Cermin mata hitam sering dianggap sebagai pelengkap gaya dalam dunia fesyen lelaki. Ia sering dipakai ketika bergambar, digayakan bersama pakaian harian dan dijadikan aksesori OOTD (outfit of the day) bagi menonjolkan aura maskulin yang bergaya. Namun, hakikatnya, fungsi utama cermin mata hitam jauh lebih besar daripada sekadar imej luaran. Ia merupakan pelindung penting untuk mata dan kesihatan mental, khususnya ketika berada di bawah pancaran matahari yang terik.
Dalam masyarakat hari ini, pemakaian cermin mata hitam semakin meluas dan boleh dilihat dalam kalangan pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak hingga ke warga emas. Walau bagaimanapun, segelintir individu masih menganggap cermin mata ini sebagai fesyen semata-mata, tanpa menyedari manfaat kesihatan yang terkandung di sebaliknya.
1. Lindungi Mata Daripada Sinaran UV Berbahaya
Mata merupakan antara organ paling sensitif pada tubuh manusia. Pendedahan berterusan kepada sinaran ultraviolet (UV) dari cahaya matahari boleh mengakibatkan kerosakan mata seperti katarak, kemerosotan makula (macular degeneration) dan kanser kelopak mata. Menurut pakar oftalmologi, pemakaian cermin mata hitam dengan perlindungan UV400 mampu menyekat hampir 100% sinaran UV, sekaligus membantu melindungi retina dan tisu sekeliling mata daripada kerosakan jangka panjang.
Ads
2. Kurangkan Silau & Lindungi Fokus Penglihatan
Silau yang berpunca daripada cahaya matahari atau permukaan berkilat seperti air dan jalan raya bukan sahaja mengganggu penglihatan, malah boleh menyebabkan ketegangan mata dan hilang fokus. Hal ini amat berbahaya terutamanya ketika memandu, bersukan atau menjalankan aktiviti luar. Penggunaan lensa polarized pada cermin mata hitam dapat membantu mengurangkan pantulan cahaya dan meningkatkan kejelasan visual, sekaligus menjadikan penglihatan lebih selesa dan stabil.
3. Elak Mata Kering & Iritasi Akibat Cuaca Panas
Cuaca panas dan angin yang kering boleh menyebabkan mata kehilangan kelembapan semula jadi, seterusnya mengakibatkan simptom mata kering seperti kegatalan, pedih dan kemerahan. Cermin mata hitam bertindak sebagai penghalang fizikal terhadap angin, habuk dan cahaya matahari, sekaligus membantu mengekalkan kelembapan mata serta mengurangkan risiko jangkitan.
Ads
4. Kurangkan Risiko Kedutan & Penuaan Awal di Sekitar Mata
Tanpa disedari, pendedahan mata kepada cahaya terang sering menyebabkan seseorang mengenyitkan mata secara refleks. Tindakan berulang ini menyumbang kepada pembentukan garis halus dan kedutan di sekitar mata. Penggunaan cermin mata hitam dapat mengurangkan keperluan untuk mengecilkan mata, sekaligus melindungi kulit nipis di sekeliling mata daripada proses penuaan awal.
5. Stabilkan Emosi & Kurangkan Kesan Stres Haba
Selain manfaat kepada mata, pemakaian cermin mata hitam juga memberi kesan langsung kepada kesihatan mental. Menurut Pakar Kesihatan Mental, Amirul Ramli, cuaca panas boleh mencetuskan stres haba yang meningkatkan hormon kortisol dalam badan. Keadaan ini boleh menyebabkan keresahan, cepat marah dan gangguan fokus. Dengan menyekat silauan dan pencahayaan melampau, cermin mata hitam berperanan dalam membantu menstabilkan emosi serta meningkatkan keselesaan mental ketika berada di bawah cuaca ekstrem.
Ads
Pelaburan Bijak Seorang Lelaki Maskulin
Pemakaian cermin mata hitam bukanlah semata-mata soal gaya. Ia merupakan satu bentuk perlindungan harian yang penting untuk setiap lelaki, khususnya yang aktif dengan rutin luar dan kerap terdedah kepada cahaya matahari. Lelaki yang bijak adalah mereka yang menjaga bukan sahaja penampilan, tetapi juga kesihatan organ penting seperti mata dan kulit wajah.
Oleh itu, pastikan anda memilih cermin mata hitam berkualiti dengan perlindungan UV yang mencukupi, serta bingkai yang sesuai dengan bentuk wajah. Ingat, pelaburan terbaik bukan hanya pada fesyen, tetapi pada fungsi.
Cermin mata hitam pelindung bergaya untuk lelaki moden.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sesiapa yang mengenali Bear Grylls pasti ingatan akan terus menerjah kepada lagak ngeri serta survival lasak menerusi program ‘Man vs Wild’yang sangat popular.
Bear Grylss atau nama sebenarnya Edward Micahel Grylls merupakan bekas tentera udara British dan pakar kelangsungan hidup atau survival. Penglibatannya dalam program realiti televisyen yang menampilkan teknik serta skil kelangsungan hidup membuatkan wajahnya sangat dikenali ramai.
Terbaru, jenama jam lasak atau ‘tool watch’ terkenal, Luminox mengumumkan kerjasama bersama Bear Grylls. Luminox merupakan pengeluar jam sangat tahan lasak dan imej itu sangat sesuai dengan Bear Grylls.
Sempena kerjasama ini mereka memperkenalkan Bear Grylls Survival Series. Koleksi ini dicipta bagi memberikan bantuan sewajarnya kepada pengembara lasak. Tidak kiralah sama ada menyelam ke dasar lautan sedalam 300 meter atau berdepan cuaca ekstrem di Kutub Utara, ia mempu bertahan dengan baik.
Pengenalan koleksi ini juga selaras dengan motto Luminox, ‘Every Second Count’ dan juga tagline Bear Grylss, ‘Never Give Up’.
Terdapat tiga versi berbeza menerusi koleksi ini iaitu Sea Series, Master Series dan Land Series. Buat penggemar jam Luminox, tempahan awal boleh dilakukan di laman sesawang rasmi Luminox.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahi lalat merupakan pertumbuhan bintik hitam pada kulit tak kira di mana saja. Kebanyakkan daripada mereka yang ingin melenyapkan tahi lalat memerlukan kos yang tinggi di pusat kecantikan atau di hospital sendiri. Setiap sorang pasti akan mempunyai 10 ke 40 tahi lalat pada badan, hidup ataupun tidak. Namun, ada beberapa cara tradisional yang anda boleh dapati di dalam dapur anda untuk membuang tahi lalat.
Bawang putih
Ada yang berpendapat bahawa bawang putih boleh menghilangkan tahi lalat pada kulit anda. Ini kerana bawang putih mengandungi enzim yang boleh membubarkan kluster sel yang menyebabkan tahi lalat.harus berhati-hati dalam menggosok bawang putih pada kulit anda, jika keterlaluan, ia akan menyebabkan kulit anda luka.
Campuran minyak Castor baking soda
Campurkan minyak Castor dan baking soda yang boleh membuang tahi lalat jika diamalkan selama beberapa minggu. Teori di sebalik ini adalah baking soda mengeringkan tahi lalat dan minyak kastor membantu melindungi kulit. Jadi ia akan hilang dengan senangnya.
Lodine
Anda boleh mendapatkan Iodine di farmasi dan lihatlah hasilnya selama beberapa minggu. Lodine boleh membakar kulit anda, jadi sebelum anda sapu di bahagian tahi lalat anda, sapu petroleum jelly untuk perlindungan kulit. Lodine merupakan toksik, jadi berhati-hati ketika menggunakannya. Jangan sekali-kali sapu pada kulit yang rosak.
Kentang
Kentang dianggap mempunyai kesan pemutihan semulajadi. Walaupun kentang tidak boleh mengeluarkan tahi lalat sepenuhnya, ia boleh membantu memudarkan tahi lalat jika diamalkan sepanjang masa.
Kulit Pisang
Kulit pisang mengandungi enzim dan asid tertentu yang sesetengah orang berfikir boleh membantu menghilangkan tahi lalat. Satu manfaat berpotensi menggunakan kulit pisang pada kulit ialah ia akan berfungsi sebagai pelembap.
Minyak kelapa
Minyak kelapa juga membantu kepada mereka yang ada masalah dengan kulit namun tiada kesahihan menunjukkan ia dapat membantu menghilangkan tahi lalat. Walau bagaimanapun, sesetengah orang percaya ia boleh mengurangkan saiz tahi lalat jika digunakan setiap hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa sempat tengok majlis perkahwinan diraja petang semalam. Jika anda peminat setia keluarga diraja England, anda pasti tahu yang anak ke dua mendiang Puteri Dayana Putera Harry telah pun selamat berkahwin dengan aktres Hollywood Meghan Markle. Jika anda menonton siaran langsung majlis tersebut, pasti anda akan sebak dengan keindahan Harry dan Maghan.Rata-rata yang menonton, melihat mimic mulut Putera Harry yang berkata “You look Amazing” cukup untuk membuktikan bahawa adik kepada Putera William itu bahagia dengan perkahwinan yang bakal ia tempuh.
https://www.youtube.com/watch?v=yDk8-t3pYe0
Pasangan pengantin ini akan memegang gelaran Duke and Duchess of Sussex. Terdahulu rakyat England berkumpul di perkarangan gereja St. George di England untuk menyaksikan majlis perkahwinan diraja ini yang dihadiri 600 para jemputan, 30 daripadanya merupakan keluarga diraja. Putera Harry 33 tahun dan Meghan Markle 36 tahun telah menjalinkan hubungan selama 16 bulan setelah bertemu dalam temu janji rahsia awal tahun lepas. Meghan merupakan seorang janda kepada penerbit Trevor Engelson, dan telah bercerai pada tahun 2011.
Tahniah buat pasangan ini!
*sumber: Skynews
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.