa Guna Nombor Akaun!

12. Tengok! Wang akan dipindahkan serta-merta ke dalam akaun penerima!

Cara Mudah, Selamat & Percuma Transfer Duit Tanpa Guna Nombor Akaun!

13. Dah berjaya

Cara Mudah, Selamat & Percuma Transfer Duit Tanpa Guna Nombor Akaun!

Ini bukti penerima screenshot dia dah terima duit dari kita RM10.00

Cara Mudah, Selamat & Percuma Transfer Duit Tanpa Guna Nombor Akaun!

Nota tambahan : Selain nombor telefon, nombor IC pon boleh guna juga untuk transfer. Tapi Lia tak galakkan guna nombor IC sebab private & confidential.

Nota tambahan 2 : Penerima dapat duit di akaun bank mana? Macam mana nak tahu? Penerima akan dapat dekat bank yang dia register DuitNow. Biasanya CIMB dah tolong register kan.

Follow saya ? Nur Aliah Mohd Nor
.
Lia suka berkongsi Ilmu mahal di Telegram Bisnes. Ada lebih 25,000 orang dalam tu. Jom klik sekarang ?? https://t.me/nuraliahmohdnor

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI