Pam tayar merupakan satu rutin terutamanya bagi pemilik kereta. Sama ada seminggu sekali atau sebulan sekali, anda pasti akan melakukannya.
Namun pernahkah anda terfikir sama ada selama ini cara anda pam tayar kereta betul atau salah?
Usah terkejut jika selama ini cara anda lakukannya tidak betul dan boleh menyebabkan tayar menjadi botak dengan cepat.
Satu perkara yang anda wajib tahu ialah tekanan tayar yang tepat amat penting bagi memastikan kelancaran, keselamatan dan ketahanan tayar.
Foto: CarsGuide
TEKANAN MAKSIMUM
Perhatikan tulisan pada dinding sisi tayar. Di situ terdapat perkataan ‘Max. Press. 35 PSI’. Angka tersebut menunjukkan tekanan sejuk maksimum yang diperlukan tayar untuk menampung beban maksimum.
Kata ‘sejuk’ di atas merujuk kepada situasi anda mengepam tayar pada masa ideal, iaitu ketika cuaca sejuk seperti pada waktu pagi atau selepas kereta dibiarkan beberapa jam di kawasan teduh. Itulah masa terbaik mengepam tayar. Kebiasaannya, tekanan tayar maksimum berada dalam julat 30 dan 32 PSI.
Ads
JIKA TAYAR DIPAM MAKSIMUM PSI?
KARAKTER PENGENDALIAN KERETA BERUBAH
Antara perubahan ketara dirasakan ialah karakter pengendalian. Tayar yang sudah dipam maksimum tidak mempunyai ruang anjalan pada dinding sisi. Ini menyebabkan tahap membelok jadi bertambah baik.
Foto: WapCar
Namun anda berdepan risiko ketika melakukan brek jajap (threshold braking). Jika membelok pantas atau mengejut, belakang kereta anda boleh terseret.
JANGKA HAYAT TAYAR MEROSOT
Ads
Antara kekurangannya pula jangka hayat tayar akan lebih cepat botak. Bila tayar dipam terlalu banyak, getah pada bunga tayar atas akan lebih menonjol dan membuatkan bahagian tengah tayar cepat haus. Malah, kawalan traksi juga berkurangan dan anda menghadapi risiko tayar meletup.
TEKANAN TAYAR OPTIMUM
Tekanan disarankan kebiasaannya antara 30 dan 35 PSI. Nombor tersebut menandakan jumlah minimum tekanan udara yang diperlukan untuk menyokong kapasiti maksimum bawa-beban kenderaan anda. Jika berkurangan, anda akan dapati penggunaan bahan api dan tahap pengendalian akan terjejas, termasuk mengalami masalah haus disebabkan beban lebih dan getah tayar terlalu menganjal.
Sebaliknya, apabila tayar anda dipam mengikut tekanan PSI disarankan, anda pasti menikmati prestasi dan jangka hayat tayar yang optimum.
Ads
MASA TERBAIK PAM TAYAR
Bilakah masa terbaik memeriksa tekanan tayar? Sebaiknya, ikutilah 3 syarat asas ini:
i. Setiap kali mengisi minyak.
ii. Setiap kali suhu berubah 10º.
iii. Sekali bagi setiap 30 hari.
Jika anda mahu tayar anda dipam mengikut tekanan tepat sebelum memandu, apa kata dapatkan tolok tekanan di mana-mana kedai aksesori kereta terdekat. Cara ini lebih memudahkan anda.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Salam untuk anda semua pembaca setia MASKULIN dan penonton program TV berteraskan auto paling senasi di Malaysia, ‘RODA PANAS’. Diharapkan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan selamat hendaknya.
Dengan kadar penularan wabak COVID-19 yang ‘mengganas’ semula, kami di MASKULIN berharap anda terus sejahtera bersama keluarga. Terus amalkan SOP dan stay safe!
Bagi mengisi kelapangan masa yang ada tontonlah program TV yang menarik serta berilmiah seperti ‘RODA PANAS’. Istimewa pada episod kali ini, ‘RODA PANAS’ membawakan serta mengetengahkan seorang personaliti wanita buat pertama kali.
Beliau ialah usahawan yang cukup disegani dalam industri kosmetik dan juga pelbagai bidang perniagaan lain dikenali dengan nama Tinie Sulaiman.
Hobi dalam bidang auto kini terbukti bukan sahaja untuk lelaki. Tidak dinafikan indsutri ini memang banyak didominasi oleh lelaki namun itu tidak bermakna kaum wanita terutamanya yang berjaya seperti Tinie Sulaiman tidak boleh menonjolkan minat mendala mereka pada kereta.
Dan kerera yang dibawakan oleh beliau untuk dikongsikan bersama hos, Remy Ishak pada minggu ini bukanlah calang-calang kereta. Malah, tidak dinasikan kedua-dia kereta ini merupakan idaman ramai lelaki!
Dua kereta miliknya yang dimaksudkan ialah Nissan GTR R35 dan Lamborghini Huracan! Menerusi episod ini, Remy Ishak bakal menemu bual Tinie Sulaiman tentang minatnya terhadap dunia auto terutamanya pada dua buah kereta kesayangannya.
Beliau kini memiliki sebanyak sembilan buah kereta dan dua kereta yang dibawakan istimewa untuk ‘RODA PANAS’ merupakan yang paling disayanginya.
Menjadi tetamu wanita pertama dan juga yang pertama membawakan dua kereta untuk dikongsi bersama ‘RODA PANAS’ menjadikan episod ke-7 ini sebagai wajib tonton untuk kita semua!
Ingin tahu apakah modifikasi yang dilakukan oleh Tinie Sulaiman terhadap Nissan GTR R35 dan Lamborghini Huracan miliknya?
Jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS’ pada malam esok, 24 Mei 2021 pada jam 9:30 malam di Astro Naura atau boleh strim menerusi Astro Go.
Informasi terbaru mengenai model MPV (kenderaan pelbagai guna) kompak milik Mitsubishi nampaknya kembali bocor. Kali ini, brosur model tersebut terlepas ke tangan media Indonesia sebelum rasmi dilancarkan secara global pada Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) Ke-25 (10-20 Ogos).
Merujuk kepada brosur berkenaan, pesaing kepada Toyota Avanza itu diberi nama sebagai “Xpander” dan bukan “Expander” seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Sebutan yang sama namun ejaan berbeza. Perkataan Xpander itu boleh dilihat pada bahagian nombor plat kenderaan dalam brosur tersebut.
Sebelum ini, pihak Mitsubishi Motor Corporation (MMC) hanya menggelar MPV tersebut dengan julukan ‘Mitsubishi Next-Generation MPV’ pada majlis pendedahan imej rasmi model berkenaan.
Mitsubishi memilih enjin 1.5 liter yang menggunakan teknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) untuk menggerakkan MPV tujuh kerusi berkenaan.
Penghantaran kuasa ke roda depan dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan automatik atau 5-kelajuan manual.
Anggaran harga Mitsubishi Xpander bermula dari Rp189 juta (RM 60,480) sehingga Rp246 juta (RM 78,720).
Bagi peminat sukan permotoran kelajuan merupakan faktor sangat penting buat mereka. Apatah lagi bila berbicara dalam sukan automotif seperti perlumbaan drag. Kereta yang direka untuk berlumba dalam kategori ekstrem ini dikenali memiliki kelajuan sangat tinggi.
Terbaru, Toyota memperkenalkan kereta lumba drag rekaan terbaru untuk siri 2022 NHRA Funny Car Championship yang tampil dengan rekaan radikal. Untuk siri tahun hadapan Toyota telah mengubah penyertaannya dari kerangka model Camry kepada GR Supra.
Pertandingan NHRA Funny Car merupakan perlumbaan drag jalan lurus sejauh 1/4 batu yang telah dimulakan pada tahun 1969. Berbeza dengan kebanyakan rekaan kereta drag biasa yang tampil runcing seperti jarum, kereta drag yang memasuki pertandingan Funny Car menampilkan bpdy karbon fiber yang menyerupai model konsional di pasaran atau dikenali sebagai production car.
Sejak tahun 2012, Toyota telah menyertai perlumbaan ini pada setiap tahun dengan dengan Camry Funny Car. Namun untuk edisi akan datang ia bakal tampil dengan GR Supra pada perlumbaan di Pomona, Calirfornia.
Selain Toyota beberapa jenama automotif terkenal yang turut mengambil bahagian ialah Ford bersama Mustang, Chevrolet dengan Camara dan Dodge dengan modelnya Charger.
Walaupun mempunyai penampilan Supra dari segi estetika luarannya kereta ini sebenarnya dikuasakan dengan enjin BW enam silinder supercharged 8.2 liter V8. Ia mampu menjana sehingga lebih 11,000 kuasa kuda untuk pecutan tayar gergasinya di bahagian belakang.
Difahamkan GR Supra Funny Car ini mapmu memeceut sehingga 530 km/j dalam tempoh empat saat sahaja. Ia satu catatan yang sangat luar biasa. Buat anda peminat perlumbaan drag pastinya cukup teruja jika berpeluang melihat sendiri jentera hebat ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang