Anugerah Juara Lagu. Siapa yang tak excited untuk menonton anugerah yang sememangnya ‘berhantu’ sejak dulu lagi. Seperti yang kita sedia maklum, Anugerah Juara Lagu (AJL) mempertandingkan barisan artis yang dipilih berdasarkan sistem penjurian di Separuh Akhir Muzik-Muzik. Lagu-lagu yang dipertandingkan mempunyai keistimewaan masing-masing termasuklah dari segi susunan muzik, lirik lagu ataupun persembahannya.
Persembahan lagu tidak semestinya dinyanyikan oleh penyanyi asal dalam peringkat akhir Juara Lagu. Sekiranya penyanyi asal tidak boleh menyanyikannya, pencipta lagu perlu mencari pengganti jika tidak mahu menarik diri. Menariknya, ada peserta gantian yang berjaya memenangi mana-mana kategori dan pada tahun 2012, Aizat Amdan yang menggantikan Yuna Zarai menerusi lagu “Terukir Di Bintang” menjadi penyanyi gantian pertama yang memenangi anugerah utama AJL. Sempena meraikan AJL 32 yang bakal berlangsung pada Januari 2018 ini, jom kita tengok sama ada penyanyi original lagi best atau pun penggantinya dalam mendendangkan lagu yang berjaya ke AJL!
1986 – “Perjalananku” – Penyanyi asal Jamal Abdillah – Dinyanyikan Azman Abu Hassan
Berbeza. Bagi admin, sudah pasti penyanyi originalnya lebih ‘power’! Jamal Abdillah sendiri merupakan seorang penyanyi yang hebat dari lontaran vokalnya. Setiap kali Jamal membuat persembahan, pasti bisa memukau mata yang menonton. Mungkin lagu ini sudah sebati dengan telinga kita mendengar alunan merdu vokal Jamal dan susunan muzik indah dari lagu ini,Perjalananku. Namun persembahan Azman Abu Hassan tidak menghampakan, cumanya tidak menyengit seperti penyanyi asalnya.
1995 – “Kau dan Aku” – Penyanyi asal Ning Baizura -Dinyanyikan Kumpulan Kool
Menarik! Siapa yang tidak mengenali kumpulan Kool ini? Lincah dengan gaya tarian yang unik, menjadikan persembahan mereka ketika mendendangkan lagu ini tampil berbeza. Lagu Kau Dan Aku sangat popular pada era ini tambahan pula dengan lontaran suara soprano Ning Baizura, sangat cemerlang dalam menjadikan lagu pop balada ini hits! Namun, kumpulan Kool bijak dalam mempersembahkan lagu ini pada Anugerah Juara Lagu 95 dengan menukar sedikit rentak lagu ini ke melodi yang lebih rancak dan catchy! Di tambah pula dengan gaya tarian ala backstreet boys mereka yang sememangnya menjadi trademark kumpulan ini, sungguh sempurna! Jadi tidak hairanlah kenapa persembahan mereka diangkat sebagai pemenang pada AJL tahun 1995.
2007 – “Mahakarya Cinta” – Penyanyi asal Faizal Tahir – Dinyanyikan Fiq
Bagi admin, dua-dua punya aura tersendiri saat mendendangkan lagu ini. Kita pun tahu Faizal Tahir adalah seorang artis yang memiliki gaya nyanyian tersendiri. Bold dan sharp! Namakan satu lagu Faizal yang tidak pernah mengecewakan? Tiada! Sudah tentu ramai orang ingin melihat Faizal Tahir beraksi di pentas AJL kerana Faizal sendiri memang popular dengan gimik persembahan yang berbeza dan pastinya brilliant! Namun, memilih Fiq Mentor sebagai pengganti bukanlah pilihan yang salah. Malah, mencipta dua dimensi yang berbeza dalam corak lagu Maharkarya Cinta. Jika Faizal Tahir terkenal dengan suara rocknya serta bijak dalam menghasilkan struktur suara genre pop, Fiq pula hebat dalam menjadikan lagu ini versi heavy rock di mana ianya sangat sedap didengar! Fiq memang terkenal dengan lontaran suara yang tinggi. Jadi lagu ini bukanlah masalah untuk Fiq mencantikkan lagi bahasa melodi lagu ini.
Ads
2007 – “Kasih Tercipta” – Penyanyi asal Faizal Tahir – Dinyanyikan Bob
Untuk persembahan ini, admin lebih suka kepada penyanyi asalnya, Faizal Tahir kerana mungkin lagu ini sudah sebati dengan kelunakan vokal jantan Faizal Tahir itu sendiri. Vokal Faizal Tahir lebih kena dengan unsur misteri lagu ini. Namun, admin tidak pula mengatakan bahawa Bob membawanya dengan gagal. Tidak! Bob adalah artis yang versatil. Bagi saja lagu apa yang kamu mahu, pasti Bob menyanyikannya dengan cemerlang. Cumanya, suara lunak Bob mungkin tidak kena dengan susun atur lagu ini. Original penyanyinya, vokal Faizal Tahir lebih kasar dan punya elemen rock itu sendiri. Sementara itu pula Bob mempersembahkannya dengan nada pop yang lebih balada. Jadi terpulang kepada pendengar mahu memilih yang mana satu.
2011 – “Sedetik Lebih” – Penyanyi asal Anuar Zain – Dinyanyikan oleh Jaclyn Victor
Nyanyian Jac untuk persembahan ini mendapat pujian netizen. Nah! Kalau bercakap mengenai penyanyi yang memiliki vokal setinggi awan ini, pastinya semuanya positif! Siapa yang bisa mengatakan vokal Jaclyn Victor ini kurang sempurna? Check dahulu pendengaran kamu. Untuk lagu ini, sudah pasti Jaclyn Victor membawanya dengan baik dan mungkin lebih hebat dari penyanyi asalnya sendiri, Anuar Zain. Sorry Anuar! Tetapi, admin lebih merasakan bahawa rentak melodi ini memang ‘makanan’ Jac!
Ads
2012 – “Terukir Di Bintang” – Penyanyi asal Yuna Zarai – Dinyanyikan oleh Aizat Amdan
Lagu ini sendiri sudah ‘berhantu’. Susunan muzik yang indah, persis di Paris, juga lirik ringkas yang mudah difahami namun bererti, semuanya lengkap! Suara gemersik Yuna dalam menyampaikan lagu ini bisa membawa kamu ke alam percintaan di kota Paris. Majoriti rakyat kita sukakan lagu ini, especially kepada mereka yang tengah hangat bercinta. Namun, sayangnya, pada masa ini Yuna ada tugas yang harus dilakukan di US. Tidak mengapa Yuna. Kami faham! Pemilihan penyanyi Aizat sebagai pengganti untuk menyanyikan lagu ini adalah tepat berbanding dengan pilihan mereka sebelum itu. Namun, persembahan Aizat pada malam AJL ketika itu tidaklah WOW! cumanya baik sahaja. Namun, juri melihatkan gerak gaya Aizat yang bersahaja dengan iringan muzik yang indah mencantikkan lagi lenggok persembahan lagu Terukir Di Bintang ini. Siapa sangka, persembahan Aizat ini menjulang kemenangan dengan memenangi anugerah keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke 27! Well done Aizat and The Palauans!
2014 – “Lelaki” – Penyanyi asal Yuna Zarai – Dinyanyikan oleh Najwa Mahiaddin & The Palauans
Ads
Seperti tahun yang sebelumnya, Yuna tidak bisa bertanding untuk AJL ke 29 atas sebab urusan kerjanya di US. Namun, lagu Lelaki yang tengah hits pada masa itu tidak mati begitu sahaja apabila penyanyi hebat Najwa Mahiaddin dipilih sebagai penggantinya. Penyanyi bergenre jazz dan soul ini bijak dalam mengemudi lagu ini untuk jadi lebih agresif dalam penyampaian single Lelaki ini. Biarpun rentak melodinya lebih ‘ganas’ dan punya elemen rock sedikit berbanding dengan melodi asalnya, Najwa kelihatan selesa dalam menyampaikan lagu ini versinya sendiri. Nah! Rata-rata penonton ketika itu terpukau dan memuji kehebatan vokal Najwa! Ada yang menyifatkan bahawa nyanyian Najwa lebih baik daripada penyanyi asalnya Yuna. Namun, bagi admin, dua-dua memiliki gaya tersendiri dalam mendendangkan lagu Lelaki ini. Bukan mudah sebenarnya dalam menyusun atur corak suara untuk lagu ini. Jadi, dua-duanya hebat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Warna biru navy sering menjadi pilihan utama lelaki kerana ia merupakan warna yang klasik dan mudah dipadankan. Namun, terdapat pelbagai warna lain yang juga boleh memberikan penampilan yang segak dan bergaya. Berikut adalah beberapa pilihan warna pakaian yang boleh dicuba oleh lelaki untuk memperbaharui gaya mereka:
1. Kelabu Arang (Charcoal Grey)
Foto: Contoh pakaian berwarna kelabu arang (Sumber: Google)
Kelabu arang adalah warna yang neutral dan versatil. Ia memberikan penampilan yang sofistikated dan profesional. Kelabu arang juga mudah dipadankan dengan pelbagai warna lain seperti putih, hitam, atau warna-warna terang. Pakaian seperti suit atau blazer dalam warna kelabu arang boleh memberikan lelaki aura kepercayaan diri dan ketegasan.
2. Hijau Zaitun (Olive Green)
Foto: Contoh pakaian berwarna hijau zaitun (Sumber: Google)
Hijau zaitun adalah warna yang semakin popular dalam dunia fesyen lelaki. Ia merupakan warna yang hangat dan natural, sesuai untuk penampilan kasual dan semi-formal. Jaket atau seluar dalam warna hijau zaitun boleh memberikan sentuhan maskulin dan elegan pada gaya anda. Ia juga sesuai dipadankan dengan warna neutral seperti beige atau coklat.
3. Merah Manggis (Maroon)
Foto: Contoh pakaian berwarna merah manggis (Sumber: Google)
Merah manggis atau lebih dikenali sebagai maroon adalah warna yang berani dan menarik perhatian. Ia memberikan penampilan yang mewah dan eksklusif. Warna ini sesuai untuk pakaian formal seperti kemeja atau blazer, terutamanya untuk majlis malam. Merah maroon boleh digabungkan dengan warna neutral seperti hitam atau putih untuk penampilan yang lebih seimbang dan menawan.
4. Coklat Gelap (Dark Brown)
Foto: Contoh pakaian berwarna coklat gelap (Sumber: Google)
Coklat gelap adalah warna yang sering diabaikan tetapi sangat bergaya. Ia memberikan rasa kehangatan dan kekukuhan. Jaket kulit atau kasut dalam warna coklat gelap boleh memberikan penampilan yang klasik dan timeless. Coklat gelap juga mudah dipadankan dengan warna lain seperti hijau, kelabu, atau biru.
5. Biru Kelasi (Sailor Blue)
Foto: Contoh pakaian berwarna biru kelasi (Sumber: Google)
Seakan-akan biru navy menjadikan biru kelasi sebagai alternatif terbaik. Warna ini sedikit lebih cerah tetapi tetap memberikan penampilan yang profesional dan sofistikated. Ia sesuai untuk pakaian kasual dan formal, seperti blazer atau kemeja. Biru kelasi boleh dipadankan dengan warna neutral seperti putih atau kelabu untuk penampilan yang bersih dan kemas.
6. Beige
Foto: Contoh pakaian berwarna beige (Sumber: Google)
Beige adalah warna yang lembut dan neutral, sesuai untuk penampilan yang minimalis dan moden. Pakaian seperti seluar chino atau blazer dalam warna beige boleh memberikan penampilan yang segar dan elegan. Beige juga mudah dipadankan dengan pelbagai warna lain, menjadikannya pilihan yang versatil.
Memperbaharui gaya dengan mencuba warna-warna alternatif ini bukan sahaja memberikan penampilan yang lebih segar dan menarik tetapi juga menunjukkan keberanian dan kreativiti dalam berfesyen. Jadi, jangan takut untuk keluar dari zon selesa anda dan mencuba warna-warna baru yang boleh memberikan impak besar pada penampilan anda.
Dalam kehidupan berumah tangga, pasti ada cabaran dan ujian yang datang tanpa dijangka.
Salah satu cabaran yang sering dihadapi oleh para suami ialah apabila isteri mempunyai sifat yang kuat melawan dan penuh emosi. Namun, seorang suami yang baik akan tahu bahawa kesabaran dan pendekatan yang bijak adalah kunci untuk mendidik dan membantu isteri menjadi lebih tenang dan harmoni dalam hubungan.
suami
Mengapa Wanita Penuh Emosi?
Wanita secara semula jadi mempunyai emosi yang lebih halus dan sensitif. Mereka mudah tersentuh dan sering kali bereaksi terhadap persekitaran mereka dengan emosi. Faktor biologi, seperti hormon, serta pengalaman hidup dan tekanan sehari-hari juga boleh mempengaruhi emosi wanita.
Kadangkala, keletihan, tekanan kerja, dan masalah kecil boleh membuatkan mereka terasa tertekan. Oleh itu, memahami emosi isteri adalah langkah pertama bagi suami untuk menangani situasi ini dengan bijak.
Sabar Adalah Kunci
Untuk suami, sikap sabar adalah elemen utama dalam mendidik isteri yang sering melawan atau mempunyai emosi yang kuat. Suami yang bersabar dapat memahami bahawa isteri mungkin bukan melawan kerana tidak menghormati, tetapi kerana dia mungkin ingin didengari atau mengungkapkan perasaannya. Sikap yang tenang dan sabar akan menunjukkan kepada isteri bahawa suami menghargai pendapat dan perasaannya.
Apabila isteri mula bersikap tegas atau beremosi, suami harus mengawal perasaan sendiri dan mengelakkan daripada terus melawan atau memarahi. Sebaliknya, berikan ruang kepada isteri untuk meluahkan perasaannya. Ini bukan sahaja membantu meredakan ketegangan tetapi juga memberi isteri keyakinan bahawa suami memahami perasaannya.
Memahami Keperluan Emosi Isteri
Salah satu sebab isteri mungkin menunjukkan sikap melawan adalah kerana rasa tidak dipedulikan. Kadang-kala, wanita hanya ingin didengari dan disayangi. Meluangkan masa untuk mendengar, memberi perhatian, dan menunjukkan kasih sayang adalah cara efektif untuk mengurangkan sikap isteri yang kuat melawan.
Bagi suami, cuba untuk memahami apa yang isteri perlukan dari segi emosi. Berbual dari hati ke hati, mendengar dengan ikhlas, dan memberikan sokongan moral dapat membantu isteri merasa lebih dihargai dan difahami.
Cara Berkomunikasi yang Betul
Komunikasi yang berkesan adalah asas dalam menyelesaikan isu emosi dalam rumah tangga. Jika suami ingin mendidik isteri yang kuat melawan, mereka harus belajar cara berkomunikasi dengan cara yang tenang, jelas, dan hormat.
Gunakan nada suara yang rendah dan kata-kata yang lembut apabila berbicara dengan isteri, terutama ketika dia sedang beremosi. Elakkan mengkritik atau menyalahkan isteri secara langsung kerana ini hanya akan membuatkan keadaan menjadi lebih tegang.
Berikan isteri masa untuk bercakap dan luahkan apa yang ada di dalam hati. Selepas itu, barulah suami boleh memberikan pandangan dengan cara yang baik dan tidak mengguris perasaannya. Apabila suami menunjukkan sikap hormat, isteri akan lebih cenderung untuk mendengar dan menerima nasihat.
Bantuan Profesional
Jika keadaan emosi isteri terlalu berlebihan sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangga, mungkin sudah tiba masa untuk mendapatkan bantuan profesional. Terapi kaunseling boleh membantu isteri mengawal emosinya dan memberikan panduan kepada pasangan dalam menangani isu ini dengan lebih baik.
Kesabaran, komunikasi yang berkesan dan berterusan adalah kunci untuk membina rumah tangga yang harmoni dan bahagia.
Sama ada anda membesar pada era tahun 80-an atau 90-an, nama Hulk Hogan rasanya tidak perlu lagi MASKULIN perkenalkan.
Figura berbadan sado yang kini dianggap di antara legenda gusti paling ikonik sepanjang zaman ini merupakan penggusti yang paling popular pernah dilahirkan oleh industri hiburan gusti di Amerika Syarikat.
Walaupun telah bersara dari arena gusti pada tahun 2012, Hulk Hogan atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea masih lagi memainkan peranan cukup penting dalam terus mempromosikan gusti.
Namanya pada hari ini kembali menjadi sebutan ramai selepas Hulk Hogan dilaporkan telah berkahwin dengan pasangan pilihannya. Ia merupakan perkahwinannya yang ketiga buat Hulk Hogan yang kini sudah berusia 70 tahun.
Memetik laporan TMZ, Hulk Hogan melangsungkan perkahwinan di dalam sebuah acara yang cukup ringkas bersama seorang wanita bernama Sky Daily di Florida. Ia juga dilaporkan hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat mereka yang terdekat sahaja.
Green Pearl Photography
Menerusi foto yang diperolehi oleh TMZ, Hulk Hogan tampil kelihatan segak mengenakkan tuksedo hitam yang digayakan bersama bandana, trademark popularnya sejak sekian lama. Manakala pasangannya pula, Sky Daily tampil anggun dengan busana perkahwinan putih.
Hulk Hogan dan Sky Daily, seorang pengajar yoga dan akauntan, telah bertunang sejak Julai lalu. Dia telah melamarnya dengan cincin pertunangan berlian enam karat bernilai USD100,000 di sebuah restoran di Tampa, Florida.
Umum mengetahui bahawa legenda gusti tersebut mula berkenalan dengan Sky Daily selepas perceraiannya dengan isteri keduanya, Jennifer McDaniel hampir setahun lalu.
Pasangan ini pertama kali dilihat bersama di belakang pentas semasa konsert penyanyi Amerika, Bret Michael pada 26 Februari 2022. Sejak mereka mula berkenalan rapat, ahli gusti legenda ini secara terbuka berkongsi hubungan mereka di media sosial secara tak langsung memberikan gambaran tentang hubungan mereka.
Perkahwinan Hulk Hogan sebelum ini dengan Jennifer McDaniel berlangsung dari 2010 hingga 2021 dan sebelum itu, dia telah berkahwin dengan isteri pertamanya, Linda Hogan, dari 1983 hingga 2009.
Hulk Hogan mempunyai dua orang anak sendiri dari perkahwinannya selama 26 tahun dengan isteri pertamanya. Sementara itu, Sky Daily juga pernah bercerai sebanyak dua kali, mempunyai seorang anak perempuan berusia sembilan tahun dan lelaki berusia 14 dan 16 tahun.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.