Food photo created by freepik - www.freepik.com

Tidak dinafikan amalan makan kurma memang banyak manfaatnya. Selain diambil ketika bulan Ramadan, makan kurma juga digalakkan pengambilannya setiap hari.

Jika anda makan kurma tidak kena dengan caranya, manfaatnya akan kurang berkesan untuk tubuh badan.

Jadi sebelum makan kurma sama ada pada hari biasa ataupun ketika bulan Ramadan, pastikan anda mengambilnya mengikut saranan seperti yang dikongsikan Dr Zubaidi Hj Ahmad ini.

Semoga cara terbaik anda makan kurma ini dapat memberi khasiat untuk badan anda.

5 CARA TERBAIK MAKAN KURMA

Food photo created by rawpixel.com – www.freepik.com

Kurma memang mempunyai GI yang tinggi. Tetapi ia buah yang barakah.

1. Makan dengan cara tersendiri, terutama ketika berbuka puasa atau ketika betul-betul lapar. Ia memberikan tenaga.

2. Jangan ketika masih kenyang.

IKLAN

3. Jangan makan kurma lepas makan nasi atau lepas minum teh tarik.

4. Saya cadangkan awal pagi, dikisar dengan minyak zaitun atau minyak kelapa. Letak sedikit air. Ia akan menjadi sarapan yg terbaik bagi orang yang sibuk dan tidak mahu membuang masa dengan mengunyah di kedai makan. Ia memberikan tenaga dan membekalkan nutrien yang banyak.

5. Bagi pesakit diabetis, ambil satu atau dua biji untuk satu hidangan. Jangan ambil dengan teh tarik atau minuman/makanan yang manis. Ambil dengan air kosong (atau zam-zam). Makan bila betul-betul lapar atau ketika berbuka puasa.

AMBILLAH KURMA SETIAP HARI

Bukan itu sahaja, kurma juga sebaiknya diamalkan setiap hari dan bukan hanya terhad untuk amalan ketika bulan Ramadan sahaja.

IKLAN

Kita selalunya makan kurma apabila berbuka puasa. Pada bulan Ramadhan akan ada lambakan kurma, yang berkualiti dan ada yang tidak berkualiti.

Saya mencadangkan kita mengambil kurma setiap hari dalam kuantiti yang sederhana.

MANFAAT MAKAN KURMA

Background photo created by freepik – www.freepik.com

Ini kerana pengambilan kurma memberikan banyak manfaat. Kurma mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan setiap hari. Ia mengandungi mineral potassium, manganese, magnesium, copper, vitamin B6, dan fiber.

1. Kurma meningkatkan kesihatan otak. Dalam banyak kajian menunjukkan seseorang yang mempunyai bekalan vitamin B6 dari makanan, mempunyai fungsi otak yang lebih baik. Pengambilan kurma dapat menambahkan fokus, berfikir dengan lebih baik dan mudah menghafal.

IKLAN

2. Kurma dapat merendahkan tekanan darah dan mengurangkan mendapat risiko serangan stroke. Kurma kaya dengan mineral magnesium yang sangat penting untuk merendahkan tekanan darah.

American Journal of Clinical Nutrition baru-baru ini menerbitkan satu kajian yang menunjukkan bahawa mineral magnesium dapat menurunkan risiko mendapat risiko stroke sebanyak 10% jika diambil dalam kuantiti yang mencukupi.

Mineral potassium juga penting dalam mengekalkan fungsi jantung dan meningkatkan peredaran darah.

3. Kurma dapat mengurangkan rasa sakit dan keradangan kerana kehadiran mineral potassium. Oleh itu kurma sangat bermanfaat untuk mengurangkan keradangan sendi (terutama sakit lutut).

4. Kurma meningkatkan kesihatan usus dan mengelakkan masalah IBS, buasir dan sembelit yang kronik. Ia juga dapat merendahkan risiko mendapat kanser usus (colon cancer).

Bagi mereka yang ada masalah diabetes, berbincanglah bilangan kurma yang harus diambil. Bagi mereka yang tiada masalah kesihatan, saya cadangkan segenggam kurma dan dalam bilangan yang ganjil, samada 5-7 biji sehari. Contohnya 3 biji waktu pagi dan 4 biji waktu malam. Sesuai diambil sbg pencuci mulut juga.