Sama ada anda menyarung baju Melayu cekak musang, teluk belanga atau versi klasik yang mewah bersulam, pemakaian samping tetap menjadi pelengkap gaya yang bukan sahaja memancarkan keanggunan, tetapi juga mencerminkan adab budaya yang diwarisi turun-temurun.
Namun begitu, tidak dinafikan masih ramai lelaki yang keliru – salah pakai, herot-berot, malah ada yang langsung tidak tahu cara sebenar menyarung samping dengan betul. Jangan risau, dalam artikel ini kami bongkarkan rahsia dan teknik mudah untuk anda tampil segak bergaya seperti pendekar zaman moden.
Makna Di Sebalik Samping: Bukan Sekadar Kain Pelengkap
Samping bukan sekadar hiasan di pinggang. Ia mengandungi nilai simbolik yang mendalam dalam budaya Melayu. Ia melambangkan kehormatan, keanggunan serta menjaga batas aurat dalam kesantunan pemakaian.
Setiap helaian samping ada ‘kepala’, ‘badan’ dan ‘kaki’ – struktur ini bukan sekadar rekaan, tetapi menggambarkan kesempurnaan dalam berpakaian.
Malah dalam adat, panjang samping juga boleh melambangkan status seseorang:
Status
Cara Pakai Samping
Sudah berkahwin
Dipakai melebihi paras lutut
Masih bujang
Dipakai atas paras lutut
Namun hari ini, gaya bebas menjadi norma. Apa yang penting adalah keyakinan dan kemasnya ikatan – asalkan tidak menjolok mata dan kekal sopan.
Ads
4 Jenis Ikatan Samping Lelaki: Pilih Ikut Acara & Gaya
Kalau anda ingat semua ikatan samping itu sama, anda silap. Sebenarnya ada pelbagai cara ikatan – masing-masing membawa gaya dan fungsi tersendiri.
Berikut adalah empat jenis ikatan samping yang perlu anda tahu:
1. Ikatan Pancung
✨ Gaya bebas, sesuai untuk pergerakan aktif seperti menari atau berarak.
Kain lepas dibalut di sekeliling pinggang.
Hujung kain ‘dipancung’ dan dibiarkan terjuntai ke bawah.
Sering digunakan dalam persembahan atau acara seni budaya.
🧠 Tip: Gaya ini tampak ranggi dan maskulin jika dipadankan dengan songkok dan keris.
2. Ikatan Kembung
✨ Pilihan utama raja sehari – eksklusif dan tampak megah.
Ads
Kain ditarik ke tengah atau sisi badan.
Diikat dan disimpul kemas di pinggang supaya tampak sedikit ‘kembung’.
Popular dalam majlis akad nikah dan majlis persandingan.
🧠 Tip: Pilih samping songket atau tenunan tangan untuk efek elegan maksimum.
3. Ikatan Lingkup
✨ Simple, cepat dan kemas – sesuai untuk raya atau majlis rasmi.
Lipat samping seperti kain sarung biasa.
Gulung ke atas dan lingkupkan ke bahagian depan.
🧠 Tip: Gaya ini amat sesuai untuk lelaki yang mahu tampil ringkas tapi masih segak.
4. Ikatan Anak Raja Lima
✨ Ikatan klasik eksklusif untuk gaya bangsawan dan tradisional.
Ads
Letakkan kain samping di tengah-tengah badan.
Susun lipatan bertingkat dari atas ke bawah.
Gunakan bengkung untuk mengemaskan ikatan pada pinggang.
🧠 Tip: Gaya ini sesuai digayakan dalam acara rasmi berprestij atau perarakan diraja.
Bukan Sekadar Tradisi, Tapi Lambang Keterampilan Lelaki Melayu
Walau zaman berubah, fesyen tradisi tetap relevan – dan lelaki yang bijak bergaya tahu bahawa kekemasan dalam berpakaian adalah lambang keyakinan diri.
Jadi, lepas ini kalau pakai baju Melayu – jangan lupa samping! Pakai dengan cara yang betul, dan anda pasti akan menyerlah di mata yang memandang.
Sumber: Omar Ali
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika wanita terkenal dengan beg tangan, lelaki juga ada aksesori wajib iaitu ‘Bum Bag’, pouch bag atau apa saja panggilannya.
‘Bum Bag’ sentiasa memudahkan lelaki untuk menyimpan kelengkapan asas seperti telefon bimbit, wallet, kunci kereta dan sebagainya.
Jika dahulu aksesori wajib bagi lelaki adalah clutch, beg yang anda kena pegang tapi kini dengan adanya bum bag ia lebih mudah kerana boleh dililit pada badan.
Di Amerika, panggilannya lebih kepada ‘Fanny Pack’ namun berlainan pula dengan panggilannya di UK yang digelar ‘Bum Bag’.
Fesyen item ini menawarkan fungsi yang tersendiri bagi lelaki yang inginkan kelainan dalam bergaya tetapi tidak mahu menyandang beg besar.
MASKULIN berikan serba sedikit tip pemakaian ‘Bum Bag’ dengan betul.
Elakkan menyumbat segala perkakasan yang anda bawa di dalam ‘Bum Bag’. Bila ia terlalu menggelembung sebab sarat dengan barang, stail anda akan musnah dan ‘Bum Bag’ itu adalah penyebabnya. Jadi, hanya bawa apa yang perlu sahaja seperti telefon bimbit, wallet, powerbank, kabel pengecas telefon dan kunci kereta.
2. Boleh buat sebagai tali pinggang
Item fesyen ini tidak terhad kepada lelaki sahaja. Wanita juga boleh menggayakan ‘Bum Bag’ ini mengikut keselesaan anda. Selain melilitkan di badan, anda boleh menjadikan ia sebagai tali pinggang.
Fesyen ini tiada sempadan. Anda bebas untuk bergaya mengikut pilihan dan keselesaan masing-masing. ‘Bum Bag’ boleh dililit pada badan, pada pinggang, sarung di celah lengan dan sebagainya.
4. Jaga keselamatan dalam berfesyen
Anda tidak digalakkan untuk melilit ‘Bum Bag’ di bahagian belakang badan tidak kira sama ada ia digayakan pada pinggang atau badan. Ini bagi mengelakkan anda menjadi mangsa penyeluk saku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rona Beza: Dunia fesyen lelaki kali ini memaparkan sudut pandangan berbeza mengenai penggayaan formal. Mengapa harus terus menjadikan warna hitam itu sebagai warna formal? Kini semuanya bertukar arus dengan menjadikan rona terang sebagai elemen tambahan dalam rekaan bentuk formal. Padankan dengan rona yang lebih gelap untuk gaya yang elegan. Lebih unik dan versatil!
Seni Dan Grafik: Mana bisa kita ketepikan seni dan grafik dalam dunia fesyen. Penambahan elemen seni menjadikan sesuatu rekaan itu lebih mahal dan tampak mewah. Lihat saja rekaan dari jenama besar, Alexander Mcqueen dalam mempertaruhkan motif bunga dalam rekaan koleksinya. Apa yang pasti, setiap seni dan grafik yang ada pada setiap helaian rekaan memberi lebih volum dan dimensi penggayaan fesyen anda. Sudah tiba masanya untuk kita menjadikan formal itu sesuatu yang lebih interesting dan exciting. Bosanlah kiranya hanya bersandarkan pada fabrik baldu hitam saja kan?
New Silhouette: Rekaan yang lebih baggy juga oversized?Why not? Biarpun masih berpaksikan kepada rekaan bentuk formal, apa kata kali ini anda mencuba sesuatu yang lebih out of formal? Sebagai contoh trench-coat yang sedikit oversized bersama seluar yang lebih baggy? Mungkin agak pelik namun anda akan tampak lebih urban dan masih mengekalkan elemen kekemasan dalam penggayaan anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
4 hari menjelang Aidilfitri ini, bagaimana dengan persiapan raya anda? Mungkin minggu ini merupakan minggu paling sibuk untuk anda membeli-belah di mall, mana-mana bazar mahupun secara online yang menawarkan harga rendah dan istimewa sempena hari raya yang mulia ini.
Anda pasti fikir bahawa baju raya merupakan barang yang paling dicari oleh rakyat Malaysia di website kan? Nampaknya tekaan anda salah! Untuk pengetahuan anda, barangan paling dicari oleh rakyat Malaysia adalah tiket penerbangan!
Menurut iPrice Malaysia, rakyat Malaysia lelbih banyak mencari tiket penerbangan di internet berbanding baju raya!
59% rakyat Malaysia mencari promosi tiket penerbangan, 35% mencari shopping dan 3% sama rata mencari servis internet dan automatif. Mungkin rakyat Malaysia lebih gemar menaiki kapal terbang berbanding perjalanan atas jalan raya, ataupun mereka dah bersedia untuk beraya di luar negara?
Walaubagaimanapun, baju raya masih dicari oleh mereka-mereka yang malas nak berjalan ke mall atau bazar beli belah. Antara portal yang paling dicari oleh mereka-mereka yang gemar membeli secara online adalah Neelofar Hijab dan Fashin Valet.
Ada lagi tak yang masih belum dapatkan tudung atau pakaian yang dikeluarkan oleh Neelofar Hijab dan Fashion Valet? Untuk beli online tak sempat ni, apa kata anda terus ke butik mereka!
Credit: iPrice&RojakDaily
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.