Ternyata duduk di rumah ni akan membuatkan berat badan anda naik. Malah kita juga sering gagal mengawal nafsu makan. Kadang-kadang tu, buka Facebook buka Youtube, mulalah teringin makanan yang viral-viral.

Mungkin di sini sedikit tip untuk kita bezakan sama ada kita lapar atau craving sebenarnya. Jangan biarkan diri anda diselubungi kebosanan dengan makanan ya!

Lapar: Biasanya sering berlaku selepas makan beberapa jam. Ia tidak akan hilang rasa lapar walaupun selepas beberapa jam. Anda tidak akan memilih sebarang makanan.

Malah anda akan rasa letih dan sakit kepala jika tidak makan.

Craving: Berlaku walaupun kenyang dan selepas makan. Manakala ia akan hilang beberapa jam selepas makan.

Selalunya anda akan teringin makanan yang spesifik seperti cupcake, kek coklat dan sebagainya. Selalunya anda akan mudah merasa ‘lapar’ disebabkan kebosanan dan kesunyian.

Cara-cara untuk anda atasi masalah craving agar berat badan tak naik tentu fasal.

1. Sediakan makanan yang lengkap

Craving & Teringin Makanan Spesifik? Ini Cara-cara Untuk Atasinya, Berat Badan Pun Tak Naik!

Ads

Ambil sajian lengkap ketika waktu makan utama. Sajian lengkap haruslah mengandungi karbohidrat, protein dan serat yang dapat mengurangkan keinginan craving.

2. Minun air kosong

Craving & Teringin Makanan Spesifik? Ini Cara-cara Untuk Atasinya, Berat Badan Pun Tak Naik!

Kadang-kadang badan anda keliru antara haus atau lapar. Jadi, minumlah air secukupnya untuk memastikan badan anda sentiasa terhidrasi sepanjang hari.

3. Jangan biarkan diri terlalu lapar

Craving & Teringin Makanan Spesifik? Ini Cara-cara Untuk Atasinya, Berat Badan Pun Tak Naik!

Elakkan diri daripada terlalu lapar dan makanlah mengikut waktu. Pemanis mulut boleh diambil, cuma jangan ambil sewaktu lapar kerana kita cenderung untuk makan lebih banyak makanan yang kita craving. Ambillah makanan pemanis mulut beberapa minit selepas mengambil makanan berat.

Ads

4. Mengawal stres

Craving & Teringin Makanan Spesifik? Ini Cara-cara Untuk Atasinya, Berat Badan Pun Tak Naik!

Stres adalah punca utama craving kerana kita lebih berpotensi untuk mencari makanan sebagai ‘comfort food’.

5. Tidur yang secukupnya

Craving & Teringin Makanan Spesifik? Ini Cara-cara Untuk Atasinya, Berat Badan Pun Tak Naik!

Kajian menunjukkan bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang akan menyebabkan ‘food craving’.

Ads

6. Elak beli barangan dapur ketika lapar

Craving & Teringin Makanan Spesifik? Ini Cara-cara Untuk Atasinya, Berat Badan Pun Tak Naik!

Pastikan anda mengambil makanan berat sebelum ke pasar raya untuk membeli barangan dapur kerana anda lebih berpotensi untuk membeli dan menyimpan stok makanan yang tidak sihat dan membeli benda yang tidak diperlukan.

7. Gantikan dengan snek yang lebih sihat

Craving & Teringin Makanan Spesifik? Ini Cara-cara Untuk Atasinya, Berat Badan Pun Tak Naik!

Jika anda sentiasa mempunyai masalah craving, sediakan snek yang lebih sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan atau kekacang untuk menghilangkan keinginan untuk makan.

8. Tukar habit

Craving & Teringin Makanan Spesifik? Ini Cara-cara Untuk Atasinya, Berat Badan Pun Tak Naik!

Sesetengah orang mempunyai habit mencari sesuatu untuk memenuhi craving pada waktu tertentu. Contohnya, seperti mencari pemanis mulut selepas habis kerja atau ketika lewat malam. Untuk mengatasi ‘habit’ ini atau mengelak daripada godaan makanan yang mengiurkan ini, sibukkan diri anda agar anda lupa tentang rasa craving tersebut.

Sumber: Syaza Nutritionist

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI