Tatkala negara tercinta sedang berdepan dengan ujian yang cukup berat pelbagai pihak tanpa mengira latar belakang tampil memberikan bantuan.

Dalam tempoh tujuh hari Perintah Kawalan Pergerakan begitu banyak kisah-kisah positif yang dapat kita saksikan berlegar di laman media sosial. Bantuan tanpa henti kepada barisan hadapan kita merupakan salah satu sumbangan yang cukup dialu-alukam.

Antara barisan hadapan yang sentiasa berkhidmat tanpa kenal erti penat adalah pasukan Plois Diraja Malaysia (PDRM). Tugas mereka yang bukan sahaja mengawal keamanan tetapi bagi memastikan rakyat patuh akan Perintah Kawalan Pergerakan agar penularan Covid-19 dapat dibendung.

Coway Malaysia sebuah syarikat pengeluar barangan keperluan rumah tampil menghulurkan bantuan istimewa buat PDRM. Mereka telah menyumbangkan sebanyak 100,000 keping topeng muka 3 lapisan untuk digunakan ketika bertugas.

Coway Malaysia Hulurkan Sumbangan 100,000 Topeng Muka Kepada PDRM

Tanggungjawab sosial ini merupakan angkah diambil oleh Coway Malaysia bagi membantu pihak PDRM yang bertungkus-lumus bekerja siang dan malam bagi memastikan Malaysia sentiasa dalam keadaans ejahtera.

IKLAN

“Sebagai badan korporat di Malaysia, kami hanya melakukan apa yang termampu dengan sumbangan topeng muka kepada PDRM. Ia adalah sebagai tanda penghargaan kepada pihak polis yang telah banyak berkorban di kala Malaysia berdepan krisis.

Coway Malaysia Hulurkan Sumbangan 100,000 Topeng Muka Kepada PDRM

“Kami sedar topeng muka amat diperlukan dan diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka menjalankan tugas dengan lebih baik,” jelas Pengarah Urusan Coway Malaysia, Choi Ki Ryong.

IKLAN

Sumbangan Coway Malaysia diterima oleh wakil, Pesuruhjaya Polis Pengarah Jabatan Logistik & Teknologi PDRM, Dato’ Sri Rosli Bin Ab Rahman.

Turut hadir Majlis Penerimaan Sumbangan Personal Protective Equipmet (PPE) ini YDH SAC Azizee Bin Ismail, Timbalan Pengarah III Jabatan Logistik Dan Teknologi Bukit Aman, DSP Kamaludin PP Pusat Bekalan PDRM (SMS), Pegawai-pegawai dan petugas Pegawai Rendah Polis.

Coway Malaysia Hulurkan Sumbangan 100,000 Topeng Muka Kepada PDRM

IKLAN

Jelas beliau, peningkatan kes yang berlaku dalam tempoh beberapa hari ini menunjukkan pasukan polis sentiasa berdepan dengan risiko tinggi ketika bertugas sepanjang tempoh dua minggu Printah Kawalan Pergerakan.

“Jadi topeng muka merupakan keperluan asa yang sangat penting baut masa sekarang bagi merendahkan risiko pasukan polis dengan sebarang pendedahan virus tersebut. Bagi pihak PDRM, kami mengucapkan terima kasih kepada Coway Malaysia kerana memberi sumbangan ini yang memberikan semangat untuk terus menjalankan tugas demi negara,” jelasnya lagi.

Semoga lebih banyak badan korporat tampil memberikan sumbangan bagi membantu barisan hadapan kita menjalankan tugas mereka yang penuh risiko dengan baik.

Stay home folks!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI