Buat pemilik kereta yang usianya telah mencecah lima tahun ke atas pastinya berdepan dengan masalah ini. Selain ia membuatkan kereta tampil nampak lebih usang ia juga mengurangkan fungsi penggunaannya.
Apa yang MASKULIN maksudkan di sini ialah lampu hadapan kereta. Kereta yang meningkat usia dan selalu terdedah dengan cahaya matahari atau cuaca panas kebiasaannya lampu hadapan akan menjadi suram dan kekuningan.
Penampilan dengan warna kedam sedikit sebanyak merencatkan penampilan kereta anda. Selain anda kilatkannya semula di pusat spa kereta, tahukah anda masalah ini boleh diselesaikan dengan hanya melakukan sentalan mudah dengan menggunakan serbuk penaik atau baking soda dan juga buah lemon?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh seorang pengguna TikTok menerusi hantaran videonya menunjukkan bagaimana dia mengilatkan lampu hadapan kereta dengan kombinasi dua bahan tersebut.
Ikuti cara seperti mana dikongsikan olehnya di bawah.
1.
Pertama sekali anda harus dapatkan baking soda dan sebanyak dua biji buah lemon.
Ads
Foto hiasan
2.
Belah dua lemon tersebut. Kemudian ambil baking soda dan taburkannya di atas permukaan lemon yang dipotong dua tersebut.
3.
Mula sental lemon yang ditabur baking soda itu ke atas permukaan lampu kereta.
Ads
4.
Lakukan sehingga anda nampak kesan kekuningan itu mula hilang dan nampak berkilat semula.
5.
Jika hasilnyanya seakan kurang anda boleh tambahkan baking soda dan terus lakukan sentalan.
6.
Selepas disental rata bilaskan dengan menyiram air. Anda akan dapati lampu kereta anda akan tampil berkilat!
Ads
Semoga cara mudah yang dikongsikan oleh saudara Ridzuan Zubir ini mampu memberikan manfaat kepada anda. Jika mahu tutorial lebih jelas anda boleh menonton videonya di bawah.
Selepas pelancaran model Jazz Hibrid, Honda Malaysia sekali lagi menjadikan Malaysia sebagai negara pertama selain Jepun membawa masuk model City Sport Hybrid i-DCD. Di Jepun, Honda City Hybrid dikenali sebagai Honda Grace.
Peluang ini tentunya tidak dilepaskan oleh Honda Malaysia susulan penjualan model hibridnya yang mendapat sambutan menggalakkan di pasaran tempatan.
Model sedan berkenaan kini dibuka tempahannya di 91 buah pusat jualan sah Honda. Berikut informasi ringkas perlu anda ketahui tentang Honda City Hybrid:
ENJIN:
Honda City Hybrid menggunakan enjin yang sama dengan Jazz Hybrid. Justeru itu, soal prestasi dan teknologi kedua kenderaan berkenaan tidak memiliki perbezaan yang signifikan.
Kuasa yang dihasilkan dari enjin City Hybrid memiliki persamaan dengan hamburan kuasa enjin 1.8 liter. Enjin sama yang dipakai oleh Civic generasi terdahulu.
Honda City Hybrid dijana oleh enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC bersama gabungan transmisi 7-kelajuan DCT (transmisi dual klac). Enjin bersama gabungan Integrated High Power Motor itu mampu menghasilkan kuasa 137PS dan tork maksimum 170Nm.
Di atas kertas, City Hybrid merekodkan kecekapan bahan api 3.9L/100km. Honda menggunakan bateri Lithium ion (Li-on) yang memiliki kapasiti tinggi dan lebih tahan lama bagi penghantaran kuasa lebih lancar.
CIRI PERALATAN:
Varian hibrid itu juga dilengkapi dengan pedal shifter bagi tukaran gear dengan hanya di hujung jari.
Ia juga dilengkapi dengan desain meter 3D yang merangkumi informasi aliran kuasa, meter sport, kecekapan bahan api, info pemanduan dan indikator ECO.
Lebih menarik City Hybrid juga mengekalkan ruang kargo 536 liter seperti varian petrol.
Selain itu, City Hybrid dipadankan dengan paparan audio 6.8 inci, panel sentuh bagi pendingin hawa, lampu nyalaan siang, lampu belakang LED dan rim aloi dua tona warna bersaiz 16 inci.
CIRI KESELAMATAN:
Demi ketenangan minda pemilik, Honda Malaysia menawarkan segudang peralatan keselamatan terdiri daripada empat beg udara, ABS, bantuan kestabilan kenderaan (VSA), paparan kamera undur dan signal berhenti kecemasan (ESS).
WARNA:
Lunar Silver Metallic (perak), Modern Steel Metallic (kelabu) dan White Orchid Pearl (putih).
WARANTI:
5 tahun bersama perbatuan 10,000km tanpa had perbatuan
HARGA:
Harga jualan Honda City Hybrid RM89, 200 seunit (tidak termasuk insurans)
Menunggang motosikal sememangnya menyeronokkan dan cukup berbeza berbanding memandu kereta. Pengalaman membawa kenderaan dua roda lebih mencabar dan memberikan panorama pemandangan yang jauh lebih bersifat intimasi.
Deruan angin menyapa wajah ketika menunggang motosikal sudah cukup memberikan keterujaan tersendiri. Namun anda harus sedar satu perkara iaitu risiko menunggang motosikal lebih tinggi memandu atau menggunakan berbanding kenderaan empat roda.
Apatah lagi jika anda ingin melakukan perjalanan jauh dengan menggunakan motosikal. Ia adalah satu cabaran yang lebih mencabar. Namun ia boleh dilakukan tapi haruslah disertakan dengan beberapa langkah keselamatan yang rapi.
Berikut merupakan beberapa tip dan persediaan untuk anda yang mungkin berkira-kira ingin melakukan perjalanan jauh dengan menggunakan motosikal.
Ini terutamanya bagi anda yang mempunyai masalah rabun. Jika anda rabun pastikan anda menggunakan cermin mata yang sesuai untuk dipakai. Atau boleh gunakan kanta lekap dengan syarat mempunyai perlindungan seperti visor ketika tunggangan motosikal.
Bagi perjalanan yang lebih ‘smooth’ tetapkanlah waktu bertolak yang sesuai dengan kondisi dan keadaan semasa. Ambil tahu tentang pola cuaca atau musim kawasan yang ingin dilalui agar perjalanan tidak terganggu dengan hujan lebat, angin kencang mahupun cuaca panas terlalu terik.
Perkara paling penting sebelum mulakan perjalanan adalah memastikan kondisi motosikal pada tahap terbaik. Sebelum mulakan perjalanan periksa keadaan tayar, rantai, minyak enjin, minyak 2T (jika menggunakan motosikal dua lejang), coolant, lampu isyarat bahagian depan dan belakang, lampu besar hadapan, lampu brek dan belakang, periksa keadaan cengkaman brek serta lain-lain komponen yang dirasakan perlu.
Perjalanan jauh menggunakan motosikal tidak sesuai untuk anda yang ingin sampai terlalu cepat ke destinasi. Tunggangan yang selamat ialah yang chill, relaks dan tidak terburu-buru. Diaebabkan itulah digalakkan untuk anda kerap berhenti rehat antara 3 hingga 5 kali. Ia juga bagi menyejukkan enjin motosikal dan memastikan ia tidak jammed.
Pastikan juga anda menyediakan kelengkapan dan peralatan mencukupi seperti baju hujan, sarung tangan, tuala kecil dan tidak lupa perlatan seperti pemutar skru, spanar dan alatan tambahan lain. Selain itu jika anda menggunakan tayar bukan jenis tubeless, bawalah tiub spare. Untuk tunggangan lebih baik gunakan topi keledar mempunyai visor atau anda boleh menggunakan googles. Pastikan juga anda memakai kasut yang sesuai dan selesa.
Jika anda berkonvoi, pastikan untuk jaga jarak antara satu sama lain. Jangan menunggang dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa untuk tunggangan lebih selamat. Komunikasi anda dan rakan-rakan juga sangat penting. Jadi biasakan diri berkomunikasi dengan baik dengan isyarat-isyarat tangan.
Jangan dilupakan juga untuk membawa wang tunai yang mencukupi. Bukan apa, risau jika motosikal berdepan kerosakan dan perlu masuk bengkel, anda tidaklah tergadah atau kalut mencari wang.
Semoga perkongsiaan ini memberikan anda pengalaman menunggang motosikal dengan lebih selamat dan tenang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.