Castrol Malaysia Perkasakan Masa Depan Belia Menerusi Kejohanan Simracing

Share

Castrol Malaysia baru-baru ini menutup tirai program penglibatan belia peringkat nasional dengan penuh bergaya apabila menyempurnakan penganjuran Unleashed Youth Simracing Championship.

Acoara yang menghimpunkan lebih 400 peserta dari seluruh negara tersebut berlangsung dengan meriah di Sunway Pyramid pada 17 Ogos lalu.

Kejohanan ini memperlihatkan aksi sengit antara pelumba simulasi lelaki dan wanita yang semakin mendapat tempat di Malaysia.

Juara kategori lelaki membawa pulang hadiah utama bernilai RM6,000, manakala juara kategori wanita menerima RM3,000.

Barisan pemenang

Manakala jumlah keseluruhan hadiah mencecah RM30,000 dengan sembilan peserta terbaik setiap kategori turut menerima ganjaran.

Edisi tahun ini turut mencatat sejarah apabila memperkenalkan kategori khas wanita buat pertama kali, menyaksikan 93 peserta wanita bersaing berbanding 349 pelumba lelaki.

Simracing Medium Inklusif dan Pembangunan Komuniti

Selain pertandingan utama, acara ini turut diserikan dengan perlumbaan selebriti melibatkan ikon sukan permotoran tanah air, Leona Chin, penyanyi Ismail Izzani dan pencipta kandungan Taufiq Hannafi.

Ia bukan sekadar hiburan, tetapi juga platform memperkenalkan simracing kepada audiens lebih luas.

Kemunculan istimewa selebriti popular

Lebih daripada itu, kejohanan ini adalah sebahagian daripada usaha Castrol untuk mendekati belia melalui siri jelajah universiti yang berjaya menarik lebih 2,000 peserta di sekitar Lembah Klang serta khalayak umum di Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Siri ini menekankan kepentingan penjagaan enjin melalui pemilihan minyak enjin berkualiti seperti Castrol EDGE, yang terbukti memberikan prestasi sehingga 30 peratus lebih baik berbanding piawaian industri.

“Kempen tahun ini membuktikan komitmen kami dalam membentuk masa depan mobiliti dengan menyokong generasi pemandu seterusnya,” jelas Pengarah Jualan Pasaran Castrol Malaysia & Singapura, Gan Wee Kiong.

Pengarah Jualan Pasaran Castrol Malaysia & Singapura, Gan Wee Kiong

Tambahnya lagi, dengan gabungan pendekatan praktikal dan teknologi berprestasi tinggi seperti Castrol EDGE, mereka berharap dapat menginspirasikan pemandu muda untuk lebih bertanggungjawab dalam penjagaan kenderaan sambil menghargai inovasi dan prestasi.

Meraih Perhatian di Pentas Antarabangsa

Tidak terhenti di situ, Castrol turut mencuri tumpuan di Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) yang berlangsung di MITEC, menarik kehadiran lebih 100,000 pengunjung.

Antara sorotan acara ialah demonstrasi seni langsung oleh pelukis automotif tempatan, Zameer Pentbrush, yang menghasilkan lukisan kereta legenda Nissan Silvia S14 dengan livery Castrol, simbol kepada gaya, kelajuan dan warisan jenama ini.

Keterlibatan ini bukan sahaja mempamerkan komitmen Castrol terhadap dunia automotif, malah turut memberi peluang kepada peminat untuk menyertai aktiviti interaktif dan membawa pulang pelbagai hadiah menarik.

BACA: Salah Catat Sejarah, Pemain Pertama Menang PFA Player of the Year Award Buat Kali Ketiga

Melangkah ke hadapan, Castrol Malaysia dilihat terus komited untuk memperkasakan belia, membina lebih banyak peluang dalam bidang pemanduan dan sukan permotoran.

 Dengan sejarah lebih 100 tahun di Malaysia, jenama ini kekal sebagai peneraju dalam segmen minyak pelincir runcit, sambil meneruskan inovasi bagi menyokong generasi pemandu masa depan.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim