Sebuah lagi francais filem futuristik komedi popular kini menerima sentuhan terkini dengan barisan pelakon-pelakon baru.

Jika sebelum ini nama Will Smith cukup sinonim dengan karakter Ejen J dalam tiga buah filem ‘Men In Black’, kini tiba giliran Chris Hemsworth memegang watak utama. Kejayaan besar dalam tiga buah filem ini memberikan satu tanggungjawab cukup besar buat pelakon yang sebelum ini dikenali dengan watak hebatnya menerusi filem-filem Marvel, Thor.

Chris bakal memegang watak sebagai Ejen H, seorang perisik terhebat Men In Black cawangan United Kingdom. Dalam pada masa yang sama, Ejen H terpaksa bekerjasama dengan seorang ejen wanita baru yang dikenali sebagai Ejen M. Karakter ini dilakonkan oleh Tessa Thompson yang turut muncul sebelum ini dalam filem ‘Thor: Ragnarok’.

Bersama-sama mereka merantau ke seluruh benua bagi menyelesaikan pelbagai misteri serta ancaman daripada makhluk asing yang mengancam bukan sahaja keselamatan bumi malah alam semesta.

[CONTEST] Saksikan Chris Hemsworth Gasak Alien Dalam ‘Men In Black: International’
Chris Hemsworth dan Tessa Thompson sekali lagi berganding bahu sebagai teraju utama dalam filem sains fiksyen hebat.

Menerusi satu temu bual bersama Entertainment Weekly, Chris menyatakan pengalaman membawakan watak ini jauh berbeza dengan watak Thor. Aksi lagak ngeri dalam filem Thor agak rumit dan di luar imaginasi normal. Manakala untuk watak Ejen H, segala aksi tampak lebih realistik.

IKLAN

Selain mereka berdua antara pelakon-pelakon hebat membintangi filem ini ialah Liam Neeson, Rebecca Ferguson, Kumail Nanjiani dan Emma Thompson.

[CONTEST] Saksikan Chris Hemsworth Gasak Alien Dalam ‘Men In Black: International’

Filem ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula pada 13 Jun 2019. Buat anda yang ingin menjadi antara orang paling awal menyaksikan filem ini, jom sertai peraduan di bawah! Menangi 40 pas tayangan premier bersama MASKULIN!

IKLAN

Tarikh Tayangan: 11 JUN 2019

Masa: 9 malam

IKLAN

Lokasi: GSC 1 Utama

PERADUAN MASKULIN x MEN IN BLACK: INTERNATIONAL    
[CONTEST] Saksikan Chris Hemsworth Gasak Alien Dalam ‘Men In Black: International’

Menangi juga barangan eksklusif ‘MEN IN BLACK: INTERNATIONAL’.

  • 2     x Limited Edition ‘Men in Black: International’ Decals
  • 2     x Limited Edition ‘Men in Black: International’ Pawny Magnet
  • 2     x Limited Edition ‘Men in Black: International’ Pin Badge
  • 2     x Limited Edition ‘Men in Black: International’ Pawny Figurine
  • 1     x Limited Edition ‘Men in Black: International’ RFID Wallet
  • 1     x Limited Edition ‘Men in Black: International’ Water Bottle
  • 3     x Limited Edition ‘Men in Black: International’ T-shirts

[CONTEST] Saksikan Chris Hemsworth Gasak Alien Dalam ‘Men In Black: International’

Caranya:

  1. Muat naik foto atau video paling kreatif bertemakan makhluk asing di Instagram.
  2. Tag akauan Instagram @MASKULINmag
  3. Sertakan hashtag #maskulin #majalahmaskulin #MIBinternationalMY

Pemenang akan dipilih berdasarkan posting paling kreatif.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI