Hari raya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Jika anda tidak sempat untuk menukar duit raya, jangan bimbang.

Ada cara mudah untuk anda menukar duit raya hanya menggunakan mesin ATM Maybank. Caranya boleh anda ikuti menerusi perkongsian Mohd Shukur di laman Facebooknya.

Menurut beliau, penukaran duit raya baharu ini maksimum sehingga RM300 dan terhad untuk cawangan Maybank yang besar-besar sahaja. Jadi bolehlah anda tukar duit raya baru dengan cara mudah ini.

Mudahnya tukar duit raya di Maybank sekarang. Hanya di ATM Machine ???

Mungkin ada yang tak tahu lagi, saya share cara tukar duit raya baru :

IKLAN

1. Pergi ke Maybank yang besar sket (selected branch). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yang boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.

2. Pilih ATM yang ada signage gambar 3 orang pakai baju melayu pegang duit raya tu (seperti gambar).

IKLAN

3. Semua duit dalam mesin ATM tu ialah note RM10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount.

IKLAN

4. Maximum amount per transaction ialah RM 300. So jika anda nak 60 keping note RM 10 yang baru, kena buat dua kali.

5. OK mudahkan. Sarung angpow boleh minta kat brother yang jaga kaunter depan tu. Mula2 dia kata dah habis. Biasalah. Lepas tu apa lagi….cakaplah, Saya faham dah dekat nak raya ni memang sarung angpau banyak dah habis…..tapi bang, Saya ni nak gunakan sarung angpau tu untuk………. ( haa.. sambung sendiri la…takkan itu pun nak ajar, nampak sangat tak datang training letew ) ?