
Malaysia kini sedang melalui fasa cuaca panas yang cukup tinggi apabila beberapa kawasan di Semenanjung mencatatkan suhu tinggi sehingga 37°C, sekali gus diletakkan dalam kategori Tahap 1 (berjaga-jaga) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
Antara kawasan yang terlibat termasuk Padang Terap di Kedah, Hulu Perak dan Kinta di Perak, Pasir Mas serta Machang di Kelantan, dan Maran di Pahang.
Menurut METMalaysia, status ini diberikan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35°C hingga 37°C selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Walaupun ia belum mencapai tahap gelombang haba, keadaan ini tetap memberi kesan terutama kepada mereka yang aktif bekerja atau banyak melakukan aktiviti luar.
Situasi cuaca panas terutamanya di bulan Ramadan ini menjadi lebih mencabar kerana tubuh tidak menerima air sepanjang hari, tetapi rutin harian seperti bekerja, memandu, bersukan atau melakukan aktiviti fizikal tetap berjalan seperti biasa.
Bagi lelaki yang aktif, keadaan ini sebenarnya memerlukan sedikit strategi. Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga memastikan badan kekal bertenaga tanpa risiko dehidrasi atau keletihan melampau.
Jadi bagaimana cara terbaik untuk menguruskan diri ketika berpuasa dalam keadaan cuaca panas seperti ini?
Berikut lima pendekatan yang boleh membantu.
1. Sahur Bukan Sekadar Makan, Tapi ‘Fueling’ Badan Ketika Cuaca Panas Ramadan
Ramai lelaki mengambil sahur secara ringkas — sekadar roti atau nasi dan segelas air sebelum kembali tidur. Hakikatnya, sahur adalah sumber tenaga utama untuk menghadapi lebih 12 jam tanpa makanan dan minuman.
Ketika cuaca panas, fokus utama ialah memastikan badan mendapat hidrasi yang mencukupi serta tenaga yang mampu bertahan lebih lama sepanjang hari.

Antara perkara yang boleh membantu ketika sahur:
- Minum 2 hingga 3 gelas air secara berperingkat
- Ambil makanan tinggi serat seperti oat, roti wholegrain atau nasi
- Sertakan buah yang tinggi kandungan air seperti tembikai atau epal
Pada masa sama, cuba hadkan minuman berkafein seperti kopi kerana ia boleh meningkatkan kehilangan air dalam badan dan membuatkan badan lebih cepat haus.
2. Fahami Waktu ‘Peak Heat’ Malaysia
Di negara tropika seperti Malaysia, suhu biasanya paling tinggi antara 12 tengah hari hingga sekitar 4 petang. Dalam tempoh ini, badan bekerja lebih keras untuk mengekalkan suhu dalaman yang stabil.
Semasa cuaca panas, tempoh ini boleh menjadi waktu paling mencabar kerana badan tidak menerima air untuk menyejukkan sistem badan secara semula jadi.

Jika kerja anda melibatkan aktiviti luar seperti site visit, kerja teknikal atau memandu jarak jauh, cuba rancang aktiviti supaya tidak terlalu intensif pada waktu ini.
Langkah mudah yang boleh membantu:
- Cari kawasan berteduh setiap kali berpeluang
- Kurangkan pergerakan yang terlalu agresif
- Ambil masa rehat seketika untuk menurunkan suhu badan
Ini bukan tanda kurang produktif, sebaliknya satu cara untuk mengurus tenaga dengan lebih bijak.
3. Pilihan Pakaian Buat Perbezaan Besar
Ramai lelaki tidak terlalu memikirkan soal fabrik pakaian, tetapi ketika cuaca panas, ia boleh memberi kesan besar kepada tahap keselesaan sepanjang hari.
Pilih pakaian yang ringan dan breathable seperti:
- Cotton
- Linen
- Fabrik sports yang mempunyai teknologi moisture-wicking

Selain itu, warna juga memainkan peranan penting. Warna cerah menyerap kurang haba berbanding warna gelap, sekali gus membantu badan kekal lebih sejuk ketika melakukan aktiviti harian.
Perkara kecil seperti ini sebenarnya boleh membantu mengurangkan rasa panas dan peluh berlebihan sepanjang hari.
4. Ubah Jadual Workout Anda
Bagi lelaki yang aktif bersenam, bulan Ramadan tidak semestinya bermakna perlu berhenti workout. Namun dalam keadaan cuaca panas, masa senaman perlu disesuaikan dengan lebih bijak.
Pilihan masa yang biasanya lebih sesuai ialah:
- 30 hingga 45 minit sebelum waktu berbuka
- atau 1 hingga 2 jam selepas berbuka
Senaman intensif pada waktu tengah hari boleh menyebabkan badan kehilangan terlalu banyak tenaga dan meningkatkan risiko dehidrasi.
Sebagai alternatif, workout yang lebih ringan seperti walking, mobility training atau light strength workout boleh membantu mengekalkan kecergasan tanpa memberi tekanan berlebihan kepada badan.
5. Kenali Isyarat Badan Anda
Ketika cuaca panas, tubuh sebenarnya akan memberi beberapa isyarat awal apabila ia mula keletihan atau mengalami tekanan haba.
Kadangkala lelaki cenderung untuk terus bekerja atau bergerak walaupun badan sudah menunjukkan tanda keletihan.

Antara tanda yang tidak boleh dipandang ringan ialah:
- Pening atau sakit kepala
- Rasa terlalu letih
- Jantung berdegup laju
- Badan terasa terlalu panas
Jika ini berlaku, berhenti seketika dan cari tempat yang lebih sejuk atau teduh. Rehat beberapa minit boleh membantu menstabilkan semula keadaan badan.
Kesihatan sentiasa perlu menjadi keutamaan, terutamanya ketika berpuasa.
BACA: 5 Sebab Kenapa Berat Tak Turun Sedangkan Sudah Dua Minggu Berpuasa
Ramadan Tetap Boleh Kekal Aktif Walaupun Cuaca Panas
Cuaca panas mungkin menambah sedikit cabaran kepada rutin harian, tetapi dengan pengurusan tenaga, hidrasi yang baik serta strategi aktiviti yang betul, lelaki masih boleh menjalani hari dengan produktif.
Kadang-kadang rahsianya bukan pada kekuatan fizikal semata-mata, tetapi kebijaksanaan mengurus tubuh sendiri.
Dengan strategi yang betul, cuaca panas bukan lagi halangan untuk kekal aktif dan bertenaga sepanjang bulan puasa.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




