
RIYADH – Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan haji dan umrah sehingga wabak Covid-19 dapat dikawal.
Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten, berkata Arab Saudi bersedia menerima jemaah haji dan umrah namun dalam keadaan dunia berdepan wabak Covid-19, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam.
“Arab Saudi bersedia sepenuhnya untuk menerima jemaah haji dan umrah. Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai pandemik global, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam serta rakyat.
“Oleh itu, kita meminta umat Islam di semua negara untuk menunggu sebelum melakukan haji sehingga keadaannya jelas,” katanya kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu.
Bulan lepas, Arab Saudi menghentikan kemasukan jemaah umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19.
Kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Makkah dan Madinah untuk ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai.
Sumber: AFP via Sinar Harian
Amalkan 6 Formula Berdoa Ini Untuk Ubah Kehidupan Anda Jadi Lebih Baik!

Pastikan anda tahu cara berdoa yang betul agar doa anda mudah dimakbulkan. Tidak dinafikan betapa besarnya kuasa sebuah doa. Berdoa adalah salah satu senjata paling mujarab bagi umat Islam untuk mengharapkan sesuatu kepada Allah SWT.
Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa hendak mendapatkan kesenangan padanya ketika ia mengalami penderitaan dan kesusahan kerana doanya diperkenankan Allah, maka hendaklah ia memperbanyakkan berdoa ketika berada dalam keadaan yang masih baik (senang).” (HR. Tirmidzi).
Jadi bagaimana cara berdoa yang boleh mengubah kehidupan kita menjadi bertambah baik?
Tip daripada pengguna Facebook, Intan Mdsah ini boleh anda jadikan amalan. Dengan menukar cara berdoa mengikut 6 formula ini, mudah-mudahan Allah SWT akan mudah memakbulkan doa kita.
Ini perkongsian bermanfaatnya.
BACA: Yakin & Percayalah, Amalan Doa Menjemput Rezeki Ini Jadikan Duit Anda Sentiasa Tak Putus!
TUKAR CARA BERDOA
Moga sahabat yang membaca beroleh manfaat yang sebanyaknya. In shaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Inshaa Allah.
FORMULA 1
Sebelum ini kita selalu berdoa, “Ya Allah berikanlah aku kekuatan.” Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Faham faham?
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah, “Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku.”
FORMULA 2
Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, “Ya Allah BERILAH aku.”
Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu, “Ya Allah KURNIAKANLAH aku.”
Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.
FORMULA 3
Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, “Semoga DIMURAHKAN rezeki.”
Selepas ini, latihkan baca doa begini: “Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
BACA: Berdoalah Sebelum Berbuka Puasa Kerana Waktu Ini Doa Tidak Akan Ditolak Allah SWT!
FORMULA 4
Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah” dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.
Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta pada-Nya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:
“Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan Ya Allah.
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku Ya Allah, maka kurniakanlah.
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku Ya Allah.
Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.
Amin Ya Mujib.”
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.
FORMULA 5
Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah beri. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yang sudah ada di hadapan kita.
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yang Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi. Sebagai contoh:
“Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepadaMu. Dan redhalah kepadaku Ya Allah.”
FORMULA 6
Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita. Satu contoh,
“Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan Ya Allah. Bantulah dia Ya Allah, lapangkan kesulitannya. Permudahkan perjalanan hidupnya Ya Allah.”
Moga bermanfaat.
Lelaki 20an Nikahi Nenek 65 Tahun Dalam Majlis Besar-Besaran

SEORANG pemuda berusia 20 tahun melamar dan bernikah dengan warga emas berusia 65 tahun. Mungkin inilah yang dinamakan cinta itu buta tanpa mengenal usia dan rupa
Inade dan Muhammad Idris bernikah pada 24 Oktober lalu dalam satu majlis besar-besaran yang diadakan di kediaman Inade di Sidrap, Sulawesi Selatan. Ramai tetamu hadir untuk menyaksikan pengantin berbeza generasi ini, malah mereka juga tidak lupa untuk bergambar dengan pasangan yang mempunyai perbezaan usia 45 tahun ini.
Mementik laporan TribunSidrap.com, Inade mengaku menerima pinangan Idris selepas berkenalan dengannya dalam tempoh lebih kurang sebulan.
Idris ketika itu bekerja sebagai pemetik cengkih di kebun miliknya di Suli, Kabupaten Luwu . Inade sememangnya dikenali sebagai individu yang memiliki kebun cengkih yang sangat luas di kawasan tersebut.
“Sebulan yang lalu kami saling kenal. Selepas itu dia datang melamar bersama keluarganya ke Sidrap,” kata Inade.
“Kami memang saling mencintai. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh,” katanya memetik Liputan6.
Suami Inade meninggal dunia pada Februari 2015. Sebelum menerima pinangan Idris, Inade mengaku pernah menolak lamaran lima lelaki.
“Sebelum ini ada lima orang nak melamar, tetapi saya menolak,” ujarnya.
Inade mengaku menolak lamaran tersebut kerama kelima-lima mereka bergelar duda.
Apabila Umur Masuk 30-an, Elak Buat 8 Perkara Ini Kalau Nak Sihat & Lebih Berjaya!

Apabila lelaki memasuki umur 30-an, sikap dan keperibadiannya haruslah seiring dengan perkembangan usia yang semakin matang.
Ketika ini, anda kena mula tinggalkan tabiat yang tidak sihat kerana sudah tiba masanya untuk anda fokus pada kehidupan dan mengenali hala tuju hidup.
Kalau boleh, jangan bersikap sambil lewa dalam kebanyakan perkara dan buanglah perangai keanak-anakan jika masih ada.
Selain itu, utamakan kesihatan dan carilah gaya hidup yang lebih selamat demi masa depan yang lebih sempurna.
Ini antara perkara-perkara yang patut anda elak apabila mencecah usia 30-an.
BACA: Orang Lelaki Kalau Nak Awet Muda, Tak Susah, Cuma Kena Amalkan Tip Ini Sahaja
1. Ambil makanan segera
Elak ambil makanan segera sebagai hidangan untuk mengisi perut kosong. Ini kerana kandungan garam yang tinggi dan penambah perasa (MSG) yang terdapat dalam makanan sedemikian mampu mempengaruhi tahap kesihatan anda.
Anda harus tahu bermulanya umur 30, tahap kesihatan lelaki akan terdedah kepada kelesuan, kurang stamina, tekanan darah dan juga risiko penyakit prostat. Kalau boleh mulai dari sekarang, ambil berat tentang kesihatan anda.
2. Kerap main video game
Umur dah masuk 30-an pun masih ‘gila’ bermain video game? Kalau boleh cuba kurangkan kerana banyak lagi perkara penting yang harus anda dilakukan.
Tiada sesiapa yang akan marah jika anda bermain game sewaktu menunggu seseorang tetapi jika sudah melekat di hadapan komputer atau TV, anda harus berubah.
Tolonglah jangan jadi zombie di alam maya semata-mata kerana video games tetapi jadilah individu yang berguna di alam nyata.
3. Tinggal di tempat kotor
Tak salah kalau nak berjimat cermat tapi kalau sampai sekarang pun anda masih tinggal serumah sampai 10 orang, ia sudah jadi tak bersih. Anda harus tahu bilangan isi rumah yang rasional adalah sekitar 4 hingga 6 orang sahaja paling ramai.
Bukan apa, semakin ramai penghuni dalam rumah, bila masa anda atau penghuni yang lain ada masa untuk berkemas? Pasti masing-masing sibuk dengan urusan yang tersendiri dan akhirnya, kebersihan terpaksa diketepikan.
4. Suka berhutang
Apabila memasuki umur 30-an, anda seharusnya menekankan pembayaran secara tunai dalam setiap transaksi. Jika berhutang, hadkan pada perkara yang penting sahaja. Contohnya pembelian kereta atau rumah.
Transaksi secara tunai sebenarnya dapat mengurangkan tekanan hidup dan menjamin kelancaran kewangan anda. Satu lagi, jika pada usia 30-an anda masih meminjam duit daripada ahli keluarga atau rakan-rakan setiap bulan, tolong ubah.
5. Guna bahan terlarang
Cukup-cukuplah anda menghambakan diri dengan bahan terlarang seperti dadah dan ganja ini. Apa gunanya setia dengan perkara-perkara yang menghancurkan hidup anda?
Untuk umur sebegini, anda seharusnya mempunyai kehidupan yang selesa dan bukannya masih berada di lorong-lorong busuk mencari ‘kaki’ dadah.
Renungkan kembali matlamat hidup anda. Masih tidak terlambat untuk berubah. Yang penting cekalkan hati dan cuba sedaya upaya untuk keluar dari kancah kehinaan ini.
6. Buat kerja saat akhir
Tarikh akhir tugasan sudah dikeluarkan tetapi anda kata tiada mood untuk menyiapkannya?
Sedarlah! Perangai ini sudah tidak relevan lagi pada umur anda sekarang. Ini adalah perangai budak-budak yang sedang meningkat naik usia.
Berubah sekarang atau hidup anda akan sentiasa dikejar dengan beban kerja yang bertimbun-timbun.
7. Fahaman politik
Jika seseorang meminta anda memberi komen terhadap parti-parti politik maka anda harus ada pendapat tersendiri dan bukannya memberi komen, “Saya tidak gemar politik”. Jika anda peka tentang politik tempatan melihatkan kematangan anda.
Satu lagi kalau boleh, jika anda taksub sekali pun pada apa-apa fahaman politik, jangan menyusahkan orang lain. Fahaman politik yang diikuti itu adalah hak anda, tetapi memaksa orang lain untuk ikut serta itu salah.
8. Berpakaian selekeh
Ke mana sahaja termasuk majlis besar anda masih lagi setia dengan kemeja-T dan jeans?Pemakaian tersebut tidak salah tetapi haruslah berpadanan dengan lokasi tempat yang anda tuju.
Bukankah lebih kemas jika anda hadir ke majlis besar dan formal dengan berbaju kemeja dan berkasut dikilatkan? Anda akan nampak eksekutif dan segar. Tampil kemas dan bersih sentiasa menunjukkan kematangan anda.