Honda Malaysia secara rasmi melancarkan Civic Baharu, membawa inovasi teknologi ke tahap baharu dalam segmen sedan C.
Model ini dilengkapi dengan Google Built-In, reka bentuk terkini dan prestasi hibrid yang cemerlang, menjadikan setiap pemanduan lebih mengujakan.
Reka Bentuk Terkini dengan Warna Eksklusif
Civic Baharu tampil dengan kehadiran yang lebih berani. Varian e:HEV RS kini menampilkan gril berwarna badan dan rim aloi matte kelabu 18 inci.
Varian RS Petrol pula hadir dengan gril hitam untuk rupa yang sporty. Warna baharu Canyon River Blue Metallic juga diperkenalkan buat pertama kali, bersama empat pilihan warna lain.
Prestasi Cemerlang dengan Dua Pilihan Enjin
Varian e:HEV RS dikuasakan oleh enjin 2.0L e:HEV yang menghasilkan 184PS dan 315Nm, dengan transmisi e-CVT yang efisien.
Bagi peminat prestasi, varian RS Petrol menawarkan enjin 1.5L VTEC Turbocharged dengan kuasa 182PS dan 240Nm, memastikan pengalaman pemanduan yang mengujakan.
Ads
Teknologi Google Built-In dan Honda CONNECT
Teknologi Google Built-In membolehkan pengguna mengakses Google Assistant, Google Maps dan Google Play secara langsung dari paparan 9 inci.
Pemandu boleh menggunakan arahan suara untuk navigasi, kawalan penghawa dingin dan banyak lagi.
Honda CONNECT kini dilengkapi ciri baharu seperti fungsi Light & Horn untuk memudahkan mencari kenderaan.
Ads
Selain itu, RS e:HEV menampilkan paparan meter TFT 10.2 inci dan kad kunci pintar yang menambah keselesaan.
Keselamatan Terjamin dengan Honda SENSING
Keselamatan menjadi keutamaan dengan teknologi Honda SENSING yang disediakan standard.
Sistem ini termasuk Adaptive Cruise Control, Collision Mitigation Braking System dan Lane Keep Assist, antara lain.
Ads
Harga dan Sasaran Jualan
Civic Baharu ditawarkan pada harga bermula RM133,900 hingga RM167,900 bergantung pada varian.
Honda Malaysia mensasarkan jualan bulanan sebanyak 1,000 unit dan berhasrat mengekalkan kedudukan dalam segmen C bukan nasional.
Untuk maklumat lanjut atau penjadualan pandu uji, pelanggan boleh melawat pusat jualan Honda atau laman web rasmi Honda Malaysia.
Dengan inovasi termaju dan gaya premium, Civic Baharu menetapkan penanda aras baharu dalam segmen sedan C.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Informasi terbaru mengenai model MPV (kenderaan pelbagai guna) kompak milik Mitsubishi nampaknya kembali bocor. Kali ini, brosur model tersebut terlepas ke tangan media Indonesia sebelum rasmi dilancarkan secara global pada Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) Ke-25 (10-20 Ogos).
Merujuk kepada brosur berkenaan, pesaing kepada Toyota Avanza itu diberi nama sebagai “Xpander” dan bukan “Expander” seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Sebutan yang sama namun ejaan berbeza. Perkataan Xpander itu boleh dilihat pada bahagian nombor plat kenderaan dalam brosur tersebut.
Sebelum ini, pihak Mitsubishi Motor Corporation (MMC) hanya menggelar MPV tersebut dengan julukan ‘Mitsubishi Next-Generation MPV’ pada majlis pendedahan imej rasmi model berkenaan.
Mitsubishi memilih enjin 1.5 liter yang menggunakan teknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) untuk menggerakkan MPV tujuh kerusi berkenaan.
Penghantaran kuasa ke roda depan dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan automatik atau 5-kelajuan manual.
Anggaran harga Mitsubishi Xpander bermula dari Rp189 juta (RM 60,480) sehingga Rp246 juta (RM 78,720).
Pada majlis pelancaran model Jazz Hybrid dan Jazz facelift yang berlangsung semalam, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi mengumumkan bahawa Honda Malaysia akan melancarkan dua lagi model baharu pada tahun ini.
Melalui hasil risikan penulis, difahamkan model terakhir yang bakal menyusul ke pasaran tempatan ialah Civic Type-R.
Sebelum ini, penulis ada menerima khabar dari pihak pusat jualan Honda yang menyatakan model Civic Type-R akan dibawa masuk.
Namun, berita yang diterima itu tidak dapat disahkan kerana pada awalnya Honda Malaysia hanya merancang membawa masuk empat model.
Setelah berbual panjang dengan sumber dalaman dari Honda Malaysia semalam, model tersebut dikhabarkan akan diperkenalkan selepas model CR-V.
Bagaimanapun, pihak Honda Malaysia masih dalam proses perancangan dan perbincangan. Pengedar rasmi jenama Honda di pasaran tempatan itu masih meneliti harga jualan yang ideal bagi model tersebut.
Ini kerana sekiranya model berprestasi itu di bawa masuk, anggaran harga jualan pasti akan melebihi RM300,000.
Maka, pihak Honda Malaysia masih melakukan hitungan. Menurut sumber, pihaknya cuba untuk memastikan harga jualan model tersebut di bawah RM300,000.
Kemungkinan bilangan Civic Type R yang bakal dibawa masuk adalah terhad, iaitu di bawah 100 unit. Untuk makluman, model berkenaan akan diimport dari Sweden.
Sekiranya model tersebut dibawa masuk, Malaysia akan menjadi antara negara terawal yang menerima jentera tersebut di pasaran Asia Tenggara.
Jentera prestasi milik Honda itu dijana oleh enjin berprestasi tinggi VTEC Turbo bersesaran 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 306hp dan tork 400Nm.
Menjadi pengguna jalan raya di Malaysia bukan sekadar memegang stereng, menunggang motosikal atau melintas jalan. Ia datang dengan tanggungjawab – dan juga hak yang perlu anda tahu. Lelaki sejati bukan hanya berani di jalan, tetapi juga bijak mempertahankan haknya apabila berdepan situasi luar jangka.
Ramai yang tidak sedar, sebagai pemandu, penunggang atau pejalan kaki, anda sebenarnya dilindungi oleh undang-undang. Sama ada melibatkan saman, tuntutan insurans atau penahanan oleh pihak berkuasa, mengetahui hak anda boleh mengelakkan diri daripada ditindas atau ditipu.
Sekatan jalan raya mesti dilakukan dengan tujuan yang sah. Jika anda ditahan oleh anggota tidak beruniform, minta mereka tunjukkan kad kuasa. Ingat, kad biru sah, kad merah bermakna anggota digantung tugas.
Jangan gentar jika anda yakin tidak bersalah. Polis wajib maklumkan kesalahan sebelum menahan anda. Anda juga berhak hubungi keluarga atau peguam, dan tidak boleh ditahan lebih 24 jam tanpa perintah mahkamah.
Untuk kaum hawa, hanya anggota wanita yang dibenarkan melakukan pemeriksaan tubuh. Anda berhak menolak jika ia dilakukan oleh anggota lelaki.
Tiada undang-undang yang melarang anda merakam video ketika berurusan dengan polis, asalkan tidak mengganggu tugas mereka. Rakaman boleh jadi bukti penting.
Jangan terjebak dengan rasuah. Jika diminta bayar untuk elak saman, tolak dengan tegas. Anda berhak menuntut saman sah berserta butiran pegawai bertugas.
Jika berlaku kemalangan, buat laporan dalam tempoh 24 jam. Laporan ini penting untuk menuntut insurans, kos rawatan dan pampasan.
Selepas kemalangan, anda tidak wajib ikut trak tunda yang muncul entah dari mana. Hubungi syarikat insurans anda untuk trak tunda percuma yang dijamin selamat.
Jika kenderaan anda rosak akibat jalan berlubang, anda boleh tuntut ganti rugi daripada JKR atau pihak berkuasa. Syaratnya: ambil gambar bukti dan simpan resit pembaikan.
Tol yang anda bayar datang dengan hak untuk menerima bantuan kecemasan percuma. Hubungi hotline lebuh raya atau guna telefon kecemasan untuk bantuan 24 jam.
Sebagai pemandu, anda wajib berhenti di lintasan pejalan kaki. Abaikan peraturan ini, anda bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh membahayakan nyawa.
Hak pengguna jalan raya bukan sekadar teori – ia adalah perisai undang-undang untuk melindungi anda dan keluarga. Sebagai lelaki, anda perlu cakna, berani bersuara, dan tahu bila untuk bertindak. Ingat, jalan raya adalah ruang yang dikongsi bersama. Jadi hormati hak orang lain, dan pertahankan hak anda dengan matang.
Tip Maskulin: “Jangan jadi pemandu yang sekadar pandai tekan minyak. Jadi lelaki yang bijak, tahu hak, dan berani pertahankan kebenaran.”
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.