Umum mengetahui yang menjadi seorang penggemar mengumpul barangan (collector) merupakan suatu hobi yang mahal. Apa tidaknya, kebanyakan barangan yang dikumpul merupakan keluaran edisi terhad yang sukar ditemui dan harganya boleh mencecah ribuan ringgit.

Namun bagi Adam John, 38, dia tidak kisah berbelanja besar demi mendapatkan barangan tersebut kerana baginya hobi ini juga merupakan suatu pelaburan memandangkan harganya akan meningkat jika dijual semula.

Bagaimanapun, pelaburan bukanlah tujuan utama Adam berkecimpung di dalam hobi ini, demikian katanya ketika ditemui Maskulin.

“Orang tak faham sebab pada pandangan mereka, kita beli barang mainan, barangan untuk kanak-kanak… Kami (collector) sebenarnya bukan fikir investment sangat, kami beli ‘memori’,” jelas Adam.

Antara koleksi barangan dimiliki Adam terdiri daripada figura-figura filem dan kartun, kaset, pita video, komik, yang mana kebanyakannya daripada filem Star Wars yang begitu diminatinya.

Selain itu, Adam turut mengumpul barangan muzik seperti gitar dan kayu dram.

90-an, “The Golden Era of Cartoons and Movies

Mengulas lanjut, Adam menjelaskan yang individu dengan hobi mengumpul barangan ini kebanyakannya terdiri daripada mereka yang membesar pada tahun 90-an kerana baginya, tahun berkenaan merupakan “the golden era of cartoons and movies“.

IKLAN

“Tahun 90-an itulah kemuncak filem, kemuncak muzik, kemuncak industri komik. Even dalam Malaysia pun, keluar majalah Ujang. Memang semua era yang sama, era 90-an.

“Pada zaman itu belum ada internet, sumber maklumat semua datang daripada benda-benda yang berbentuk fizikal seperti buku dan majalah. Jadi, kena keluar pergi beli. Kalau muzik pun kena keluar pergi beli kaset, beli CD. Peminat filem pula, kena keluar pergi sewa video tape.

Adam yang juga terkenal di Tiktok menerusi akaun @TheAdamJohnShow dengan lebih 340,000 pengikut itu menyifatkan yang sebagai kanak-kanak di era 90-an, dia dididik untuk menyukai barangan yang berbentuk fizikal.

“Kalau sekarang kalau tak beli boleh buka dekat Youtube. Macam dulu, kalau kau tak keluar pergi beli, kau tak dapat barang itu,” tambahnya.

IKLAN

Kumpul Barang Dari Kecil

Ditanya bagaimanakah mula tercetusnya hobi ini, Adam menyifatkan yang rancangan-rancangan yang mewarnai zaman kanak-kanaknya lah yang mencungkil minatnya untuk mengumpul barangan.

“Dari kecil lagi saya dah terdedah dengan filem-filem dan kartun-kartun daripada Hollywood, Jepun.

Even dekat TV kita (tempatan), TV1, TV2, TV3 memang banyak kartun-kartun dari US dan Jepun yang best-best

IKLAN

“Segala kartun dan movie ni semua pula melahirkan merchandise, ada toys dia, ada komik, ada poster. Jadi dari situlah saya start minat mengumpul,” katanya.

Namun sebagai seorang kanak-kanak yang masih bersekolah rendah ketika itu, Adam tidak mempunyai wang sendiri untuk membeli barangan idamannya.

“Jadi mengharapkan hadiah-hadiah daripada uncle, aunty, atuk, nenek, bapa kan… Masa zaman itu memang tak mampulah nak beli sendiri, kecuali dapat duit raya lah,” katanya sambil berseloroh.

Oleh itu, sejak kecil lagi Adam sentiasa menjaga barangan yang diterimanya dengan begitu rapi dan tidak pernah sesekalipun akan bermain dengan mana-mana barang permainan sehingga rosak.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hobi Adam John ini, tonton video penuh di saluran Youtube Maskulin dan jangan lupa subscribe untuk lebih banyak video yang menarik.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI