Kini anda boleh menggunakan kad AEON Member Plus Visa dan aplikasi mudah alih AEON Wallet, sebagai usaha menyokong matlamat masyarakat tanpa tunai yang ditetapkan. Pelancaran kedua-dua produk tersebut dihadiri Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Shinobu Washizawa, Pengarah Urusan AEON ASIA SDN. BHD. dan AEON CO. (M) BHD.; Kenji Fujita, Pengarah Urusan AEON Credit (M) Bhd. Masayoshi Masuda, Pengarah Urusan AEON BiG (M) Sdn. Bhd. dan Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa Malaysia.

Cashless Dengan AEON Member Plus Visa Dan Aplikasi Mudah Alih AEON Wallet

Datuk Seri Saifuddin menegaskan bahawa transaksi tanpa tunai sedang berkembang, oleh itu beliau amat berharap agar lebih banyak rangkaian runcit akan menerima pakai polisi transaksi digital ini dan lebih ramai peniaga akan menyertai inisiatif bermanfaat ini pada masa akan datang.

IKLAN

 

Kad AEON Member Plus Visa merupakan kad 1-for-all yang bukan sahaja membenarkan ahli kad kesetiaan AEON mengutip mata ganjaran berganda di kesemua rangkaian peruncitan AEON tetapi turut berfungsi sebagai kad prabayar Visa untuk transaksi pembayaran tanpa tunai dalam rangkaian jualan terlibat mahupun secara dalam talian. Menambahkan lagi peranan Kad AEON Member Plus Visa adalah AEON Wallet, sistem aplikasi mudah alih pertama yang dilancarkan oleh sebuah syarikat peruncitan di Malaysia. Aplikasi ini berhubung dengan Kad AEON Member Plus Visa dan membenarkan pembayaran dibuat menerusi kod QR di kesemua rangkaian peruncitan AEON.

IKLAN

Cashless Dengan AEON Member Plus Visa Dan Aplikasi Mudah Alih AEON Wallet

IKLAN

Dengan mengintegrasikan keupayaan Visa, Kad AEON Member Plus Visa adalah satu kad yang membolehkan pelanggan AEON membuat pembelian tanpa perlu risau isu-isu berkaitan keselamatan. Ia juga menyokong kemudahan Visa payWave untuk urus niaga yang lebih pantas.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI