Pengambilan pisang bukan hanya sedap untuk dimakan, ia juga sebenarnya bagus untuk kesihatan. Ini kerana pisang mengandungi beberapa nutrient penting dan memberi maanfaat dalam pencernaan dan ia juga bagus untuk kesihatan jantung.

Buah Pisang juga popular dikalangan orang diet. Kerana ia boleh membantu menurunkan berat badan kerana ia mengandungi kalori yang rendah dan bernutrisi serta mengenyangkan perut. Maka tidak hairanlah mengapa ia sungguh popular sehinggakan ada buku berkenanan dengan pisang iaitu The Morning Banana Diet.

Ini dia beberapa kebaikan dan patang larang untuk makan pisang.

  1. Otot akan lebih tegap

Untuk Perkembangan otot, ia memerlukan magnesium yang cukup. Jadi pisang merupakan sumber magnesium yang baik kerana ia mampu menguncup dan memberi kelonggaran otot serta melakukan proses sintesis protein untuk meningkatkan jisim otot.

Ads
  1. Cegah otot kejang atau cramp

Kalium yang terkandung dalam buah pisang sangat baik untuk otot, malah penting bagi para atlet. Tubuh yang mendapat kandungan kalium yang cukup dapat menghindari dari otot kejang atau cramp. Saat melakukan workout, tubuh akan kehilangan kalium melalui peluh. Menurut kajian yang dilakukan oleh Linus Pauling Institure, makan pisang akan memberi jumlah kalium sebanyak 10% dari yang diperlukan oleh tubuh.

  1. Menjaga fungsi dan kekebalan tubuh

Pisang mengandungi protein yang berguna untuk menjaga fungsi dan kekebalan tubuh, serta menjaga kesihatan sistem saraf. Selain itu, kandungan asam amino yang ada pada buah pisang juga dapat membantu meningkatkan metabolisme dalam tubuh badan.

Ads
  1. Mudah merasa kenyang

Pisang bagus untuk pencernaan kerana ia mempunyai kanji penhanan yang mampu menentang proses percernaan. Buah kuning ini juga kaya dengan bakeria yang sihat serta membantu anda mengawal selera makan. Malah ia juga dapat meningkatkan proses pengoksidaan lemak dengan cepat.

Ads
  1. Tidur lebih berkauliti

Tryptophan yang ada di dalam pisang membantu tubuh untuk lebih relaks dan melaraskan tidur seseorang. Jadi amalkan makan pisang sekurangnya sebiji untuk setiap malam sebelum tidur.

  1. Kurangkan tekanan serta kerisauan

Bukan sahaja membuatkan anda tidur lebih berkualiti, tryptophan yang ada pada sebiji pisang ini juga boleh merawat kebimbangan serta membatu memulihkan mood seperti keletihan, amarah dan sifat agresif. Ini kerana tryptophan merupakan sejenis pelopor untuk serotonin yang mengandungi bahan kimia ke dalam otak yang paling penting kerana ia merupakan anti-depresi semula jadi.

Cegah Otot Cramp Ini Beberapa Manfaat Pisang!Pantang larang dalam diet makan pisang

  • Tidak ada syarat yang ketat untuk anda ikuti, cukup sekadar anda rasa kenyang dan perut tidak masuk angin.
  • Anda perlu minum segelas air suam pada waktu pagi untuk merangsang metabolisme badan. Kemudian, tunggu selama satu jam dan makan pisang. Jika anda masih berasa lapar selepas 20 minit, makan pisang seterusnya. Tetapi pastikan anda makan pisang mentah dan bukannya pisang goreng atau yang dimasak dengan cara yang lain.
  • Sepanjang tempoh mengamalkan diet makan pisang ini, anda boleh makan apa sahaja untuk makan tengah hari dan makan malam. Sekiranya anda berasa lapar di antara waktu makan, ambillah buah-buahan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI